Gaya Hidup

Rakan Selebriti Kongsi Kegembiraan, Pereka Fesyen Terkenal Rizman & Pasangan Selamat Bernikah!

Share

Sama cantik, sama pandan! Itulah yang boleh digambarkan apabila menatap momen indah perkongsian beberapa rakan selebriti tanah air apabila pagi tadi dengan sekali lafaz pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin telah selamat dinikahkan dengan model terkenal yang juga ahli perniagaan, Nurida Suraya.

Selain ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat, majlis tertutup yang diadakan di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur itu turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan selebriti antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa, Fazura dan Fattah Amin, Erra Fazira, Ziana Zain, Nazim Othman, Alvin Chong dan ramai lagi.

Rakan-rakan selebriti yang hadir tidak melepaskan peluang untuk berkongsi kegembiraan dan menyampaikan ucapan tahniah di laman Instagram masing-masing. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram fattzura_soulmate

, Fazura kelihatan menitiskan air mata tanda gembira dengan perkahwinan Rizman dan pasangannya.

Pasangan yang telah mengikat tali pertunangan pada 6 Jun lalu telah memilih persalinan rona putih untuk majlis bahagia mereka. Team MASKULIN mendoakan semoga Rizman dan Nurida kekal bahagia buat selamanya.

Sumber foto & video: @ctdk, @nazimothman, @errafazira, @fattzura_soulmate

IKLAN