Gaya Hidup

Ramai Kecewa Filem ‘Hustlers’ Lakonan Jennifer Lopez Diharamkan Tayangannya Di Malaysia

Share

‘Hustlers’ merupakan sebuah filem yang cukup dinantikan oleh ramai peminat terutamanya lelaki kerana inilah filem yang dianggap sebagai comeback bintang seksi terkenal, Jennifer Lopez.

Menariknya, filem ‘Hustlers’ ini membawakan kisah perjalanan hidup sekumpulan penari tiang yang telah berdepan pelbagai cabaran semata-mata ingin terus hidup dengan selesa.

Jennifer Lopez bersama rakan pelakon utamanya iaitu Constance Wu, Juia Stiles, Keke Palmer, Lili Reinhart dan Cardi B.

Kisahnya juga bertambah menarik kerana mereka turut melakukan penipuan kepada pelanggan yang kaki miang. Ini semua dilakukan mereka demi mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Namun hasrat peminat Jennifer Lopez menyaksikan filem ini di Malaysia tidak kesampaian kerana ‘Hustlers’ telah pun disahkan pengaharaman tayangannya di negara kita.

Menurut kenyataan yang MASKULIN terima menerusi e-mel daripada wakil TGV Pictures, filem ‘Hustlers’ tidak dibenarkan untuk tayangan di Malaysia oleh badan penapisan filem iaitu Lembaga Penapisan Filem.

Dan menurut pihak Square Box Sdn Bhd, syarikat yang dikatakan membawa filem ini dilaman Instagram juga berkata filem ini telah diharamkan tayangannya di Malaysia.

 

Mereka memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada peminat Jennifer Lopez yang mungkin telah lama menantikan kemunculannya semula di layar perak.

Tapi jika dilihat kepada jalan ceritanya memang sukar untuk ia ‘menembusi’ badan penapisan filem negara. Atau mungkin ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan ia terpaksa diharamkan.

Kepada peminat Jennifer Lopez khususnya, janganlah keewa ya. Mungkin anda boleh layan semula video-video persembahannya di YouTube nanti.

IKLAN