Sesiapa yang mengikuti perkembangan Shah Jaszle terutamanya di akaun Instagram miliknya @shahzjaszle pasti perasan akan perubahan yang cukup mendadak kepada dirinya.
Sejak awal bulan November, Shah Jaszle mula memuat naik foto menunjukkan keadaan fizikalnya terkini yang sangat jauh berbeza.
Ia seolah-olah melihat Shah Jaszle seperti di awal kemunculannya dahulu! Jejaka yang memiliki darah campuran Melayu, Cina dan Pakistan ini sebelum ini memiliki badan yang agak berisi dengan berat badan mencecah sehingga 89 kilogram.
Menurut Shah Jaszle selepas berat badannya mencecah 89 kilogram dia berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan badan seperti zaman bujang dahulu.
Jelasnya, selama setahun dia cuba menurunkan berat badan dengan melakukan pelbagai aktiviti sukan namun ia tidak mendatangkan hasil yang ketara.
Namun dia akhirnya berjaya menurunkan berat badan selepas mengikuti program diet di Queens Clinic dan kini telah menampakkan hasil yang cukup memuaskan.
Menerusi program diet itu Shah Jaszle hanya mengambil makanan yang tidak melebihi 500 kalori dalam masa sehari dengan beberapa program dikawal selia oleh doktor.
Ads
Tambahnya lagi sebelum mengikuti program ini berat badannya telag berkurang kepada 81 kilogram dan kini ia telah turun 11 kilogram lagi menjadikan beratnya sekarang 70 kilogram.
Follower Shah Jaszle juga amat teruja dengan perubahan yang dialaminya dan memberikan komen-komen yang cukup positif. Malah ramai juga yang menjadikan Shah Jaszle sebagai inspirasi kepada mereka untuk turut sama menurunkan berat badan.
Ads
Dengan perubahan imejnya yang terbaru Shah Jaszle berharap karier lakonannya kembali mekar seperti dahulu. Jelasnya sebelum ini namanya pernah dicadangkan untuk memegang watak utama namun ia ditolak disebabkan saiz fizikalnya yang agak berisi.
Wak Doyok menerusi perkongsian di laman Instagramnya mengumumkan bakal menutup butik miliknya di Starvilion Shah Alam tidak lama lagi.
Perkara ini diputuskan setelah dia dan team berdepan dengan kesukaran untuk meneruskan perniagaan pada saat yang mencabar ini.
Bermula 24 Jun hingga 5 Julai 2020, personaliti ini akan mengadakan jualan lelong terakhir serendah RM1.
Sepanjang shutdown sale ini, Wak Doyok turut memberi sedekah sebanyak 5 ribu baju Melayu Wak Doyok secara percuma termasuk menyediakan pelbagai pakej menarik.
A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) on Jun 22, 2020 at 2:54am PDT
Sedih rasa di hati tapi Wak kena kuatkan semangat demi 70 orang adik yang bekerja dengan Wak selama 3 tahun di @starvilion. Susah bila keadaan terus menduga macam ni. Wak nak bagi perintah tutup company pun sedih, tak sampai hati. Tapi Wak minta mereka try sekali lagi, jualan yang terakhir dari @starvilion khas untuk pelanggan yang tak jemu2 sokong @starvilion selama ini. Koleksi yang kami ada semua memang elok & cantik. Wak terpaksa lelong semua ni! Jadi Wak mintak semua please share dan support post ni, please dan thankyou.
24hb Jun – 5hb Julai ni, @starvilion akan clear kan semua stock yang ada, lelong serendah RM1! Wak pun akan sedekahkan 5 ribu pasang Baju Melayu Wak Doyok secara PERCUMA di butik @starvilion dan di website www.starvilion.com.
Kepada Frontliners, jangan lupa datang bawa ID masing masing, ada special rate untuk anda semua dapatkan Baju Melayu secara percuma.
Jualan terakhir Starvilion, Bismilah. Kita tutup dulu, nanti inshaAllah kita akan bangkit semula dengan direction yang baru. InshaAllah. Doa doa kan Wak dan team @starvilion. –
Keputusan sudah Wak & team buat. Jadi terimalah SHUTDOWN SALE di @starvilion mulai esok hingga 5 Julai 2020. Takpe doa kan Wak dan team bangkit semula nanti, InshaAllah. Untuk esok, ada bermacam-macam harga combo terbaik yang kami dah sediakan untuk para pelanggan esok! Selain dari item yang kita lelong serendah RM1; ada juga yang kita lelong RM50 untuk 2pcs, RM100 untuk 2pcs, RM100 untuk 3pcs, termasuklah RM100 untuk 5pcs pun ada! Memang lelong besar-besaran Wak buat kali ni.
