Gaya Hidup

Pengguna Kanta Lekap Disarankan Pakai Cermin Mata Untuk Elak Risiko Jangkitan COVID-19!

Share

Ada sebahagian daripada anda yang gemar memilih kanta lekap berbanding cermin mata kerana ia lebih selesa dan memudahkan.

Kini, pemakaian kanta lekap bukan sahaja terhad untuk orang muda, sebaliknya ramai golongan dewasa yang memilih kanta lekap sebagai pengganti cermin mata.

Namun dalam tempoh penularan wabak COVID-19 yang melanda Malaysia kini, pengguna kanta lekap disarankan memakai cermin mata untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Ini kerana jika anda menggunakan kanta lekap, anda akan kerap menyentuh mata sama ada ketika memasang dan menanggalkan kanta lekap atau menggosok mata kerana mata anda kering.

Jika anda pengguna kanta lekap, ayuh bertukarlah ke cermin mata sebagai langkah pencegahan.

Cermin mata beri perlindungan tambahan

Pada tempoh wabak ini, American Academy of Ophthalmology menyarankan agar pengguna kanta lekap menggunakan cermin mata untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Ini kerana, pengguna kanta lekap biasanya lebih kerap menyentuh mata kerana iritasi dan mata yang kering.

Selain itu, penggunaan cermin mata juga memberi perlindungan tambahan (bukan 100%) dari terkena titisan air yang mengandungi virus.

Pastikan tangan sentiasa dicuci sebelum menyentuh muka termasuk mata.

Sumber gambar: Feel Good Contacts

IKLAN