Punca Ulser Mulut & Kaedah Rawatan Berkesan Merawatnya

Share

Memikirkan tentang ulser yang berlaku di dalammulut sahaja boleh membuatkan kita berasa tidak selesa.

Ia antara kondisi penyakit yang boleh membuatkan pesakitnya merana akibat sakit dan tidak selesa. Apatah lagi berdepan kesukaran untuk makan dan minum.

Tapi apakah sebenarnya ulser mulut? Ulser mulut juga dikenali sebagai serawan, guam, atau air mata ikan. Kondisi ini berlaku apabila terdapat luka pada mukosa mulut.

Kebiasaannya ia terjadi di bahagian dalam bibir, pipi serta permukaan lidah. Siapa yang pernah kena ulser mulut pasti tahu betapa pedihnya luka tersebut. Walaupun kecil tapi sakitnya memang tak boleh bawa bincang.

Terdapat beberapa punca mengapa ulser boleh berlaku.

  • Stress
  • Dehidrasi
  • Jangkitan virus
  • Perubahan hormon
  • Kekurangan vitamin B, C dan E.
  • Penjagaan mulut yang kurang baik
  • Tergigit mukosa atau luka memberus gigi
  • Penggunaan gigi palsu atau pendakap gigi

Jika dibiarkan tanpa rawatannya secara umumnya ulser mulut boleh pulih sendiri dalam masa satu hingga dua minggu.

Namun mampukah anda bertahan dengan sakit seperti ulser selama itu? Diseababkan itu dunia perubatan memperkenakan beberapa jenis rawatan dan ubat yang boleh digunakan untuk mempercepatkan pemulihan ulser mulut ini.

Usah risau kerana ubat yang disenaraikan di bawah ini boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi doktor.

Ubat Gel

Ubat ini biasanya mengandungi bahan aktif bersifat anti-keradangan, antiseptik dan analgesik(tahan sakit). Ia adalah pilihan yang amat popular di kalangan para pengguna.

Contoh ubat:
– Muco-Aid
– Oral Aid
– Bonjela
– Gingival Gel

Ubat Pes

Ubat jenis ini memberi pelindungan dengan membentuk lapisan yang menutupi luka (ulser), dan sesetengahnya mempunyai kualiti anti-radang untuk mengurangkn sakit dan bengkak.

Contoh ubat:
– Keno
– Oralon
– Difflam Forte

Ubat Kumur

Ubat jenis ini mengandungi antiseptik untuk mengekang jangkitan dan pertumbuhan bakteria dalam mulut. Ia juga memudahkan proses membersihkan mulut ketika kehadiran ulser.

Contoh ubat:
– Oradex
– Hexidine
– Bactidol Mouthwash

IKLAN