Koleksi boleh mix & match, baju sekeluarga lelaki & perempuan, kanak2 pun ada. Klik terus ke @starvilion untuk info koleksi2 yang bakal kami lelong mulai esok ni. Malam nanti @starvilion upload catalog, jangan lupa tengok ok.
Paling penting! Jangan lupa rebut peluang 5,000 baju melayu Wak Doyok secara PERCUMA dengan setiap pembelian, tudung pun ada lebih 1,000 helai nak bagi percuma! Semuanya hanya di SHUTDOWN SALE @starvilion, di seksyen 7, Shah Alam & secara online di @starvilion. STANDBY DI WEBSITE & DI BUTIK. KALAU LAMBAT TAKUT STOCK HABIS PULAK NANTI.
Jangan lupa doakan team Wak, @starvilion bangkit balik satu hari nanti, InshaAllah.
Sumber: Instagram Wak Doyok
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mat Never Zero atau nama sebenarnya Adzim Hariz, merupakan seorang content creator sepenuh masa yang berjaya memikat hati ribuan penonton dengan kandungannya yang kreatif dan bermakna.
Berusia 26 tahun, perjalanan Mat untuk mencapai kejayaan dalam dunia digital bermula dari latar belakang yang mungkin tidak dijangka ramai.
Sebelum bergelar content creator, Mat bekerja dalam bidang pemasaran di pejabat.
Kehidupan rutinnya sebagai pekerja pejabat tidak pernah memadamkan impian besarnya.
Mat sering mendapat inspirasi daripada content creator terkenal seperti Luqman Podolski, Kyo Propaganda dan Mat Luthfi.
Melihat karya mereka membuatkan Mat tergerak hati untuk mencuba sesuatu yang baru.
“Saya suka tengok konten-konten mereka. Benda itu menyebabkan saya rasa nak jadi macam diorang,” kata Mat.
Keinginan itu semakin membuak apabila dia mula melihat kadar bayaran untuk influencer.
Nama “Mat Never Zero” lahir daripada sebuah peristiwa yang menarik.
Video pertama Mat mendapat sambutan hangat kerana kandungannya yang unik dan “tidak kosong.”
Komen-komen daripada penonton yang mengatakan “mamat ni tak kosong” menjadi inspirasi utama untuk nama tersebut.
Mat mengubahnya ke dalam Bahasa Inggeris dan lahirlah identiti “Mat Never Zero.”
Antara impian besar Mat sebagai content creator ialah berkolaborasi dengan Luqmanrv, seorang content creator terkenal dari Indonesia.
“Saya rasa kerjasama itu boleh menghasilkan sesuatu yang hebat dan membuka peluang kepada penonton dari dua negara,” ujarnya.
Seperti kebanyakan content creator, Mat tidak lari daripada menghadapi cabaran antaranya adalah idea yang dihasilkan mesti kena sentiasa fresh.
Menjadi penting untuk memastikan idea kandungan sentiasa asli dan tidak meniru orang lain. Ini adalah asas kepada identiti kreatif Mat.
Yang kedua, cabaran turun naik viewers iaitu perubahan jumlah tontonan.
“Ramai content creator akan down bila tengok view mereka drop daripada 300k ke 20/30k,” kata Mat.
Namun, cara Mat mengatasinya adalah dengan berfikiran positif. “Tak payah fikir sangat, nanti next content akan naik la tu”, ujarnya.
Mat Never Zero telah membuktikan bahawa perjalanan dari kerja pejabat ke dunia content creator adalah sesuatu yang mungkin dicapai dengan usaha dan dedikasi.
Kandungannya bukan sahaja menghibur tetapi juga memberikan inspirasi kepada mereka yang bercita-cita untuk menceburi bidang ini.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di kalangan peminat sukan terutamanya olahraga, Irfan Shamsuddin bukan lagi satu nama asing. Malah nama inilah yang sentiasa disebut-sebut mampu mengharumkan nama negara apabila beraksi di pentas antarabangsa.
