Sebuah portal kesihatan awam digital baharu, mySihatPal telah dilancarkan semalam bertujuan menyediakan akses capaian perkhidmatan kesihatan kepada umum.
Portal ini merupakan hasil kerjasama di antara syarikat biofarmaseutikal antarabangsa, AstraZeneca beserta beberapa persatuan perubatan terkenal.
Dengan permintaan kemajuan penjagaan kesihatan yang semakin meningkat, terdapat keperluan untuk merapatkan jurang di antara pesakit dan profesional penjagaan kesihatan melalui pendigitalan.
Portal mySihatPal memenuhi permintaan ini dengan mewujudkan pintu masuk kepada orang ramai menjangkau pelbagai komuniti.
Ads
“Negara-negara lain di seluruh dunia telah pun mengalami anjakan paradigma digital di dalam bidang kesihatan dengan kadar yang agak pesat,” kata Presiden AstraZeneca Malaysia, Vinod Narayanan.
“Justeru, ianaya telah mengubah kaedah pelaksanaan penjagaan kesihatan, mewujudkan norma baharu di dalam penjagaan kesihatan dan membantu meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan lebih optimum,” tambahnya.
Pelbagai Video Informatif
Selain dari mempertingkatkan akses perkhidmatan penjagaan kesihatan, maklumat kesihatan di dalam portal mySihatPal juga akan dikemaskini secara berkala dengan gabungan informasi video dan artikel bertulis oleh pakar perubatan.
Ads
“Dengan mempromosikan akses kepada rawatan dan konsultasi, ia mampu mengurangkan jurang masa yang ketara antara permulaan gejalan dan rawatan,” kata Pengasas Bersama Asthma Malaysia, Dr Haji Helmy Haja Mydin mewakili persatuan-persatuan lain.
“Pada dasarnya, maklumat komprehensif portal mySihatPal akan memberi manfaat kepada masyarakat secara amnya melalui peningkatan kesedaran tentang aspek kesihatan
Ads
Antara persatuan yang turut serta menjayakan inisiatif ini adalah Asthma Malaysia (AM), Bayi Pramatang Malaysia (BPM), Persatuan Kebajikan Kanser payudara Malaysia (BCWA), Yayaysan Jantung Kongenital Malaysia (YKJM), Persatuan Endokrin & Metabolik Malaysia (MEMS), Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA), Persatuan SLE Malaysia (PSLEM), Persatuan Gastroenterologi dan Hepatologi Malaysia (MSGH) dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Portal mySihatPal kini boleh diakses oleh orang ramai.
Anda habis kerja dah pukul 6 petang. Lepas tu pergi makan petang dan sampai rumah dah pukul 830 malam. Punyalah penat seharian di pejabat. Anda cuma perlu luangkan masa selama 30 minit sahaja untuk bersenam di rumah. Tidak perlulah ke pusat gymnasium sekiranya anda tidak mempunyai masa yang banyak dan anda kene tidur awal. Lakukan sahaja senaman di rumah.
Senaman apa yang sesuai untuk anda lakukan? Jadi kali ini saya akan terangkan pada anda beberapa lagi senaman untuk anda lakukan dirumah. Seperti anda sedia maklum, senaman bodyweight exercise adalah alternatif kepada senaman dengan menggunakan alatan. Jadi tidak ada alasan untuk anda tidak bersenam dan mengekalkan bentuk badan yang menarik.
Tidak ramai yang sedar bahawa senaman menggunakan bodyweight exercise boleh meningkatkan daya flexibility, mobility dan kekuatan (strength) secara semula jadi. Hasilnya tubuh badan anda tegap secara semulajadi berbanding menggunakan equipment.
DIP CHAIR SINGLE LEG LIFT
Senaman ini hanya memerlukan kerusi atau meja. Berdiri dihadapan kerusi dengan tangan anda memegang kerusi kemudian angkat sebelah kaki anda. Rendahkan badan anda sedikit dan tolak kembali ke posisi asal. Fokus utama semanan ini untuk membina otot dibahagian tricep dan anterior deltoid (shoulder). Anda boleh menambah intensity dengan mengangkat sebelah kaki anda atau mengunakan sebelah sahaja tangan anda.
PUSH PRESS SINGLE ARM
Mulakan dengan posisi push up kemudian tukar sebelah tangan. Fokus untuk satu bahagian dulu. Senaman ini membina otot di bahagian oblique, tricep dan core. Secara tidak langsung meningkatkan daya imbang badan dengan menggunakan sebelah tangan.
SPIDERMAN PUSH UPS
Sekiranya anda dah biasa lakukan senaman push up, apa kata anda cuba lakukan spiderman push up. Selain membina otot dibahagian chest dan triceps, spiderman push ups membina kukuatan pada abdominal, oblique serta flexibility pada otot kaki.
