Sebagai sebuah jenama sukan dan pakaian global, PUMA sentiasa memainkan peranannya sebagai salah satu medium menyerlahkan penyatuan manusia. Apatah lagi tatkala dunia sedang bergelut dengan krisis wabak COVID-19 yang kini telah meragut ribuan nyawa.
Pengenalan koleksi terbaru dari PUMA Unity Collection membawa semangat tersebut dengan meraikan semangat penyatuan masyarakat dunia yang kini amat memerlukan satu sama lain. Pelancaran koleksi terbaru dari PUMA ini juga menyaksikan mereka melakukan sumbangan sebanyak USD200,000 kepada UN COVID-19 Solidarity Response Fund.
Meangkat jenamanya sebagai salah pemain utama dalam industri sportswear, PUMA berkata bahawa semua pihak perlu mamainkan peranan terutamanya menyokong usaha yang dilakukan oleh World Health Organization (WHO) dalam memerangaih COVID-19.
Ads
“Sukan memainkan peranan yang sangat kritikal sebagai salah satu medium yany cukup berpengaruh menyatukan masyarakat. Sebagai jenama dan juga atlet tajaan serta duta kami berganding bahu bersama-sama menjayakan misi ini. Dalam kondisi yang cukup mencabar ini kita semua harus bersatu padu kerana inilah yang membuatkan kita lebih kuat,” jelas Pengarah Jenama dan Pemasaran Global PUMA, Adam Petrick.
Ads
Koleksi pakaian dan kasut terdiri daripada seleksi lelaki dan wanita ini tampil dengan rekaan minimalis dengan penampilan lebih vibrant dan menggunakan warna-warna ada bendera dari pelbagai negara.
Ads
Seleksi paling menarik perhatian semestinya sneakers yang terdiri daripada model Future Rider, Ralph Sampson, RS-2K dan Cali Sport.
Ia kini boleh didapati di laman sesawang rasmi PUMA selagi stok masih ada.
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan seleksi sneakers dan pakaian sukan dengan diskaun luar biasa hebat di sini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam satu penyatuan semula yang dinantikan selepas lebih satu dekad, adidas dan Liverpool FC mengumumkan kerjasama semula dengan pelancaran jersi baharu Home dan Away untuk musim 2025/26.
Namun lebih daripada sekadar pelancaran koleksi, kehadiran adidas di TRX Kuala Lumpur bermula 4 hingga 10 Ogos menandakan sebuah aktivasi yang meraikan legasi, komuniti dan keagungan juara EPL 2024/25 yang cukup ikonik ini.
Pop-up eksklusif adidas x Liverpool FC di Pavilion Kuala Lumpur bukan sekadar ruang pameran. Ia menjadi medan interaksi antara jenama global dan peminat tempatan yang setia.
Menurut kenyataan rasmi adidas, aktivasi ini menampilkan beberapa elemen utama seperti iaitu The Champions Wall yang memaparkan deretan trofi paling ikonik.
Selain itu, Liverpool Jersey Display yang memperlihatkan jersi baharu dengan lebih dekat, dan Letter to the Players, satu inisiatif unik di mana peminat menulis mesej tangan kepada pemain-pemain Liverpool yang akan dihantar terus ke Anfield.
Pengurus Besar adidas Football, Sam Handy berkata, “Kembalinya adidas ke Liverpool FC merupakan satu detik bersejarah buat kami.
“Melihat tiga jalur ikonik kami kembali menghiasi jersi Liverpool FC adalah sesuatu yang sangat kami banggakan. Jersi Home benar-benar mewakili DNA Liverpool — elegan dan bersahaja, manakala jersi Away memberi penghormatan kepada sejarah gemilang kelab ini,” tambahnya lagi.
Dari aspek reka bentuk, jersi Home tampil dengan rona merah strawberry gelap, dilengkapi tiga jalur putih di bahu dan kolar leher bulat yang moden.
Manakala jersi Away pula tampil dalam palet klasik krim, hitam dan merah, gabungan warna yang pernah mendominasi sejarah jersi kedua LFC.
Ben Latty, Ketua Pegawai Komersial Liverpool FC turut mengulas, “Ini lebih daripada sekadar pelancaran jersi baharu, ia menandakan permulaan hubungan selama 10 tahun antara LFC dan adidas.
