Dalam tempoh 24 jam yang lalu carian di semua laman media sosial telah trending tentang konsol permainan video yang cukup dinantikan.

PlayStation 5 yang cukup dinantikan telah diumumkan kemunculannya dan ia bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Sebelum ini banyak ura-ura dan khabar angin bertiup kencang tentang rekaan serta pembaharuan yang diperkenalkan oleh Sony.

IKLAN

Jadi apakah yang kita tahu tentang PlayStation 5 setakat ini?

REKA BENTUK

Pada bulan Ogos tahun lalu telah muncul foto yang ‘bocor’menampilkan rekaannya di Internet. PlayStation 5 mempunyai rea bentuk ‘V’ yang merupakan simbolik kepada nombor lima dalam nombor Roman.

IKLAN

Rekaannya membawa elemen klasik dan futuristik seakan-akan kapal angkasa filem sais fiksyen era 90-an.

LOGO BAHARU

Dalam aspek ini Sony tidak banyak melakukan perubahan. Isnin lalu di CES Consumer Las Vegas, Presiden Sony Interactive Entertainment & CEO Jim Ryan memperkenalkan logo untuk PlayStaion 5 yang mempunyai persamaan dengan versi terdahulu.

PERISIAN DALAMAN

Setakat ini apa yang kita tahu adalah PlayStation 5 menggunakan kad grafik AMD. Ia juga dijangka mempunyai lebih kepantasan dan kualiti audio yang jauh lebih baik. Ia juga menyokong perkakasan ray-tracing untuk grafik lebih baik selain turut dilengkapi SSD hard drive untuk rangkaian games lebih pantas.

CONTROLLER

Sony juga mengesahkan bahawa PlayStation 5 bakal memperkenalkan controller yang mempunyai rekaan lebih baik. Ia juga mempunyai penambahbaikan dari segi haptic feedback dan tactile seansation. Ini sekali gus memberikan pengalaman gaming lebih berkualiti.

HARGA & KELUARAN

Pada Oktober yang lalu Sony telah mengesahkan PlayStation 5 bakal dilancarkan pada musim perayaan tahun 2020. Versi terbaru ini muncul hampir enam tahun selepas PlayStation 4 diperkenalkan. Harganya dijangkada pada USD499.