Gaya Hidup

Pomen Kamera Ini Kongsi Cara DIY Drybox Kamera Dengan Bajet Tidak Lebih Daripada RM10

Share

Isu kamera dan lens dipenuhi fungus sentiasa menghantui jurugambar. Terdapat pelbagai produk drybox yang dijual di pasaran, namun harganya yang agak mahal membuatkan tidak semua orang mampu untuk memilikinya.

Sebagai seorang pembaikpulih kamera, Zamin Omar

berkongsi di video live Facebooknya tentang isu yang seringkali pelanggannya keutarakan iaitu Fungus. Dia juga membuat video tutorial bagaimana untuk membuat kotak drybox sendiri.

Menurutnya, majoriti yang hantar kepadanya untuk dibersihkan segala fungus adalah disebabkan tiga perkara ini:

1. Tidak memiliki drybox

2. Membiarkan segala peralatan fotografi di dalam beg kamera

 

3. Memiliki drybox tetapi tidak memeriksa keadaan saluran elektrik ke drybox hingga ia terbiar dan dinaiki fungus.

Oleh itu, dia telah berkongsikan cara-cara buat sendiri drybox dengan hanya guna dua barang sahaja.

1. Dapatkan sebuah Tupperware saiz besar untuk menyimpan kamera dan lens

2. Beli dehumidifier di mana-mana kedai runcit serta pasaraya

3. Buka penutup dehumidifier

4. Koyakkan sedikit penutup aluminium dehumidifier dan tutup kembali

5. Letakkan dehumidifier ke dalam Tupperware dan kelengkapan fotografi anda terpelihara daripada fungus.

 

IKLAN