“Sejak pengumuman kerjasama ini pada bulan Mac, kami merasai gelombang keterujaan dan jangkaan yang besar. Koleksi pertama ini menjadi penanda aras kepada musim-musim akan datang.”
Selain jersi, pelancaran ini turut memperkenalkan Pre-Match jersey, jaket Anthem ZNE dan kasut Samba edisi khas LFC. Setiap satu direka dengan elemen nostalgia dan budaya Liverpool termasuk corak gerbang Shankly dan frasa ‘YNWA’ yang tersemat pada perincian produk.
Aktivasi ini tidak hanya menjadi sambutan terhadap koleksi baharu, tetapi juga simbol kebangkitan semula hubungan dua nama besar dalam dunia bola sepak dan gaya hidup sukan.
Jersi terhangat Liverpool FC kini boleh didapati di butik adidas terpilih seluruh negara serta di laman sesawang www.adidas.com.my/en/liverpool serta rakan runcit utama. Pop-up di Pavilion TRX dibuka kepada umum dari 4 hingga 10 Ogos.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan silhoutte atau model ASICS Gel Lyte III merupakan antara yang paling popular dari jenama tersebut di kalangan penggemar sneakers. Model ini telah menyaksian pelbagai koleksi hebat bersama beberapa nama besar seperti CDG, KITH, atmos dan juga Sean Wotherspoon. Terkini, kolaborasi bersifat tempatan bersama Sneakerlah dan Hundred% pula bakal diperkenalkan.
Kolaborasi tiga penjuru di antara SneakerLah, ASICS dan Hundred% ini bukanlah kali pertama diperkenalkan. Tahun lalu mereka telah memperkenalkan sneakers unik ASICS Gel-Kayano 5 ‘Nasi Lemak’ di mana ia mendapat sambutan luar biasa daripada peminat sneakers.
Bagi kolaborasi tahun ini pula, konsep Menara Berkembar PETRONAS telah diabadikan pada model ASICS Gel Lyte 111 dengan tema utamanya dimonopoli warna perak.
Setiap perincian kasut keluaran istimewa ini diinpirasikan daripada pelbagai aspek Menara Berkembar PETRONAS. Sinonim dengan nama Malaysia, pemilihan tema kali ini dilihat mampu membawa imej negara di kalangan penggemar sneakers bukan sahaja di Malaysia tapi di peringkat antarabangsa.
Merujuk tentang pemilihan warnanya, SneakerLah menerusi laman Instagram menjelaskan pemilihan warna Metallic Silver diambil sebagai polarisasi estetika warna menara berkembar. Manakala jalur ikonik ASICS yang bersifat reflective pula mewakili refleksi tingkap menara berkembar dalam tempoh waktu berbeza sepanjang hari.
Di bahagian belakang kasut pula terdapat perkataan ‘LAH’ yang merupakan slanga biasa digunakan rakyat Malaysia dalam perbualan seharian. Tapak yang berwarna hijau pula melambangkan warna pada tingkap Menara Berkembar.
Pengenalan sneakers kolaborasi ini juga dikatakan bersempena dengan ulang tahun model Gel Lyte III yang ke-30 sekali gus menjadikan ia sebagai sebuah projek yang lebih eksklusif.
Buat yang berminat mendapatkan sneakers eksklusif ini, anda perlu menyertai raffle yang akan dibuka pada 3 hingga 4 Disember 2020 yang bakal dianjurkan oleh SneakerLAH. Lebih menarik merka yang berpeluang memiliki sneakers menerusi raffle ini boleh mendapatkan versi kotak atau pakej lebih eksklusif.
Manakala untuk keluaran global pula ia akan dipasarkan pada 19 Disember 2020.
Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki terkini.
Kredit: SneakerLah
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki yang gemar potongan rambut panjang mampu memukau orang lain jika kena pada gayanya. Bagaimanapun, mereka yang memilih gaya rambut panjang perlu peka dan mendandan serta membelai rambut supaya kemas, bersih dan menarik, sama seperti kaum hawa menjaga rambut mereka. Apatah lagi, kaum Adam merupakan golongan yang memiliki gaya hidup lasak. Maka, mereka tidak boleh mengambil mudah berbanding rakan-rakan lain yang memilih untuk berambut pendek.
