Penyakit 3 Serangkai Punca Lelaki Ini Kurus Dan Memiliki Ramai Peminat!

Share

Manusia ni, sudah terhantuk baru terngadah, pernah dengar kan peribahasa ni? Samalah dengan Tajul Afiq, 29 tahun seorang Pensyarah Universiti Awam. Dahulunya, dia seorang yang gemuk dan penghidap penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan jantung.

  • Bila mula ke arah kesihatan?

 

Sejak kenal pasti mempunyai kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi di usia muda apabila membuat pemeriksaan darah (tidak ditahap kritikal, masih mild). asalnya ada masalah kulit badan, doktor nasihatkan untuk jalani ujian gula, dari situ dapat tahu mengenainya awal.

 

  • Kenapa nak diet/bersenam? Makan ubat je tak boleh ke?

 

Bila doktor nasihat untuk dapatkan berat badan yang ideal saya rasa lebih baik saya mula diet. Tak kan nak makan ubat sepanjang hayat. Lagipun, penyakit saya ini masih diperingkat awal, jadi pencegahan secara sihat itu masih boleh dilakukan, tambah pula dengan usia saya yang masih muda ketika itu. Dari situ, saya belajar dan mempunyai target persendirian dalam penurunan berat badan.

  • Seksa tak masa mula-mula bersenam?

Standard lah kalau mula-mula tu muscle pain, bukan senang nak bawak badan berat ni. Kadang-kadang malu pun ada. Tapi sekarang dah tak ada dah. Cuma jangan terlebih senam, badan akan mogok, mulalah sakit sana sini. Nak kurus ni, kena chill-chill.

 

  • Dah kurus ni ramai peminat tak?

Mungkin saya dah boleh tubuhkan fanclub? (bergurau). Jujur, masa gemuk dulu tak ada sesiapa pun pandang. Sekarang ni ramai peminat, sampai ada students

perempuan confess dekat saya, haha.

 

  • Wajib tak seorang lelaki masuk gym?

 

Topik ni subjektif, untuk memiliki bentuk badan yang sihat tak semestinya masuk gym. Sebab dekat rumah, pejabat, taman/ tasik pun boleh lakukan semanan. Sebagai contoh di taman rekreasi, ada juga equipments ala-ala gym. Gym ni untuk mereka yang inginkan body shape yang cantik.

 

 

  • Yey dah kurus! Tapi macam mana nak maintain kurus?

 

Nak kurus sebenarnya senang, tapi nak maintain kurus tu paling susah. Cara saya, kita kena ada knowledge pasal diet. Tetapkan matlamat jangka pendek, sebab jangka pendek akan capai terlebih dahulu. Hati kena cekal, azam kena kuat. Jangan terpengaruh dengan produk-produk yang tidak tahu asal usulnya tu. Nak maintain kurus kena DISIIPLIN.

 

  • Mungkin ramai yang tak aware dengan penyakit di peringkat awal, sebelum terkena ada nasihat tak yang nak diberikan kepada pembaca?

 

Nasihat saya, malas macam mana pun, buat sesuatu untuk keluarkan peluh setiap hari. Contoh, kemas rumah, basuh kereta, turun naik tangga di office dan sebagainya. Paling penting jaga pemakanan, kurangkan pengambilan makanan berminyak. Keluarga tiga serangkai ni, sekali kena memang kena berhati-hati. Tidur secukupnya, jangan stres dan sentiasa berfikiran positif. Always create happiness in what ever you doing although simple thing.

Tahniah, Tajul Afiq!

 

 

IKLAN