Pop-Up “Run Your Way” New Balance Destinasi Wajib Buat Semua Pelari

Share

New Balance mengangkat semangat larian ke tahap lebih tinggi dengan kembalinya pop-up event “Run Your Way” kali ini berlangsung di Heritage Valley, Kuala Lumpur dari 7 hingga 17 Ogos 2025.

Acara eksklusif ini diraikan untuk semua daripada pelari beginner yang baru nak mula langkah pertama, hinggalah ke pelari seasoned yang dah bersedia menakluki marathon seterusnya.

FuelCell SuperComp Elite v5, Senjata Baharu untuk Pelari Serius

Tarikan utama sudah tentu terletak pada pelancaran FuelCell SuperComp Elite v5, model kasut racing terkini dari New Balance yang direka khusus untuk pelari kompetitif yang mahukan speed, lightweight dan energy return maksimum.

Diperbuat daripada bahan ultra ringan dengan reka bentuk yang streamlined, kasut ini bukan sahaja tampak bergaya, malah terbukti berfungsi untuk mereka yang ingin memecahkan Personal Best.

Lebih menarik, pengunjung boleh mencuba sendiri kasut ini sepanjang pop-up berlangsung dan setiap pembelian akan menerima Pro Run Socks bernilai RM89 secara percuma satu insentif tambahan yang tak patut dilepaskan.

Pelbagai Model Prestasi Lain Untuk Dicuba

Selain FuelCell SC Elite v5, turut tersedia untuk sesi percubaan ialah barisan kasut prestasi lain seperti FuelCell Rebel v5 yang terkenal dengan flexibility dan speed, SuperComp Trainer v3 untuk cushioning dan latihan jarak jauh, serta Fresh Foam X 1080v14 yang memberi keselesaan tahap maksima.

Semua model ini boleh diuji sendiri mengikut keperluan gaya larian dan preference masing-masing.

Ini peluang terbaik untuk kenal pasti model mana yang paling sesuai sebelum membuat pembelian.

Stride I.D. – Teknologi Pintar Kenal Pasti Kasut Paling Sesuai

Untuk membantu pelari membuat pilihan terbaik, New Balance memperkenalkan Stride I.D., satu teknologi pengimbas kaki pintar yang memberikan cadangan kasut berdasarkan bentuk kaki, stride dan gaya larian individu.

Ia seperti fitting session peribadi, tapi dengan sokongan teknologi AI dan biomekanik.

Bagi pelari yang pentingkan keselesaan dan prestasi, sistem ini sangat membantu untuk pastikan setiap langkah lebih efisien dan selamat.

Dari “A Better You” ke “Letter to Future You”

Lebih daripada sekadar ujian kasut, pop-up ini juga sarat dengan aktiviti menarik yang menyentuh aspek fizikal dan emosi pelari.

Salah satunya ialah “A Better You”, cabaran digital yang menggalakkan pengunjung sertai aktiviti tertentu untuk mengumpul mata dan menebus barangan eksklusif New Balance.

Sementara itu, di sudut “Letter to Future You”, pelari berpeluang menulis mesej peribadi kepada diri sendiri  yang akan dihantar semula beberapa bulan kemudian sebagai satu bentuk refleksi dan motivasi untuk terus konsisten dalam perjalanan larian masing-masing.

Runners Talk

Antara highlight lain ialah sesi panel istimewa “Runners Talk” yang menampilkan barisan atlet tempatan, pelari harian dan pemimpin komuniti yang akan berkongsi cerita peribadi mereka.

Sesi ini menyentuh pelbagai topik daripada cabaran mula berlari, mental toughness, hingga ke kisah jatuh bangun sepanjang perjalanan maraton.

Personalisasi & Pemulihan

Nak gear kau lebih istimewa? Boleh ke stesen custom embroidery, di mana kau boleh tambahkan nama, nombor kegemaran atau kata-kata semangat pada apparel yang dibeli menjadikan gear larian kau unik dan penuh makna.

Selepas itu, rehat sekejap di Run Café oleh Laiyan KL, tempat chill santai sambil nikmati kopi dan light bites.

Untuk yang nak jaga badan, singgah di Recovery Zone oleh F1 Recreation ruang eksklusif dengan alat bantu pemulihan otot dan regangan selepas larian.

BACA LAGI : Tak Payah Jadi Yogi, Lelaki Pun Boleh Jadi Fleksibel Dengan 5 Gerakan Ini

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Darwisy Farain