Gaya Hidup

Perghh.. Huawei Perkenalkan Chasing Handphone ‘Perangai’ Serupa Power Bank?

Share

Mula-mula syarikat pengeluar telefon bimbit popular, Huawei memperkenalkan model terbaharu mereka iaitu P30 dan P30 Pro.

Mahu menambahkan lagi kejutan, Huawei turut memperkenalkan sarung telefon bimbit (chasing) yang boleh bertindak sebagai power bank?

“Huh.. biar betul?”

Ramai yang teruja mendapat perkhabaran tentang gadjet sampingan itu yang disifatkan sangat luar biasa dan ‘bijak’.

Umum tahu bahawa model P30 Pro dibangunkan dengan teknologi yang boleh mengecas tanpa wayar.

Namun bagi pembeli model P30, anda tidak perlu risau kerana Huawei menyediakan chasing phone yang bersifat sama seperti power bank

.

Rekaan berongga

Menariknya lagi tentang chasing phone yang dikenali sebagai Wireless Charging Case ini, rekaannya yang berongga bukan sahaja nampak elegan malah kelihatan sangat ekslusif.

Wireless Charging Case didatangkan dengan dua pilihan warna seperti oren dan hijau tau selain logo petirnya menekankan fungsi luar biasa bagi sarung telefon ini.

Sokong pengecasan 10W

Sarung telefon serba canggih ini menyokong pengecasan tanpa wayar Qi dengan kuasa mengecas mencapai 10W dan ini bermakna ia sedikit rendah berbanding Huawei P30 Proyang menyokong teknologi 15W.

IKLAN