Penampilan seorang lelaki bukan hanya terhad kepada pemilihan pakaian dan aksesori; gaya potongan rambut memainkan peranan fundamental dalam membina imej keseluruhan.
Ia adalah ‘mahkota’ yang boleh meningkatkan karisma, menonjolkan personaliti, malah mempengaruhi cara anda membawa diri. Menyedari hakikat ini, setiap peralihan tahun seringkali membawa bersama gelombang trend baharu dalam dunia dandanan rambut lelaki.
Untuk tahun 2025, kita dapat melihat beberapa gaya yang bukan sahaja segar, malah menawarkan gabungan sempurna antara klasik dan kontemporari, dengan penekanan kepada tekstur dan versatiliti.
Sebagai panduan buat anda yang ingin tampil lebih stailo dan relevan, berikut adalah lima jenis potongan rambut lelaki paling menarik yang diprediksi bakal mendominasi tahun 2025:
The Textured Crop
Gaya ini kekal menjadi kegemaran ramai, dan pada tahun 2025, ia dilihat lebih menonjol dengan penambahan tekstur yang ketara di bahagian atas.
Ciri khasnya adalah bahagian sisi dan belakang yang dipotong pendek (seringkali menggunakan teknik fade), manakala bahagian atas dibiarkan sedikit panjang dan digayakan ke depan dengan tekstur.
Ia adalah pilihan yang sangat praktikal, mudah diselenggara, dan sesuai untuk hampir semua bentuk muka. Teksturnya memberikan dimensi dan gaya yang santai namun tetap kemas.
Modern Quiff
Ads
Quiff adalah gaya klasik yang tidak pernah lapuk dek zaman, tetapi versi 2025 hadir dengan ‘nafas’ yang lebih moden melalui penekanan pada tekstur natural.
Berbanding Quiff yang kaku dan memerlukan banyak produk, ‘Modern Quiff’ 2025 menampilkan bahagian depan yang diangkat atau disisir ke belakang/sisi dengan tekstur yang lebih ‘fluid’.
Ini memberikan impak yang lebih lembut, dinamik, dan kurang formal, menjadikannya versatil untuk digayakan ke pejabat mahupun acara santai.
Gaya ‘Side Part’ Kontemporari
Potongan ‘Side Part’ sering dikaitkan dengan imej profesional dan matang. Untuk tahun 2025, gaya ini diberi sentuhan kontemporari dengan mengekalkan belahan sisi yang jelas, tetapi bahagian atas tidak disisir terlalu ‘slick’.
Sebaliknya, tekstur pada bahagian atas dibiarkan lebih menonjol, mungkin sedikit bervolume atau sedikit ‘messy’ terkawal.
Ads
Ini mencipta keseimbangan antara kekemasan dan gaya moden, menjadikannya pilihan ideal bagi lelaki yang mahukan gaya yang kemas tetapi tidak stereotaip.
Rambut Panjang Sederhana Bergelombang
Bagi lelaki yang selesa dengan rambut yang sedikit panjang, gaya ‘Mid-Length Flow’ yang menonjolkan tekstur natural seperti gelombang atau ikal dijangka menjadi trend popular.
Gaya ini membingkai wajah dengan baik dan memberikan aura yang lebih santai, artistik, dan berkarisma.
Kunci utama gaya ini adalah kesihatan rambut; pastikan rambut sentiasa bersih dan lembap untuk menonjolkan tekstur semula jadi dengan kemas.
Gaya ‘Messy Fringe’ Bertekstur
Ads
Gaya ini menonjolkan bahagian ‘fringe’ (atau poni) yang dibiarkan jatuh ke dahi, tetapi digayakan dengan tekstur yang sedikit ‘messy’ atau berlapis.
Ia adalah gaya yang muda, ‘edgy’, dan penuh karakter. Panjang dan ketebalan ‘fringe’ boleh disesuaikan mengikut bentuk muka dan jenis rambut, memberikan fleksibiliti yang tinggi.
Gaya ini sesuai untuk mereka yang ingin menukar penampilan secara drastik atau menambah elemen ‘rebel’ pada imej mereka.