JUMPING SQUAT
Senaman ini lebih kepada membina otot pada kaki serta pembakaran kalori. Senaman ini adalah cara terbaik membakar lebih lemak pada kaki anda. Sekiranya anda tidak biasa lakukan senaman ini, mulakan dengan lompatan yang rendah kemudian tingkatkan lompatan ke udara sedikit demi sedikit. Jika ada rasa ada tidak selesa pada joint atau rasa sakit, lakukan normal squat sahaja. Kalau boleh, cari tapak yang lembut untuk melompat seperti karpet atau rumput, pakai kasut yang tapaknya tebal untuk mengelakkan kecederaan pada joint lutut anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki mempunyai sejumlah kecil tisu payudara (sel tisu payudara yang tidak dapat menghasilkan susu) yang tertumpu di belakang puting susu di dinding dada. Seperti kanser payudara pada wanita, kanser payudara lelaki adalah pertumbuhan tidak terkawal sel-sel tisu payudara.Sel payudara memang wujud untuk bayi lelaki dan perempuan. Pada masa akhil baligh , ovari gadis menghasilkan hormon wanita (estrogen) yang merangsang sel tisu payudara berkembang dan membentuk payudara. Jumlah jaringan lemak pada payudara juga meningkat apabila anak gadis akhil baligh. Untuk lelaki, hormon lelaki seperti testosteron yang disekresi oleh testis menghalang pertumbuhan tisu payudara dan pembangunan lobulus. Ini menyebabkan sel-sel ini tidak berkembang dari membentuk payudara dan sel-sel lemak tidak bertambah .
Bagaimana kanser payudara lelaki didiagnosis?
Berbanding dengan kanser payudara wanita, penyebab kanser payudara lelaki belum sepenuhnya dikelaskan. Namun kedua-dua pengaruh persekitaran dan faktor genetik berkemungkinan menjadi faktor perkembangannya. Berikut adalah faktor faktor yang boleh memberi risiko untuk kanser payudara lelaki
Paparan radiasi
Paparan radiasi pengion telah dikaitkan dengan peningkatan risiko terkena kanser payudara lelaki. Lelaki yang sebelumnya telah menjalani terapi radiasi untuk mengubati penyakit berbahaya di kawasan dada (contohnya, limfoma Hodgkin) mempunyai peningkatan risiko perkembangan kanser payudara.
Hyperestrogenism (tingkat tinggi estrogen)
Lelaki biasanya menghasilkan sejumlah kecil hormon estrogen , Namun ada beberapa keadaan di mana lelaki menghasilkan hormon estrogen yang tinggi. Ginekomastia merujuk pada keadaan di mana payudara menjadi menjadi abnormal dan besar kerana mengalami paras hormon estrogen yang tinggi. Peningkatan paras hormon estrogen juga boleh meningkatkan risiko perkembangan kanser payudara di kalangan lelaki. Majoriti kanser payudara pada lelaki adalah estrogen reseptor-positif (yang bererti bahawa mereka tumbuh sebagai respon terhadap stimulasi pada estrogen). Dua keadaan di mana lelaki memiliki paras abnormal estrogen yang umumnya berkaitan dengan pembesaran payudara, iaitu sindrom Klinefelter dan sirosis hati. Obesiti juga berkaitan dengan tahap estrogen meningkat dan pembesaran payudara pada lelaki.
Klinefelter syndrome adalah suatu keadaan bawaan yang berlaku sekitar satu daripada 1,000 lelaki. Seorang lelaki normal mempunyai dua kromosom seks (X dan Y). Dia mewarisi kromosom X perempuan dari ibunya dan kromosom Y lelaki dari ayahnya. Lelaki dengan sindrom Klinefelter’s telah mewarisi kromosom X perempuan tambahan ( Dua kromosom X) , mengakibatkan kromosom seksnya adalah XXY , abnormal berbanding XY lelaki normal . Pesakit yang terkena Klinefelter menghasilkan hormon estrogen yang tinggi dan menyebabkan pembesaran payudara, rambut jarang pada wajah dan tubuh , testikel kecil, dan ketidakupayaan untuk menghasilkan sperma. Beberapa kajian telah menunjukkan peningkatan risiko untuk mendapat kanser payudara pada lelaki klinifelter, berisiko 50 kali ganda lebih kerap berbanding lelaki biasa.
Sirosis (parut) hati disebabkan penyalahgunaan alkohol yang kronik, hepatitis virus kronik, atau faktor genetik yang mengakibatkan pengumpulan zat beracun dalam hati. Hati menghasilkan protein penting yang mempengaruhi pengangkutan dan penghantaran hormon lelaki dan perempuan melalui aliran darah. Dengan sirosis, fungsi hati terganggu, kadar hormon lelaki dan perempuan dalam aliran darah juga terganggu . Lelaki dengan sirosis hati memiliki paras estrogen yang lebih tinggi dan mempunyai peningkatan risiko terkena kanser payudara.
Faktor Keluarga / keturunan
Penyelidikan epidemiologi telah menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai beberapa saudara perempuan dengan kanser payudara juga mempunyai peningkatan risiko untuk mendapat kanser payudara
Diagnosis kanser payudara memerlukan pemeriksaan sel kanser yang diperoleh dengan biopsi. Teknik ini adalah dengan menggunakan jarum dan mengambil sampel sel tisu payudara untuk dikaji . Oleh kerana lelaki mempunyai tisu sel payudara yang sedikit, kanser pada payudara lelaki mudah di raba dan mudah dibiopsi.
