Tahniah diucapkan kepada jenama kereta nasional, Proton, telah mengumumkan subjenama yang akan digunakan kepada kenderaan EV mereka.
Nama yang dipilih ialah Proton e.MAS iaitu hasil gabungan “e” yang merujuk kepaada elektrik dan “MAS” adalah singkatan kepada Malaysia.
Proton e.MAS
Fakta Menarik e.MAS
Dengan kerjasama Geely, kereta Proton EV itu ditawarkan untuk pasaran Malaysia dalam dua varian; Prime dan Premium.
Secara ringkas, e.Mas 7 Prime hadir dengan bateri berkapasiti 49.52kWh, roda aloi 18-inci, paparan unit skrin sentuh 15.4-inci dan sistem pemanduan ADAS Level 2.
Sementara e.Mas 7 Premium pula hadir dengan bateri berkapasiti 60.22kWh, roda aloi 19-inci, 16-speaker dengan sistem audio Flyme, paparan unit skrin cermin hadapan dan pengudaraan untuk tempat duduk hadapan.
Pada masa sama, kereta EV pertama Malaysia ini turut diiktiraf 5-bintang ASEAN NCAP.
Menariknya lagi, e,mas ini bkal menjadi kereta rasmi sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di negara ini pada tahun hadapan, petik MalaysiaGazette.
Proton e.Mas 7 dipilih kerana kerajaan mahu menjadikan kereta tersebut sebagai contoh di rantau Asia dalam pembuatan dan pembangunan EV, terang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ads
Pada masa sama ia selaras komitmen negara kepada pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 nanti.
“Untuk ASEAN tahun depan, e.Mas 7 adalah kenderaan rasmi kita. Kita nak tetapkan contoh di rantau ini, untuk mempromosikan keupayaan kita untuk menghasilkan kereta dan juga pembangunan EV.
Ads
“Ia bertepatan dengan komitmen negara kepada pelepasan karbon sifar bersih,” katanya semasa Majlis Perasmian Kereta Elektrik Nasional Pertama e.Mas 7 semalam.
Pam atau isi angin tayar kereta merupakan satu perkara biasa yang dilakukan oleh setiap pemilik kereta dan kenderaan. Bahkan ia sudah jadi satu perkara rutin yang dilakukan.
Tapi adakah anda melakukan dengan cara yang betul? Mungkin selama ini anda pam tayar kereta berpandukan sukatan PSI (paun inci persegi) seperti tercatat di sisi tayar. Bolehkah ia dipam hingga maksimum ke angka tersebut?
Satu perkara yang anda wajib tahu ialah tekanan tayar yang tepat amat penting bagi memastikan kelancaran, keselaatan dan ketahanan tayar.
Perhatikan tulisan pada dinding sisi tayar. Di situ terdapat perkataan ‘Max. Press. 35 PSI’. Angka tersebut menunjukkan tekanan sejuk maksimum yang diperlukan tayar untuk menampung beban maksimum.
Kata ‘sejuk’ di atas merujuk kepada situasi anda mengepam tayar pada masa ideal, iaitu ketika cuaca sejuk seperti pada waktu pagi atau selepas kereta dibiarkan beberapa jam di kawasan teduh. Itulah masa terbaik mengepam tayar. Kebiasaannya, tekanan tayar maksimum berada dalam julat 30 dan 32 PSI.
KARAKTER PENGENDALIAN KERETA BERUBAH
Antara perubahan ketara dirasakan ialah karakter pengendalian. Tayar yang sudah dipam maksimum tidak mempunyai ruang anjalan pada dinding sisi. Ini menyebabkan tahap membelok jadi bertambah baik. Namu anda berdepan risiko ketika melakukan brek jajap (threshold braking). Jika membelok pantas atau mengejut, belakang kereta anda boleh terseret.
2. JANGKA HAYAT TAYAR MEROSOT
Antara kekurangannya pula jangka hayat tayar akan lebih cepat botak. Bila tayar dipam terlalu banyak, getah pada bunga tayar atas akan lebih menonjol dan membuatkan bahagian tengah tayar cepat haus. Malah, kawalan traksi juga berkurangan dan anda menghadapi risiko tayar meletup.
Tekanan disarankan kebiasaannya antara 30 dan 35 PSI. Nombor tersebut menandakan jumlah minimum tekanan udara yang diperlukan untuk menyokong kapasiti maksimum bawa-beban kenderaan anda. Jika berkurangan, anda akan dapati penggunaan bahan api dan tahap pengendalian akan terjejas, termasuk mengalami masalah haus disebabkan beban lebih dan getah tayar terlalu menganjal.
Sebaliknya, apabila tayar anda dipam mengikut tekanan PSI disarankan, anda pasti menikmati prestasi dan jangka hayat tayar yang optimum.
Bilakah masa terbaik memeriksa tekanan tayar? Sebaiknya, ikutilah 3 syarat asas ini:
i. Setiap kali mengisi minyak.
ii. Setiap kali suhu berubah 10º.
iii. Sekali bagi setiap 30 hari.
Jika anda mahu tayar anda dipam mengikut tekanan tepat sebelum memandu, apa kata dapatkan tolok tekanan di mana-mana kedai aksesori kereta terdekat. Cara ini lebih memudahkan anda.
Sumber: Artofkeicar
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Persatuan pengguna islam Malaysia ada mengeluarkan satu kenyataan di social medianya baru-baru ini berkenaan dengan urusan tarik kenderaan.
Bukan lelaki je perlu tahu malah perempuan juga patut mengetahui pekara ini. Jadi ini dia beberapa pekara yang mesti anda ketahui dahulu sebelum anda menyerahkan kunci kereta anda.