Memilih potongan rambut yang tepat adalah langkah pertama. Jangan lupa, penjagaan dan penggayaan menggunakan produk yang sesuai adalah kunci untuk memastikan gaya pilihan anda sentiasa kelihatan terbaik.
Berundinglah dengan pendandan rambut profesional anda untuk mendapatkan nasihat terbaik berdasarkan jenis rambut, bentuk muka, dan gaya hidup anda. Bersiaplah untuk tampil lebih yakin dan stailo dengan gaya rambut terkini 2025!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Isotretinoin adalah salah satu ubat yang digunakan secara meluas untuk merawat masalah jerawat yang teruk. Namun, pengambilannya perlu dilakukan dengan berhati-hati.
Seorang doktor pakar kulit, Dr Lim Ing Kien atau lebih dikenali sebagai Dr Ingky menekankan beberapa aspek penting mengenai pengambilan Isotretinoin yang perlu anda ketahui.
Perlu Dos & Tempoh Pengambilan Tertentu
Pertama sekali, pengambilan Isotretinoin haruslah mengikut dos dan jangka masa yang bersesuaian. Penggunaan dos yang salah atau pengambilan dalam tempoh yang terlalu lama boleh membawa kepada risiko kesihatan yang serius seperti kerosakan hati dan ginjal. Maka, amatlah penting untuk tidak mengambil ubat ini tanpa bimbingan doktor.
Foto: Isotretinoin 20mg jenama Acnotin yang biasa digunakan di Malaysia.
Perlu Penilaian Doktor Dahulu
Sebelum memulakan rawatan dengan Isotretinoin, adalah wajib untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor pakar kulit. Doktor akan menilai keadaan kulit anda dan menentukan sama ada anda memerlukan Isotretinoin atau tidak.
Jika perlu, doktor akan menetapkan dos yang sesuai dan tempoh pengambilannya. Ini kerana hanya doktor pakar yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang cara terbaik untuk menggunakan ubat ini dengan selamat.
Perkembangan Perlu Dipantau Doktor
Selain itu, ubat Isotretinoin perlu diperoleh secara eksklusif daripada doktor pakar kulit yang merawat anda. Mendapatkan ubat ini dari sumber luar, terutama melalui pembelian dalam talian, adalah sangat berbahaya.
Ubat yang dibeli dari sumber yang tidak sah mungkin tidak memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti, dan tiada jaminan bahawa ia adalah produk yang sah. Hanya doktor yang merawat anda yang boleh memantau perkembangan kulit anda dan melakukan penyesuaian dos jika perlu untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini.
Dr Ingky juga menegaskan bahawa sebarang risiko buruk akibat pembelian ubat secara sendiri adalah tanggungjawab individu tersebut.
Tanpa pengawasan doktor, seseorang mungkin tidak sedar akan kesan sampingan yang boleh timbul dan bagaimana untuk menanganinya dengan betul. Pemantauan doktor adalah kunci untuk memastikan rawatan berjalan lancar dan selamat.
Foto: Isotretinoin 10mg jenama Acnotin yang biasa digunakan di Malaysia.
Secara keseluruhannya, pengambilan Isotretinoin memerlukan perhatian dan pemantauan yang rapi oleh doktor pakar kulit. Pastikan anda mengikuti arahan doktor dan tidak mengambil risiko dengan membeli ubat ini dari sumber yang tidak sah. Kesihatan kulit anda adalah tanggungjawab yang perlu diuruskan dengan bijak, dan konsultasi dengan doktor pakar kulit adalah langkah pertama yang penting dalam perjalanan ke arah kulit yang lebih sihat.
Selalunya perempuan je kan buat masker untuk putihkan muka. Haa kali ni lelaki pulakk, ingat lelaki tak perlu muka bersih dan putih ke..paling-paling pun bersih la kan..Ini petua orang dulu-dulu yang katanya diamalkan dari dulu lagi..