Kajian imaging seperti X-ray, CAT scan (CT scan), Magnetic Resonance Imaging (MRI), USG, dan scan tulang mungkin dilakukan untuk menilai kewujudan dan luasnya metastasis ( perebakan) selepas diagnosis awal kanser payudara di peringkat lewat.
Cara pengkelasan tahap kanser payudara lelaki
Pengkelasan tahap dilakukan untuk menentukan sejauhmana kanser telah merebak dalam tubuh. Saiz tumor dan luasnya penyebaran kawasan sekitar
Tahap I
Pada Tahap I kanser payudara, tumor adalah 2cm atau kurang dengan diameter terbesar dan belum merebak ke kelenjar limfa sekitar atau kawasan lain.
Tahap II
Tahap II kanser dibahagikan menjadi dua kumpulan. Tahap kanser IIA adalah saiz kanser kurang dari 2cm diameter dan telah merebak ke kelenjar limfa kawasan ketiak, atau tumor adalah antara 2cm hingga 5cm tetapi belum merebak ke kelenjar limfa ketiak . Tahap IIB tumor baik lebih besar dari 5cm tanpa merebak ke kelenjar limfa atau adalah antara 2cm hingga 5cm dan sudah merebak ke kelenjar limfa ketiak.
Tahap III
Tahap III dianggap kanser setempat di peringkat lewat. Tahap IIIA bererti tumor lebih kecil daripada 5cm tetapi telah merebak ke kelenjar limfa ketiak, dan kelenjar limfa aksila melekat antara satu sama lain atau dengan struktur lain, atau tumor lebih besar dari diameter 5cm yang merebak ke kelenjar limfa ketiak. Mungkin ia melekat antara satu sama lain atau struktur lain. Tahap IIIB tumor sudah merebak ke jaringan sekitarnya seperti kulit, dinding dada, dan tulang rusuk, atau ke kelenjar limfa di dalam dinding dada.
Tahap IV
Kanser stadium IV merujuk pada kanser metastatik, bererti telah merebak ke bahagian lain dari tubuh. Dengan kanser payudara, metastasis (lokasi tumor di tempat lain dalam tubuh) yang paling sering dijumpai adalah pada tulang, paru-paru, hati, atau otak. Tahap IV kanser juga didiagnosis ketika tumor boleh didapati di kelenjar limfa di leher.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Beberapa serbuan oleh Kementerian Kesihatan ke atas restoran mamak mendapati penyalahgunaan BAHAN PEWARNA YANG TIDAK BOLEH DIMAKAN yang diimport dari China. Pewarna tersebut digunakan untuk menggoreng ayam dan sebagainya.
Sebab itu ayam goreng, tepong goreng rojak dan sebagainya kelihatan kemerah-merahan dan nampak sedap dan menyelerakan!
Adalah dipercayai penggunaan bahan pewarna tersebut sebagai salah satu penyebab kanser!
Satu-satunya alasan pewarna makanan digunakan dalam makanan yang diproses ialah untuk menjadikannya lebih menarik di mata pelanggan. Pewarna tidak menyumbang apa-apa kepada nilai zat permakanan. Bahan pewarna adalah bahan kimia bukan makanan yang dicampurkan ke dalam makanan. Kebanyakan daripadanya boleh menjejaskan kesihatan dan termasuk bahan penambah kimia yang diluluskan oleh pihak berkuasa.
Contohnya, Tartrazine (Pewarna Kuning-Jingga), berkemungkinan agen penyebab kanser dan boleh meningkatkan hiperaktiviti dalam kanak-kanak. Ia juga dikaitkan dengan alergi, ruam, bengkak, hidung berair dan mata merah.
Sunset Yellow FCF (Pewarna Merah-Jingga) juga kemungkinan agen karsinogenik serta dikaitkan dengan hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak. Ia juga mampu menyebabkan kerosakan kromosom kekal dan tindakbalas alergi.
Ponceau 4R (Pewarna Merah terang hingga gelap) diketahui penyebab kanser, bengkak tisu, alergi, dan asma (lelah). Ia juga boleh merendahkan bilangan sel darah merah dan kepekatan hemoglobin. Bahan pewarna ini telahpun diharamkan di Amerika Syarikat dan kebanyakan Negara-negara Eropah. Bagaimanapun Kementerian Kesihatan masih membenarkan kepenggunaan dalam makanan adakalanya hingga mencapai kepekatan maksimum.
Maka dengan itu gunakanlah pewarna semula jadi yang telah digunakan dari turun-temurun iaitu dari datuk moyang kita dahulu antaranya Bunga Telang, Daun Pandan, Ubi Bit, Kunyit dan Saffron serta pelbagai pewarna tumbuhan semulajadi.
SUMBER : Facebook Dr Rosli Abdul Jalil
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.