Pada temasya Sukan SEA yang lalu, Irfan mengesahkan lagi status sebagai jaguh tidak terkalah apabila berjaya mengutip pingat emas bagi acara kegemarannya iaitu lempar cakera. Kejayaannya itu lebih manis lagi kerana ia merupakan kali keenam berturut-turut Irfan berjaya mendapatkan pingat emas di Sukan SEA. Ia merupakan satu pencapaian yang sangat luar biasa.
Namun setiap kejayaan tidak datang bergolek dengan mudah. Saban tahun lawan pasti akan bertambah kuat dan cabarannya juga agak berbeza. Namun bagi Irfan perkara seperti inilah yang membuatkannya lebih kompetitif dan memberikan prestasi terbaik.
Ikuti temu bual MASKULIN bersama Irfan Shamsuddin usai tamat kejohanan Suka SEA yang lalu.
1. Pertama sekali tahniah di atas kejayaan pertahankan pingat emas di Sukan Sea. Anda telah 6 kali berturut-turut memenangi acara ini, apakah rahsia sebenar di sebalik kejayaan luar biasa ini?
Terima kasih banyak, adalah suatu penghormatan untuk menang sekali lagi untuk keenam kalinya berturut-turut. Tiada rahsia, tetapi saya ingin berkata bahawa kekal tenang dan fokus yang membantu saya berprestasi dengan baik di SEA GAMES. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan percaya pada saya.
2. Dengan kemenangan berturut-turut ini, adakah anda menganggap Sukan Sea sebagai salah satu medan atau kejohanan pemanas badan untuk kejohanan lebih tinggi?
Tanpa ragu, Sukan SEA sentiasa menjadi cara yang baik bagi saya untuk memulakan pertandingan setiap tahun, ia membantu saya memulakan musim dengan baik.
Saya dapat melihat apa yang boleh diperbaiki dan dilakukan dengan lebih baik bagi pertandingan yang akan datang. Belajar dari kesalahan saya dan memastikan mereka tidak berulang. Saya sangat bersemangat untuk pertandingan yang akan datang tahun ini.
3. Apakah perbezaan atau cabaran yang anda hadapi untuk temasya Sukan Sea baru-baru ini?
Tanpa ragu, cabaran terbesar dan kekecewaan yang mendalam bagi saya berlaku apabila salah seorang pegawai dengan silap mengangkat bendera merah bukannya bendera putih semasa lemparan pertama saya.
Saya yakin bahawa lemparan itu merupakan rekod Sukan SEA kerana saya melihat cakera saya hampir ke garisan 60m. Namun, sungguh malangnya pencapaian saya tidak dianggap. Sasaran saya adalah untuk mencapai garisan 60m dan saya tahu ia adalah mungkin tetapi disebabkan kesilapan ini, ia membuat saya berasa kecewa dan tidak gembira dengan hasil saya. Lemparan pertama akan sentiasa menjadi lemparan terbaik saya, memberikan lemparan yang paling kuat dan tidak diberi pengiktirafan amat mengecewakan.
4. Apakah rahsia persiapan anda sebelum berdepan kejohanan besar seperti Sukan Sea atau pertandingan antarabangsa?
Adalah sangat penting bagi saya untuk meluangkan sekurang-kurangnya satu hari setiap minggu untuk berehat dan pulih. Ketika ini, saya mengutamakan melibatkan diri dalam aktiviti harian biasa saya dan, yang paling penting, menghargai masa bersama orang yang saya sayangi.
Menjaga kebajikan fizikal saya memegang kepentingan yang besar dalam hidup saya. Ini melibatkan mengekalkan aktiviti fizikal yang konsisten dan latihan untuk mengoptimumkan prestasi saya, dan saya beruntung menerima sokongan daripada Under Armour dengan peralatan yang luar biasa.
Untuk menyokong rutin latihan saya, saya melawat seorang fisioterapis 2-3 kali seminggu dan menggabungkan mandian ais yang menyegarkan selepas sesi latihan tertentu. Apabila saya menghadapi pertandingan, saya sedar akan kepentingan mencapai ketenangan mental. Untuk mencapai ini, saya menyesuaikan sesi latihan saya untuk mencapai keseimbangan antara kesan ringan tetapi berkesan.
Selain itu, saya memberikan keutamaan untuk mendapatkan tidur yang mencukupi sebagai komponen penting dalam menguruskan kesihatan fizikal dan mental saya menjelang pertandingan. Saya teguh berkeyakinan bahawa tidur malam yang berkualiti adalah sangat penting, kerana sebarang kompromi dalam kualiti tidur boleh memberi kesan buruk terhadap prestasi saya semasa pertandingan.
