“Aku sudah tidak mampu untuk berkata kata . Hanya doa dan harapan agar Allah S.W.T memberi petunjuk yang segera kepada kita semua.” ini antara keluh kesah yang disuarakan oleh PU Amin menerusi akaun Facebooknya apabila melihat kelakuan segerombolan mak nyah yang berkumpul di Grand Ballroom Sunway Putra Mall. PU Amin memuatnaik foto yang diambil dari jutawan kosmetik terkenal Malaysia atas tag netizen yang ingin beliau menegur insan tersebut. Beliau meletakkan status berusur tidak mampu lagi untuk menegur dan ingin menamatkan usahanya dalam menasihat dan membimbing umat Islam agar terus ke jalan yang diredhaiNya.
Netizen juga menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap golongan ini dan meminta agar PU Amin terus berusaha dalam membimbing umat Islam ke jalan yang LURUS! Malah, mereka juga mengaitkan dengan pegangan Rasulullah S.A.W yang tidak berputus asa walaupun ditentang masyarakat sewaktu zaman pemerintahannya.
Ads
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tip menantu lelaki tak kekok bergaul dengan mak mentua. Hubungan antara menantu lelaki dan ibu mentua sering jadi topik hangat. Ada yang mesra macam ibu dan anak sendiri, ada juga yang canggung dan serba tak kena.
Hakikatnya, hubungan ini penting untuk keharmonian rumah tangga. Kalau isteri bahagia tengok suami rapat dengan ibunya, rumah tangga pun akan lebih sejahtera.
Jadi, kalau anda seorang menantu lelaki yang masih tercari-cari rentak, berikut beberapa tip yang mungkin boleh membantu supaya tak rasa kekok bila bergaul dengan mak mentua.
Bila duduk sekali, jangan asyik main telefon atau senyap saja. Cuba mulakan perbualan ringan. Tanyakan tentang kesihatan, tanya resipi lauk kegemaran isteri, atau cerita hal-hal yang menarik. Kadang-kadang, sekadar bertanya “Mak masak apa hari ni?” pun dah cukup untuk mula satu perbualan.
Hormat itu wajib, tapi tak semestinya kena terlalu formal sampai rasa macam orang asing. Kalau mak mentua jenis suka bergurau, ikut saja rentaknya. Tapi kalau dia lebih selesa dengan gaya serius, jangan pula kita melawak melampau. Kena bijak baca situasi.
Jangan tunggu disuruh. Kalau nampak mak mentua sibuk di dapur atau tengah angkat barang berat, tawarkan bantuan. Perkara kecil macam ni pun boleh buat hati orang tua lembut. Tak perlu buat semua kerja, cukup tunjukkan keikhlasan.
Kadang-kadang mak mentua cuma nak rasa dihargai. Luangkan masa tengok TV bersama, teman dia ke pasar, atau temankan minum petang. Tak semestinya kena borak panjang, cukup dengan kehadiran yang menyenangkan.
Ada hal-hal yang lebih baik dibiarkan antara isteri dan ibunya. Kalau mereka sedang berbual tentang hal perempuan atau hal dapur, tak perlulah masuk campur. Hormat privasi tu penting juga.
Kalau mak mentua tegur cara kita buat sesuatu, jangan cepat terasa. Mungkin caranya kasar, tapi niatnya baik. Anggap saja macam ibu sendiri yang nak tengok kita jadi lebih baik.
Tak perlu yang mahal pun. Bila balik kampung atau datang ziarah, bawa sikit buah tangan – buah-buahan, kuih-muih, atau apa-apa yang mak mentua suka. Tanda ingatan kecil macam ni boleh buat hubungan jadi lebih mesra.
Hubungan yang baik bukan terhasil dalam sehari. Kadang-kadang ambil masa. Kalau ada rasa kekok atau tak selesa, sabar dulu. Teruskan usaha untuk berbaik dan ikhlas dalam setiap perbuatan. Lambat-laun, mak mentua pun akan rasa kehadiran kita sebagai satu rahmat.
Kesimpulannya, jadi menantu lelaki bukan hanya tentang “ambil anak orang”. Ia juga tentang menerima keluarga pasangan sebagai keluarga sendiri. Kalau kita boleh jaga adab, hormat dan tunjuk keikhlasan, insya-Allah hubungan dengan mak mentua akan jadi lebih mudah dan membahagiakan.
Nak bergaul mesra dengan mak mentua? Mulakan dengan senyuman, dan selebihnya akan datang dengan sendiri.
Dari segi perancangan kewangan, ada 6 cara bijak yang boleh digunakan untuk memastikan kita membeli kereta dalam keadaan yang terkawal.
Anda boleh pilih mana satu cara yang sesuai dengan anda. Panduan ini adalah untuk memastikan kewangan anda dalam keadaan stabil dan anda tidak tertekan dengan masalah kewangan.
Sebelum menggunakan panduan ini, anda perlu faham satu prinsip bahawa, penasihat kewangan yang paling baik adalah anda sendiri, bukan penjual kereta dan pegawai bank bahagian pinjaman.
BIAR ORANG LAIN BAYAR ANSURAN KERETA
Cara ini adalah cara paling bijak dalam pengurusan kewangan. Anda perlu berfikir bahawa anda tidak perlu untuk membayar liabiliti daripada gaji anda sendiri. Biar orang lain yang bayarkan untuk anda. Jadi bagaimana?
