
Untuk mencapai badan yang sasa dan kecergasan yang baik, pemakanan yang betul adalah sama pentingnya dengan rutin senaman yang konsisten. Salah satu kunci dalam pemakanan ialah protein, yang memainkan peranan utama dalam membina otot dan mempercepatkan pemulihan badan selepas senaman. Bagaimana dengan protein bar?
Sumber Protein Hebat
Protein boleh didapati daripada pelbagai makanan seperti:
- Ikan, ayam, daging, dan telur.
- Produk tenusu seperti susu dan keju.
- Kekacang dan bijian.
Namun, dalam dunia kecergasan moden, protein bar juga menjadi pilihan popular untuk menambah pengambilan protein secara mudah.

Apa Itu Protein Bar?
Protein bar adalah snek praktikal yang bukan sahaja menyihatkan tetapi juga membantu anda kekal bertenaga. Ia boleh:
- Menggantikan snek biasa dengan pilihan yang lebih sihat.
- Memberikan tenaga segera selepas bersenam.
- Membantu pemulihan otot dengan kandungan proteinnya yang tinggi.

Biasanya, protein bar mengandungi lebih protein berbanding lemak dan karbohidrat, menjadikannya pilihan yang ideal untuk mereka yang aktif.
Namun, berhati-hati! Ada protein bar yang mengandungi kalori dan gula tersembunyi. Sentiasa semak label sebelum membeli.
Bolehkah Protein Bar Menambah Berat Badan?
Fakta atau mitos? Jawapannya bergantung pada cara anda mengambilnya:
- Kalori harian melebihi had. Jika pengambilan protein bar menyebabkan kalori anda berlebihan, berat badan pasti akan meningkat.
- Gula yang tinggi. Beberapa protein bar mengandungi gula setara dengan coklat biasa!
💡 Tip berguna: Pilih protein bar dengan kandungan kalori dan gula yang rendah jika anda ingin mengawal berat badan.
Cara Memilih Protein Bar Terbaik
Memilih protein bar yang tepat bergantung pada matlamat kecergasan anda. Berikut adalah beberapa panduan:
Untuk Membina Otot (Bulking)
- Pilih protein bar dengan karbohidrat dan kalori tinggi.
- Sesuai untuk diet kalori tinggi bagi membina jisim otot.
Untuk Menurunkan Berat Badan
- Pilih protein bar yang rendah kalori dan karbohidrat tetapi kaya dengan protein.
Rasa dan Tekstur
- Ada bar yang padat dan kenyal, sementara yang lain seperti coklat dengan tekstur dekaden. Cari yang sesuai dengan selera anda!

BACA: Preview Episod 5 ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ – Mencari ‘King of the Hill’!
Kelebihan Protein Daripada Makanan Semula Jadi
Walaupun protein bar menawarkan kemudahan, jangan abaikan protein semula jadi yang lebih sihat:
- Ayam tanpa lemak, ikan, telur.
- Kekacang, bijian, dan produk tenusu.
Protein semula jadi bukan sahaja bebas bahan tambahan, tetapi juga lebih berkhasiat untuk jangka masa panjang.
Protein bar adalah alat yang hebat dalam perjalanan kecergasan anda jika digunakan dengan bijak. Tetapi ingat, kunci utama tetap pada pemakanan seimbang dan rutin senaman yang konsisten.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senaman Pernafasan Orang Jepun Ini Mampu Hilangkan Berat Badan, Buat 2 Minit Sehari!

Kehebatan senaman pernafasan cara orang Jepun ini mampu hilangkan berat badan. Memang benar, bukan mudah nak kurus. Tapi pelakon Jepun, Miki Ryosuke membuktikan dengan senaman pernafasan ini membantunya menghilangkan berat badan sebanyak 13kg.
Ketika pelakon Jepun, Miki Ryosuke menghidapi sakit belakang, doktor menyarankannya beberapa senaman untuk membantu dia menangani kesakitan yang dialami. Menariknya, dia telah menemui satu kaedah senaman yang membantunya menghilangkan berat badan sebanyak 13kg (28.7lb) dengan ukuran pinggang 12cm (4.7”) hanya dalam beberapa minggu.
BAGAIMANA IA BERFUNGSI?
Ryosuke menamakan senaman ini sebagai “Tarik Nafas Panjang”. Ia merupakan teknik mudah yang melibatkan beberapa posisi, menarik nafas selama tiga saat, kemudian menghembus dengan kuat selama tujuh saat. Paling menarik, anda hanya perlu melakukannya hanya 2 minit sehari!
Ramai doktor dari Eropah menggalakkan senaman pernafasan ini yang dipercayai dapat menurunkan berat badan. Senaman ini berkesan kerana lemak mengandungi oksigen, karbon dan hidrogen. Apabila oksigen yang disedut masuk ke dalam sel lemak, ia memecahkannya kepada komponen berbeza (karbon dan air). Jadi, kita mampu membakar lebih lemak apabila badan menggunakan lebih oksigen.
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?

Lakukan senaman ini setiap hari selama 2-10 minit.
Caranya:
- Berdiri. Kemudian langkah satu kaki ke depan dan satu lagi ke belakang.
- Tegangkan otot punggung anda dan pindahkan berat badan anda ke kaki yang berada di belakang.
- Tarik nafas perlahan-lahan selama 3 saat dan angkat tangan anda ke atas.
- Kemudian, hembus nafas dengan kuat dalam tempoh 7 saat dengan menegangkan otot-otot anda.
Menurut pakar, teknik senaman ini mampu menguatkan otot badan dan meningkatkan metabolisme anda.
Sumber: Brightside
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
5 Asas Larian Penting Dilakukan Untuk Jadi Pelari Aktif!