Institusi Kewangan tidak dibenarkan untuk menyita kenderaan di mana pembayaran pinjaman telah dilunaskan 75% ke atas melainkan dengan perintah mahkamah yang sah.
Kenderaan yang terletak di dalam Kawasan rumah tidak boleh ditarik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Edisi kedua The Hot Wheels Legends Tour kini bakal kembali di Malaysia. Program meraikan pelbagai rekaan kereta ini diadakan dengan kerjasama Art of Speed Malaysia dan ia merupakan siri global pencarian kenderaan rekaan khas untuk dijadikan model sebenar kereta permainan Hot Wheels. Paling menarik, barisan panel jurinya terdiri daripada pereka global Hot Wheels dan disertai barisan juri tempatan.
Mereka telah memilih 12 rekaan terbaik (Top 12) daripada sejumlah 163 penyertaan di Malaysia. Pusingan pusingan akhir pertandingan ini bakal disiarkan secara pentriman secara langsung pada 17 Oktober 2021 (Ahad), pukul 8 malam.
Pada tahun ini, para peminat kereta rekaan khas Malaysia akan disertai kelompok peminat dari Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia dan New Zealand, sekali gus bersaing merebut gelaran juara. Siri Hot Wheels Legends Tour Malaysia tahun ini juga mencatatkan peningkataan penyertaan dua kali ganda berbanding tahun 2020.
Setiap penyertaan dinilai berdasarkan Ketulenan (Authenticity), tahap mirip rekaan memaparkan identiti semangat Hot Wheels; Kreativiti, daya tarik rekaan menonjol berbanding rekaan lain; dan Semangat Garaj (Garage Spirit), keupayaan pereka menyerlahkan ciri model sebagai kereta ‘buatan khas bukan dibeli.’
Pemenang siri Malaysia akan mewakili negara di peringkat antarabangsa dan bakal bersaing dengan para pemenang dari siri-siri Hot Wheels Legends Tour. Juara keseluruhan akan menyaksikan rekaannya diabadikan dalam Hot Wheels Garage of Legends sekali gus ditransformasi kepada kereta permainan 1:64 untuk dipasarkan serta memberi keseronokan kanak-kanak semua peringkat usia di seluruh dunia bermain.
Barisan juri pereka Hot Wheels terdiri daripada Brendon Vetuskey, ketua pereka model kereta permainan Monster Trucks dan Red Line Club; Manson Cheung, pereka model 3D Hot Wheels yang terkenal dengan ukiran seninya; dan Sam Kok, pereka Hot Wheels yang kini merupakan pemacu utama pereka pakej Mattel.
Panel juri tempatan pula terdiri daripada Christian Coujin, figura yang tidak asing dalam komuniti kerana koleksi kereta RWB miliknya dan peminat kenderaan buatan khas atau diubahsuai; Tengku Djan, pelumba drift profesional negara yang menyertai perlumbaan D1 Grand Prix; dan Azrina Jane Abdullah, pemandu lagak ngeri dengan bakat sebagai pelumba drift dan litar.
Kesemua 12 finalis Malaysia menunjukkan kepelbagaian rekaan kereta berjenama dari pelbagai negara seperti Jepun, Jerman, Itali termasuklah jenama Malaysia. Finalis terdiri daripada:
Lee Ming Hui (Audi TT MK2), Sofyan Darmadi (1969 VW Beetle Vandetta), Norsayang bin Ngatiman (1968 Toyota Corolla KE10), Addison Victor Liew Kian Tek (1980 Mazda RX7 1st Gen Savanna Sa22C), Jeffrey Teoh (2008 Ferarri 430), Karrthikan Amerudalingam (1997 Proton Wira 1.5 GL), Abdul Wahab bin Bahari (1986 Daihatsu Mira Walkthrough Van), Elden Schrock (1987 Toyota Cressida), Mohd Iltizam bin Mohamad Sokri (1990 Toyota Estima TCR 21), Tham Kheng Ming (2002 Toyota MRS MR2 Spyder), Norman Ng (2014 Porsche Boxster 981), dan Kathires Thanabal (2012 Honda Accord).
Pusingan akhir akan bersiaran langsung dalam talian dari Muzium RWB, Johor Bahru yang dikurator oleh Christian Coujin. Muzium RWB merupakan satu bentuk keraian berkisar RAUH-Welt Begriff dan pengasasnya, Akira Nakai, serta diiktiraf oleh komuniti peminatnya sebagai sebuah pameran menakjubkan sekali gus membuktikan hobi ini amat mengujakan.
Bersempena sambutan Hot Wheels Legends Tour dan segalanya tentang budaya kereta, Hot Wheels telah melancarkan rekaan kolektibel menarik sebagai hadiah menerusi pembelian daripada rakan kerjasama runcit rasmi: Toys ‘R’ Us Malaysia [https://www.toysrus.com.my/hot-wheels/] dan Shopee Malaysia [https://shopee.com.my/hotwheels.os] untuk pembelian dalam talian. GWP boleh disusun / dicantum dan boleh dibeli selagi stok masih ada.
Oktober 2021
• BELI produk Hot Wheels RM50 ke atas, dapatkan Model Misteri Hot Wheels PERCUMA
• BELI produk Hot Wheels RM200 ke atas, dapatkan model edisi terhad Hot Wheels Nissan Laurel 2000 SGX PERCUMA
November 2021
• BELI produk Hot Wheels RM50 ke atas, dapatkan Model Misteri Hot Wheels PERCUMA
• BELI produk Hot Wheels RM200 ke atas, dapatkan model edisi terhad Hot Wheels ‘65 Volkswagen Fastback PERCUMA
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.