Hanya perlukan kunyit, tepung beras dan air…
Saudara Wafiy ini kongsikan tip untuk mendapatkan kulit yang bersih tanpa cela menggunkan masker kunyit ini.
Paling sesuai untuk masalah jerawat+parut tapi jgn pakai hari-hari tau..Seminggu sekali sahaja..
Rempah yang mempunyai warna kuning terang ini berasal dari benua Asia khususnya Asia Tenggara dan sesetengah juga berpendapat ia berasal dari India. Kunyit juga dipercayai telah dijadikan sebagai bahan tradisional yang mengubati penyakit pada zaman terdahulu.
Bahan-bahan:
1- Beras (segenggam – ikut kelebaran muka masing2)
2- Kunyit hidup atau serbuk
3- Air (air kosong okay jangan letak air sirap pulak)
Cara Buat:
1- Rendam beras (30minit atau sampai kembang semangkuk)
2- Campur beras yang dah kembang tadi dengan kunyit
3- Tumbuk campuran beras kunyit atau blend guna blender sampai lumat.
4- Letak sedikit air (jika terlalu pekat)
Cara Pakai:
Cuci muka dengan airr bersih dan keringkan dengan towel bersih.
Tempek masker beras kunyit ke seluruh muka.
Biarkan 15 minit / hingga kering
Bilas muka dengan air bersih.
Manfaat: Wajah kelihatan lebih berrsih, segar, lembab dan lembut. Boleh memudarkan kesan jerawat. Wajah pon jadi peloles youallllllls.
Pesanan : Kalau nak senang beli je masker kunyit yang dah siap, tunggu tepek je kat muka tu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Whitehead dan blackhead yang sering menempel pada bahagian dagu dan hidung pasti membuatkan anda rasa tak selesa. Tangan ni tak pernah duduk diam sebab rasa nak picit-picit sampai merah hidung dan dagu.
Pasti anda rasa membazir kerana asyik membeli produk di drugstore, tapi tak semua whitehead dan blackhead keluar. Nak berjimat, apa kata buat sendiri cara-cara buang whitehead dan blackhead seperti yang dikongsikan oleh Puan Noorlela menerusi laman Facebooknya.
Caranya lebih mudah, hanya menggunakan 3 bahan murah sahaja. Jom ikuti perkongsiannya!
??? Sis nak share cara yang sangat berkesan untuk menghilangkan white + black head degil nauzubillah di muka… Yang penting bahan dia murah n senang cari… #bolehshare
Bahan-bahan:
Bedak Cina / bedak amoi / bedak sejuk
Putih telur (garfu tu buat kacau-kacau nanti)
Kapas muka (potong 2, ikut la nak potong berapa pun janji boleh melekap kat muka nanti)
Cara membuatnya:
1. Tumbuk n lumat-lumatkan bedak ni bagi hancur macam loose powder tu. Guna cukup-cukup je. Bukan guna seketul besar tu.
2. Campurkan bedak sejuk yang hancur tadi dengan putih telur di dalam mangkuk, then kacau bagi sebati.
3. Dah sebati, rendam sekejap kapas yang dipotong tadi, then lekap kat muka camni ???. Bagi rata kat tempat-tempta yang banyak whitehead+blackhead tu. Jangan basah sangat kapas tu, nanti meleleh-leleh n lambat kering.
Disebabkan sis keje malam n perlu tidur pagi tadi ni. So sis buat la cara ni supaya benda ni melekap lama kat muka n tak rasa menunggu lama ??? Sis pakai tadi kol 9am n terjaga kol 2 lebih petang tadi, almost 5-6 jam. Sis tidur kat bawah kipas supaya cepat kering. Kalau dah kering sikit kat muka n kapas tu tak bergerak-gerak baru la boleh tidur dengan amannya. Buat masa tidur malam pun bagus jugak. Tapi bagitau cik Abe awal-awal, takut dia bangun terkena heart attack nengok muka bini bertampal-tampal ??
Tengok hasilnya:
Puas hati sangat walaupun leceh sikit la… ???
Yang ni kat bawah dagu punya…
Memang bersih. Licin kulit hidung sis… ???
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.