Larian kini menjadi satu trend kecergasan yang sangat popular bukan sahaja di Malaysia malah du seluruh dunia. Lihat sahajalah di laman media sosial. Semakin banyak grup-grup larian yang cukup aktif menjalankan aktiviti sosial serta pelbagai perkongsian yang menarik.
Namun dalam melakukan larian yang lebih kompetitif anda perlu tahu beberapa asa penting dalam larian.
ENDURANCE
Seorang pelari perlu ada endurance dan ketahanan kardio. Oleh itu badan anda perlu mempunyai ketahanan sangat tinggi.
KEKUATAN
Bila melakukan larian pastinya anda ingin mencatatkan larian yang lebih pantas dan jarak lebih jauh. Untuk mencapainya, anda perlu kuatkan otot badan seperti kaki, core dan juga pelbagai otot.
TEKNIK LARIAN
Melakukan larian dengan selesa perlu dilakukan dengan teknik larian yang terbaik. Larian efisien oleh mengurangkan kecederaan.
PEMAKANAN
Perlu amalkan diet yang seimbang dan mampu memberikan tenaga mencukupi untuk melakukan larian pada jarak jauh dan juga lama. Pemakanan yang baik boleh menjadi sumber tenaga yang terbaik!
PAKAIAN SESUAI
Menggunakan pakaian yang salah bukan sahaja tidak selesa malah boleh menyebabkan kecederaan seperti melecet. Ini terutamanya memilih kasut larian yang sesuai. Untuk pilih kasut larian anda perlu tahu bentuk kaki atau arch yang betul.
Ikuti perkongsian lebih lanjut menerusi video MASKULIN tentang perkara ini di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perhatikan 6 Petanda Ini Kerana Ia Isyarat Awal Anda Mungkin Terkena Diabetes!

Kencing manis atau diabetes merupakan penyakit yang memberikan komplikasi yang cukup buruk kepada penghidapnya. Ia merupakan penyakit yang serius berlaku disebabkan paras gula dalam badan yang tinggi.
Dan diabetes juga menjadi salah satu faktor utama terjadinya sakit jantung dan juga angin ahmar. Ramai yang beranggapan hanya orang yang berbadan besar sahaja mempunyai risiko diabetes. Namun anda silap kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Jika anda terutama tidak menjaga makan dan banyak mengambil makanan bergula maka risiko anda lebih tinggi.
Ramai juga lelaki terutamanya di peringkat usia muda seakan-akan tidak percaya bahawa mereka juga terdedah dengan diabetes. Jika anda mempunyai petanda-petanda di bawah, silalah segera mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut dengan doktor.
Turun Berat Badan Tiba-Tiba

Perkara ini berlaku apabila anda kehilangan kalori dalam air kencing dan anda tidak menyerap semua kalori daripada gula dalam darah. Hal boleh berlaku kerana badan mempunyai paras gula (glukosa) yang tinggi. Hal ini juga boleh apabila terjadi kekurangan hormon Insulin atau keberkesanan fungsi Insulin yang menurun dengan mendadak.
BACA: Betul Ke Pesakit Diabetes Tak Boleh Makan Rambutan? Doktor Ini Beri Penjelasan
Selalu Rasa Letih

Salah satu petanda yang paling ketara bagi seseorang yang menghidap kencing manis ialah akan berasa cepat letih. Perkara yang berlaku seperti ini merupakan satu hal yang serius kerana ia mungkin disebabkan makanan yang anda makan tak dipecahkan dan digunakan oleh sel-sel di dalam badan secara menyeluruh.
Sering Rasa Haus

Penghidap kencing manis juga sering berdepan masalah ini. Apabila membuang air kecil dengan banyak ia akan menyebabkan badan anda kehilangan air dan akan menyebabkan rasa dahaga. Menurut statistik, kebanyakan penghidap penyakit diabetes juga kerap cuba menghilangkan rasa meminum air manis. Dan ini akan memburukkan lagi keadaan.
Mudah Marah

Kalau anda sendiri perasan diri sering marah-marah maka perlulah ambil perhatian. Penghidap kencing manis pada tahap awal akam sering berasa tidak senang duduk dan ada gejala kemurungan. Anda berasa letih dan tak mahu berbuat apa-apa malah rasa malas nak keluar daripada rumah dan nak tidur saja.
Luka Susah Sembuh
Jika anda mengalami apa-apa kecederaan dan medapati ia sukar sembuh maka ada something wrong. Sistem imun di dalam badan anda dan juga proses merawat luka pada badan tidak berjalan dengan baik apabila anda memiliki paras gula yang tinggI. Pesakit diabetes mempunyai parut luka yang jelas kerana proses penyembuhan yang perlahan.
Penglihatan Terjejas
Semasa peringkat awal diabetes, kanta mata anda tak dapat memberi fokus dengan baik kerana glukosa terkumpul di bahagian mata. Lalu ia menyebabkan bentuk asal kanta mata berubah untuk sementara waktu. Selepas enam ke lapan minggu mata anda akan pulih seperti biasa. Tapi anda jangan risau kerana diabetes tak akan menyebabkan anda buta.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