Terdapat beberapa tip yang boleh dijadikan panduan oleh mereka yang berambut panjang supaya setiap kali ditiup angin atau ketika mendekati teman wanita, mereka tidak jauhkan diri daripada anda disebabkan bau yang kurang menyenangkan ataupun kelihatan tidak menarik.
Hanya sekadar mahu tetapi tidak tahu cara yang betul untuk memiliki rambut yang panjang pun tidak guna juga. Oleh kerana itu, kami ingin berkongsi dengan anda 5 cara yang betul untuk memiliki rambut panjang.
1. Sesuai atau tidak?
Pertama sekali sebelum anda menyimpan rambut panjang, tanya kepada diri sendiri dahulu sama ada gaya ini sesuai ataupun tidak untuk anda. Tidak semua orang sesuai untuk memiliki rambut yang panjang. Ada juga jenis kerjaya yang tidak benarkan anda berambut panjang, contohnya guru.
Oleh itu, anda perlu kenal pasti sama memiliki rambut panjang ini sesuai ataupun tidak untuk anda.
2. Jangan kerap bersyampu
Elakkan daripada selalu syampu rambut anda setiap hari. Jika anda kerap syampu rambut anda ia akan merosakkan folikel rambut dan seterusnya mengganggu pertumbuhan rambut yang sihat dan merosakkan akar rambut.
Pastikan anda juga tidak memilih syampu yang tinggi kandungan sulfatnya.
3. Jaga pemakanan
Makan sesuatu yang boleh menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan boleh memelihara rambut sedia ada. Amalkan memakan makanan yang mengandungi vitamin c, biotin dan niacin yang boleh membantu menumbuhkan rambut dengan baik.
Buah-buahan seperti buah oren dan betik boleh membantu dalam hal penjagaan rambut ini.
4. Gunakan perapi rambut
Bagi anda yang mahukan rambut yang panjang, menggunakan perapi rambut adalah satu kemestian. Ini perlu dijadikan amalan agar rambut anda tidak kelihatan kusut dan serabut. Perapi rambut akan memastikan rambut anda kelihatan kemas dan juga terurus.
5. Menggunakan tonik rambut
Anda juga boleh mencuba tonik rambut untuk mempercepatkan penumbuhan rambut.
Selain itu, tonik rambut juga boleh membantu menghasilkan rambut yang sihat dan juga akar rambut yang kuat.
Bila rambut dah panjang sila jaga!
Cuci rambut elak berbau!
Apabila berpeluh, potensi rambut berminyak dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan sangat tinggi. Berdasarkan fakta, lelaki lebih cenderung berpeluh dengan banyak berbanding perempuan. Kamu disaran mencuci rambut setiap hari untuk mengelakkan daripada berminyak, berbau dan menghasilkan kelemumur. Lebih-lebih lagi, penunggang motosikal yang memakai helmet untuk tunggangan lasak dan perjalanan yang jauh.
Pastikan Kering
SELESAI sahaja kamu mencuci rambut, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan. Mengelap rambut basah dengan tuala memudahkan rambut bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering dan menyebabkan rambut kelihatan kusut dan tidak menarik!
Jangan Ikat Kuat Sangat
MASALAH traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat akar rambut yang tertarik boleh berlaku kerana memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat. Ini menyebabkan kamu mengalami keguguran rambut yang banyak dan mungkin juga lama-kelamaan, botak! Selain itu, rambut kamu yang panjang juga boleh patah dan rosak.
Syampu sesuai
MEMBASUH rambut sahaja tidak memadai jika kamu tidak mencucinya dengan syampu. Urut rambut kamu dengan syampu yang sesuai dengan menggunakan hujung jari dan bilasnya dengan menggunakan air sejuk. Hindari air panas untuk membilas rambut kerana ia akan menyebabkan perapi yang terdapat pada syampu tersebut terpisah daripada kulit kepala dan kamu tidak mendapat rawatan yang baik.
Trim
TRIM atau buang rambut yang telah rosak merupakan tip terbaik untuk mengekalkan kesihatan rambut. Sama ada ke salun ataupun menggungting sendiri. Potonglah hujung rambut untuk mengelaknya daripada bercabang. Memotong rambut secara teratur akan membantu pertumbuhan rambut yang baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.