Ads

Rahsia Kucing Hilangkan Diri Apabila Ajalnya Dekat, Sebab Risau Tuannya Sedih?

Sejak zaman dahulu hingga sekarang ramai golongan lelaki membela kucing sebagai binatang peliharaan yang sudah dianggap sebagai ahli keluarga sendiri.

Bahkan binatang yang turut menjadi haiwan kesayangan Nabi tercinta ini juga menjadi penyeri kepada kehidupan ramai orang. Kucing peliharaan terutamanya di rumah kini boleh hidup antara 12 ke 18 tahun.

Disebabkan itulah bila mereka mati rasa sedih yang teramat dirasai oleh pemiliknya. Anda pastinya pernah mendengar cerita yang kucing akan menghilangkan diri apabila dia sudah sakit tenat dan hampir menemui ajal.

Rahsia Kucing Hilangkan Diri Apabila Ajalnya Dekat, Sebab Risau Tuannya Sedih?

Maka ramailah yang percaya bahawa kucing sengaja berbuat begitu kerana tak ingin melihat tuannya menderita kesedihan. Namun adakah perkara itu benar?

Sehingga sekarang masih belum diketahui sepenuhnya mengapa kucing berbuat demikian. Teori paling popular ialah apabila kucing sudah terlalu tua dan hampir mati mereka lebih suka menyendiri dan ingin berehat tanpa gangguan.

Ads

BACA: Selain Dapat Kekalkan Bentuk Badan, Bela Kucing Juga Ada Manfaat Lain. Nak Tahu, Baca Ini!

BUKAN KEFAHAMAN KUCING

Berbeza dengan manusia, haiwan seperti kucing tidak mempunyai anugerah akal untuk mengetahui tentang implikasi kematian terhadap hidup mereka. Jadi secara amnya mereka tidak ada perasaan takut tentang apa yang bakal berlaku iaitu kematian.

Mungkin sebagai pemilik kucing anda merasakan mereka mengelakkan diri daripada anda. Tapi hakikatnya ia sebenarnya tidak begitu.

Ads

TIDAK SEMBUNYIKAN DIRI SEBAB ANDA

Hakikatnya kucing sebenarnya mengasingkan diri mereka apabila dalam keadaan sakit teruk dan hampir mati kerana ia adalah naluri mandiri yang wujud pada kucing.

Rahsia Kucing Hilangkan Diri Apabila Ajalnya Dekat, Sebab Risau Tuannya Sedih?

Secara sifatnya kucing bukanlah haiwan yang hidup dalam kumpulan. Naluri seekor kucing ialajh hidup bersendiran tanpa bergantung kepada makhluk lain.

Ads

Disebabkan itulah apabila mereka sakit ia akan sembunyikan diri di lokasi yang selamat dan selesa. Ia juga naluri semula jadi mereka kerana dalam kehidupan liar mereka ingin mengelakkan diri dan bersembunyi daripada pemangsa.

Adalah penting untuik anda pemilik kucing terutamanya tahu bahawa ia BUKAN SALAH anda apabila ia bertindak begitu.

Kita sebagai manusia mempunyai ikatan emosi yang sangat kuat dan disebabkan itulah kita bersedih apabila mereka tiada.

Sumber: yourcat.co.uk

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.