Sebelum membuat hutang kenderaan, anda mesti memiliki aset yang boleh menjana pendapatan. Contoh yang mudah adalah rumah sewa.
Anda membeli sebuah apartmen medium kos berharga RM150,000. Anda membayar ansuran kepada bank RM700 selama 30 tahun. Apartmen anda disewakan kepada penyewa dengan kadar RM1000. Dengan ini, anda ada lebihan tunai positif RM300 setiap bulan. Lebihan tunai inilah yang boleh digunakan untuk membayar ansuran kereta anda. Jadi anda boleh mendapatkan kereta percuma yang dibayar oleh orang lain setiap bulan.
Jika anda mahu kereta yang lebih mahal, anda perlu mendapatkan lebihan tunai positif yang lebih banyak setiap bulan. Jadi, kemahuan anda terbatas setakat kadar itu sahaja. Ia boleh mengelakkan anda memiliki kereta mahal yang tidak perlu. Duit gaji anda boleh disalurkan ke tempat pelaburan lain. Silap-silap anda boleh pakai lebih banyak kereta.
BAYAR SECARA TUNAI
Hidup bebas hutang adalah impian semua orang. Kita boleh mulakan dengan membeli kereta secara tunai. Saya syorkan sekiranya anda mempunyai simpanan tunai, gunakan 30% daripada tunai itu untuk membeli kereta secara tunai.
Secara praktikalnya, jika anda mempunyai simpanan tunai sebanyak RM30 ribu, anda boleh gunakan RM10 ribu untuk membeli kereta secara tunai.
Kereta yang boleh dibeli secara tunai dengan harga di bawah RM20 ribu semestinya bukan kereta yang mengagumkan. Tapi ingat, anda perlukan kereta untuk pengangkutan, bukan untuk mengagumkan orang lain. Dan anda membelinya dengan tunai dan anda tiada hutang!
Jika kaedah ini dipraktikkan, anda akan menjadi lebih berdisiplin pada masa akan datang. Anda akan liat membuat hutang yang tidak baik.
BAYAR ANSURAN KERETA TIDAK LEBIH 15% DARIPADA GAJI BULANAN
Kaedah ini mungkin sesuai sekiranya anda tidak mempunyai simpanan yang banyak untuk membeli kereta. Anda hanya mampu membayar ansuran pinjaman kereta sahaja.
Tidak mengapa jika anda tidak mempunyai simpanan yang banyak. Dengan kaedah ini, anda mengira kadar maksimum bayaran kereta anda setiap bulan, iaitu 15%.
Contoh, jika gaji anda RM3000 sebulan, bayaran maksimum ansuran kereta ialah RM450. Dan pembiayaan yang anda patut ambil adalah bawah 7 tahun. Jadi, ansuran RM450 dengan pembiayaan 7 tahun.
Seterusnya anda baru keluar dan cari kereta berdasarkan bajet anda itu. Ingat, bukan cari kereta dahulu kemudian baru kira. Kira dahulu dan baru keluar mencari kereta apa yang sesuai dengan kemampuan anda.
HARGA KERETA TIDAK LEBIH GAJI SETAHUN
Kaedah seterusnya untuk memiliki kenderaan di sekitar kemampuan kita adalah dengan menggunakan petanda aras harga kereta. Harga kereta tidak boleh lebih daripada gaji setahun.
Jika anda bergaji bulanan RM3000, gaji tahunan anda ialah RM36,000. Jadi kereta yang boleh anda beli mesti berharga kurang daripada RM 36,000.
Jika ini dijadikan petanda aras, anda boleh berdisiplin dan tidak akan terikat dengan gaya hidup mewah dan melampaui pendapatan anda.
IKUT RULE 20/5/10
Kaedah ini adalah kaedah yang senang untuk diingat. Ia mungkin mempunyai persamaan dengan kaedah sebelum ini tetapi ada sedikit keunikan.
20/5/10.
20 adalah bayar 20% pendahuluan (downpayment) kereta. Dengan membayar pendahuluan tinggi, anda dapat merendahkan jumlah hutang anda.
5 ialah pembiayaan 5 tahun maksimum. Dengan merendahkan masa pembiayaan, anda akan membayar kadar faedah/keuntungan bank lebih rendah.
10 ialah 10% daripada gaji bulanan. Dengan merendahkan bayaran bulanan, anda boleh mengoptimumkan gaji anda untuk perkara yang lebih penting seperti membeli aset untuk pelaburan.
BELI 2 KERETA SEKALI GUS
Kaedah ini sebenarnya ada persamaan dengan kaedah pertama. Ingat, jika anda beli sebuah kereta, anda rugi. Jika anda beli dua buah kereta, anda untung. Bagaimana?
Beli dua buah kereta sekali gus. Satu anda guna, satu lagi anda sewakan. Kita ambil contoh Perodua Myvi. Bayaran ansuran bulanan setiap kereta adalah sekitar RM500. Kereta kita yang kedua boleh dijadikan kereta sewa. Harga pasaran sewa kereta Myvi sekitar RM150 sehari.
Anda perlu sewa selama lebih 7 hari sahaja sebulan untuk membayar ansuran kereta itu. Jika lebih daripada itu, anda mendapat untung dan pendapatan bulanan lebihan!
Jika anda rasa kaedah ini susah, saya ada jawapan untuk anda. Bukan senang mahu senang dan hidup bebas hutang adalah lebih senang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang