Jenama pakaian sukan terkemuka global, PUMA, ‘mengajak’ semua peminat ke Itali dengan pelancaran semula Palermo, siluet kasut legenda teres yang menghargai ibu kota pesisir pulau Sicily.
Hadir dengan reka bentuk elegan dan tapak gum klasik, Palermo mula mencuri perhatian di stadium bola sepak tahun 1980-an, menjadi pilihan utama di kalangan peminat di teres stadium.
Kini, simbol ikonik budaya bola sepak tersebut kembali semula dengan warna yang lebih cerah dan menarik.
Bersempena pengenalan semula siluet ikonik ini, sebuah kumpulan gadis K-pop, IVE dan Duta PUMA APAC, turut serta dalam koleksi ini, menampilkan filosofi gaya Itali yang santai sambil menggabungkan unsur-unsur DNA bola sepak dari masa lalu hingga kini.
Ia menawarkan koleksi pilihan yang diinspirasikan dari jersi, dipadankan dengan warna-warna yang dinamik dan dipakai oleh IVE dalam Palermo mereka. Dari jaket klasik PUMA, skirt lipit, hingga seluar pendek bola sepak, mereka siap sedia untuk merayakan musim panas dengan gaya la dolce vita – kehidupan yang manis.
Ads
Koleksi Palermo SS24 akan tersedia di kedai PUMA terpilih dan di PUMA.com mulai 15 Mac 2024.
Setiap pembelian kasut Palermo bermula 15 Mac 2024 akan mendapatkan selendang eksklusif PUMA Palermo. Beli mana-mana pakaian yang dipakai oleh IVE dari koleksi Palermo untuk mendapat set enam kad foto bertandatangan IVE secara eksklusif, sementara stok masih ada.
Ads
STADIO PALERMO – POP-UP PALERMO PUMA PERTAMA DI ASIA TENGGARA
Merayakan pelancaran koleksi PALERMO, PUMA membuka STADIO PALERMO, toko Pop-up istimewa di Central World, pusat belanja terbesar ke-9 di dunia, yang terletak di pusat keramaian belanja Bangkok.
Pop-up selama satu minggu ini menawarkan pengalaman interaktif yang dipenuhi dengan unsur-unsur menyenangkan dan akar Italia dari PUMA Palermo, membolehkan pengunjung menyelami dunia fesyen teres yang penuh warna.
Masuk ke dunia STADIO PALERMO yang meriah, menawarkan pengalaman yang membesarkan jiwa seperti padang foosball raksasa dengan bangku teres dan kawasan alfresco yang terinspirasi Sicilia – bagaikan berada di Sicilia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Fashion is about dressing according to what’s fashionable. Style is more about being yourself.”- Oscar de la Renta
Berapa jumlah wang yang anda laburkan untuk membeli sehelai baju? Dan bagaimana anda memilih rekaan baju itu? Adakah dari jenama nya atau rekaan yang bersesuaian dengan gaya anda sendiri?
Saya akui, hari ini rata-rata dari kita adalah brand concious. Membeli hanya dari jenama mewah untuk disarungkan di tubuh mereka.Terlalu memilih. Masalahnya, mereka menganggap apabila menyarungkan helaian mewah dari jenama seperi Prada, Gucci , dan Louis Vuitton, mereka ini adalah golongan yang menghargai fesyen. Seolah-olah memahami konsep berfesyen itu. Walhal, semakin kita selami erti fesyen itu, semakin kita kenal corak industri fesyen yang tidaklah berpaksikan hanya pada jenama semata-mata.
Tidak bermakna jika anda membeli sehelai jumper yang berharga RM 2,000 anda sudah layak mengelar diri anda sebagai pencinta fesyen. Pengikut trend. Mahupun seorang fashionista. Saya kira ada sahaja dikalangan kita yang berbelanja besar serba mewah namun tiada elemen “fesyen” dalam penggayaannya. Asalkan baju yang disarungkan itu dari Prada, dan celananya rekaan Givenchy, sudah berdiri megah kononnya stail nya itu sangat ‘fesyen’. Salah belaka.
“A person who follows trends in the fashion industry obsessively and strives continually to adopt the latest fashions”
Industri fesyen ini sungguh luas. Luasnya sehingga meliputi pelbagai aspek termasuklah dari pilihan design untuk rekaan aksesori. Begitu juga dari segi stail dan penggayaan. Maksud saya, bisa saja jika anda membeli sehelai t-shirt putih yang berharga RM10 dan dipadankan dengan jaket ala Louis Vuitton berharga RM35 serta diserasikan dengan celana hitam berharga RM17 untuk anda menhasilkan stail yang tip-top. Asalkan tahu bagaimana untuk mix and match sudah cukup membantu dalam mencipta satu total look yang lebih berstail dan “fesyen”. Nah! Terang lagi bersuluh, bukan sekadar wang semata-mata, malahan pendekatan ilmu dalam fesyen juga penting untuk menghasilkan gaya yang menarik, relevan namun bijak mengatur kos belanja.
“Create your own style. Let it be unique for yourself and yet identifiable for others.” – Anna Wintour
Menurut Anna Wintour, ciptalah gaya kita sendiri. Gaya yang bisa unik untuk kita sendiri dan memberi impak besar pada orang ramai sehingga kita dikenali ramai orang. Terang lagi bersuluh. Untuk mencipta impak dalam gaya berfesyen anda, ia tidaklah sekadar memandang kepada jenama sesebuah produk, malahan ia lebih kepada bagaimana kita bermain dengan kuasa warna, rekaan, dan juga bijak dalam proses suai padan yang mampu menaikkan aura karisma anda. Apa yang penting, sentiasa yakin dengan gaya penampilan anda supaya dapat dilihat sebagai seorang yang bold dalam personaliti, juga seorang yang sharp dalam berfesyen.
Jadi, cuba kembangkan kreativiti dalam penggayaan fesyen anda dengan membeli helaian baju di kedai bundle seperti di uptown. Why not?
Model dan selebriti yang popular di Berlin kini tampil dengan koleksi terbaru Monki dengan mengetengahkan konsep bercirikan peribadi yang kuat dari personaliti yang bernama Yang Zhang atau lebih sinonim dengan panggilan Kicki.
Kepada anda yang tidak mengenali Kicki, dia merupakan anak kelahiran China yang telah berjaya menempah nama di persada peragaan di Berlin. Antara sebab wanita ini sesuai untuk dijadikan penghias koleksi terbaru Monki kerana ciri Kicki yang bersahaja dan trendy menjadikan koleksi ketiga style crush Monki lebih terserlah.
Antara look yang diperagakan oleh Nicki adalah Streetwear dan suit klasik diberi nafas modern disesuaikan dengan konsep Monki yang lebih kepada longgar dan besar sejak ia diperkenalkan. Koleksi kali ini bukan saja menawarkan konsep pakaian ala kerja dan sukan, malah terdapat juga seluar dan blazer yang membuatkan anda mahu menjadikannya salah satu koleksi almari anda.
Monki mempunyai pelbagai pakaian dari atas hingga ke bawah termasuk jumpsuit. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi Crush ini di mana-mana butik Monki dan Online bermula September 2018!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin anda sudah sedia maklum sepasang seluar jean yang berkualiti dijual dengan harga yang cukup mahal. Sebab itulah amat penting untuk kita tahu teknik mencuci seluar jean dengan baik.
Berbeza dengan seluar jean yang diperbuat daripada material ditiru menyerupai denim, seluar jean berkualiti ini mempunyai ketahanan sangat tinggi dan mempu bertahan dipakai selama sekurang-kurangnya sehingga 10 tahun.
Pernahkah anda dengar tentang teori seluar jean yang mahal tak perlu dibasuh untuk menjaga kualitinya, kecuali bila sudah betul-betul kotor. Sama ada teori itu betul atau tidak ia bergantung kepada terjemahan anda sendiri. Bagi MASKULIN sepasang seluar jean yang mahal perlu dijaga sebaiknya bersesuaian dengan harga perlaburan yang telah dikeluarkan.
Tapi bagaimana jika anda harus mencucinya? Ya, pastinya anda risau ia akan rosak dan turun warna. Maklumlah material denim memang akan semula jadi akan turun warna bila dibasuh. Cuma ia bergantung kepada teknik cucian untuk mengurangkannya
Salah satu cara untuk menjaga kualiti denim semasa mencucinya ialah dengan menterbalikkan seluar. Pastikan bahagian dalam berada di luar ketika ia dicuci.
Kaedah ini mampu membantu mengekalkan warna asal seluar tersebut dan mengurangkan warna luntur dengan teruk. Anda juga perlu pastikan agar semua zip dan butang semua terpasang sebelum memasukkannya ke dalam mesin basuh.
Seboleh-bolehnya usahlah cuci seluar jean menggunakan mesin basuh dengan mencampurinya dengan segala macam pakaian lain bersama. Lebih banyak pakaian yang disumbat bersama lebih sukarlah cucian ke atas seluar jean dilakukan.
Malah warna yang turun daripada seluar jean juga oleh merosakkan pakaian anda yang lain terutamanya berwarna putih. Jika mesin terlalu penuh zip seluar jean akan jadi rosak dan jahitan benang juga mudah tertanggal. Teknik mencuci yang baik itu penting!
Pengguna mesin basuh menggunakan syiling biasanya suka mengeringkan pakaian menggunakan pengering. Ini teknik mencuci atau lebih tepat teknik mengeringkan yang boleh mendedahkan kerosakan kepada seluar jean. Selepas basuh jemur sahaja di bawah pancaran matahari dan biarkan ia kering secara semula jadi. Namun janganlah ditinggalkan terlalu lama kerana ia boleh merosakkan material denim.
Dapatkan seluar jean berkualiti pada harga berpatutan dengan pelbagai rekaan di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berpuasa dua minggu tapi berat masih tak turun? Mungkin ini 5 puncanya. Ketahui juga menu berbuka yang bantu kawal berat badan sepanjang Ramadan. #maskulin #majalahmaskulin