Pharrell Bakal Lancar Produk Penjagaan Kulit Menerusi Jenamanya, Humanrace

Share

Bagi penggemar muzik dan fesyen nama Pharrell Williams mungkin tidak asing. Penyanyi, penerbit, pencipta lagu dan kini mula dikenali sebagai pereka fesyen, Pharrell dilihat sebagai antara salah seorang individu berpengaruh pada masa kini.

Kolaborasi menerusi jenamanya, Humanrace bersama adidas dengan memperkenalkan koleksi pakaian dan kasut menjadi rebutan ramai.

Dan terbaru, Pharrell mengumumkan Humanrace bakal memperkenalna pulak koleksi produk penjagaan

kulit, Menurutnya, produk penjagaan kulit diperkenalkan ini selari dengan falsafah mencipta sebuah dunia yang memetingkan kesejahteraan hidup.

Apa yang menarik ia juga bakal dipasarkan sebagai produk penjagaan kulit yang universal – boleh digunakan oleh lelaki dan juga wanita. Selain itu ia juga bersifat vegan, tidak mempunyai sebarang bauan dan mempunyai tahap kebersihan tinggi.

KERJASAMA PAKAR

Terdapat tiga produk pertama diperkenalkan iaitu The Rice Powder Cleanser, Lotus Enzyme Exfoliator dan Humidifying Cream. Ketiga-tiga produk Humanrace ini dibangunkan bersama dengan pakar dermatologist atau pakar kulit yang merupakan doktor peribadi Pharrell, Dr Elena Jones.

Sesuai dengan tema jenama Humanrace yang memetingkan kelestarian alam, setiap pakej produk penjagaan kulit ini boleh dikitar dan digunakan semula. Ia juga dihasilkan daripada 50 peratus bahan kitar semula.

Jelas Pharrell, produk kebanggaannya ini bakal dilancarkan bermula pada 25 November 2020 di laman seswang rasmi Humanrace.

Ikuti YouTube MASKULIN serta subscribe untuk video-video menari tentang gaya hidup lelaki seperti di bawah.

IKLAN