5. Dari persiapan latihan berdepan kejohanan seperti ini, apakah pakaian atau perlengkapan yang anda gunakan?
Sebagai Duta Under Armour, saya sentiasa terkesan dengan teknologi inovatif yang terdapat dalam kelengkapan latihan mereka. Salah satu koleksi yang memukau saya adalah koleksi UA RUSH™. Apa yang benar-benar menakjubkan tentang koleksi ini ialah penggunaan fabrik UA Rush™ yang menangkap tenaga yang dihasilkan oleh badan anda semasa berlatih dan mengubahkannya menjadi tenaga inframerah.
Tenaga ini kemudian dipantulkan kembali ke dalam badan anda, memberi anda daya untuk mendorong diri anda lebih jauh dan mencapai prestasi yang lebih tinggi. Koleksi UA RUSH™ mencerminkan pendekatan canggih yang diusung oleh Under Armour dalam produk mereka.
6. Dari segi kerja berpasukan dan keakraban bersama atlet dan jurulatih, adakah ia merupakan faktor penting bagi memastikan kejayaan anda menjadi realiti?
Sebagai duta yang bangga bagi Under Armour yang menghayati semangat “Protect This House saya percaya dengan teguh akan kepentingan kerjasama kerana ia membentuk satu sistem sokongan untuk semua individu di trek.
Sokongan yang diberikan oleh pasukan saya dan jurulatih membantu saya mengatasi pelbagai cabaran, dari segi mental dan fizikal. Melalui sesi latihan bersama, kami berlatih bersama dan sedar akan perjuangan setiap individu, mencipta persekitaran yang positif dan membantu kami untuk mengekalkan kesediaan mental dalam persaingan kami.
7. Apakah sasaran anda seterusnya?
Matlamat saya adalah untuk mencapai jarak yang lebih jauh, dengan sasaran mencapai 60 meter ke atas. Secara ideal, saya mengarah untuk mencapai jarak kira-kira 62 meter ke atas. Ini akan membantu mengukuhkan lagi sesi latihan saya dan mengesahkan segala usaha keras yang telah saya lakukan, pada akhirnya mempersiapkan saya untuk pertandingan-pertandingan akan datang.
8. Sebagai Raja Lempar Cakera ASEAN, anda telah menjadi idola dan inspirasi kepada atlet-atlet muda. Apakah nasihat yang boleh anda kongsikan kepada mereka?
Nasihat saya kepada atlet muda adalah untuk mendekati segala sesuatu dengan kasih sayang dan semangat. Jaga kesihatan dengan menjaga pemakanan yang baik dan berlatih dengan tekun. Terima kesilapan sebagai peluang pembelajaran dan jangan biarkan mereka merosakkan semangat anda.
Sebaliknya, abaikan mereka dan berikan yang terbaik, sambil tetap terbuka terhadap nasihat. Jika sesuatu tidak membawa kebahagiaan, mungkin lebih baik untuk dipertimbangkan semula.
Apabila anda benar-benar menikmati dan mencintai apa yang anda lakukan, ia akan terpancar secara semula jadi dalam prestasi anda. Berpartisipasilah dengan bebas dalam pertandingan tempatan dan antarabangsa.
Ingatlah, permulaan perjalanan anda seringkali paling sukar, jadi jangan pernah menyerah, walaupun kemajuan pada awalnya terasa perlahan. Dan seperti motto Under Armour, ‘Lindungi Rumah Ini,’ kelilingkan diri anda dengan pasukan yang betul dan jadilah rakan sepasukan terbaik yang anda mampu. Nikmatilah setiap langkah perjalanan.
9. Atlet berpengalaman luas seperti anda mungkin tiada masalah berdepan perasan gugup atau memikul tekanan yang besar di atas bahu. Ketika beraksi apakah perkara paling penting perlu berada di dalam minda?
Jika saya berasa gementar, ia akan kelihatan. Masa sebelum lemparan saya adalah penting; pemanasan yang baik dan beberapa waktu sendirian adalah penting. Saya perlu menjaga keadaan ketenangan pada setiap masa, dengan mengingat gambaran yang lebih besar. Apa yang terjadi, akan terjadi. Saya perlu sentiasa fokus.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.