Macam mana nak smart, kalau cara berpakaian anda pun salah? Tak kisahlah nak pakai baju murah atau mahal, paling penting pastikan cara berpakaian anda itu betul kerana ia melambangkan imej dan keperibadiaan diri anda.
Rupanya ramai lelaki tak sedar yang mereka telah melakukan kesalahan ketika berpakaian. Sebelum berpakaian, pastikan anda semak dahulu perkara-perkara ini. Pastikan anda tak buat 10 kesalahan berpakaian ini.
1. Lengan baju menutupi jam tangan
Bagi yang suka memakai jam tangan, pastikan anda melipat lengan baju kemeja agar mudah untuk anda melihat waktu jam. Jangan biarkan jam tangan di bawah baju kemeja kerana ia nampak tidak kemas dan menggelembung.
2. Elak t-shirt bercorak
Jika anda ingin menyarungkan jaket di luar, pastikan anda memilih t-shirt kosong dan tanpa corak. Sebenarnya memakai t-shirt bercorak dengan jaket di luar menampakkan penampilan anda lebih serabut.
Cuba anda lihat cara James Dean berpakaian? Cara Dean berpakaian sentiasa kelihatan klasik dan ringkas. Malah t-shirt kosong yang disarungkan bersama jaket walaupun nampak ringkas tetap menyerlahkan imej lelaki anda. Jadi tidak hairanlah jika Lana Del Rey menyanyikan, “Jeans biru, baju putih” dalam lagu hitnya.
3. T-shirt berlengan besar dan labuh
Memakai t-shirt dengan lengan besar dan labuh sehingga paras siku akan memburukkan lagi penampilan. Kebiasaannya lengan besar dan labuh sehingga paras siku lebih sesuai dipakai oleh wanita. Untuk lelaki adalah lebih baik untuk memakai lengan t-shirt sehingga paras pertengahan lengan sahaja.
Ads
Memakai lengan t-shirt yang lebih pendek akan memberi penekanan pada otot lengan anda yang sasa. Sebaliknya, jika anda memakai t-shirt berlengan labuh, anda telah menyembunyikan kesemua otot lengan anda.
4. Memakai tali pinggang dan suspenders pada masa yang sama
Jangan memakai tali pinggang dan suspenders dalam masa yang sama kerana ia merupakan satu kesalahan dalam berpakaian. Kedua-dua aksesori ini direka untuk fungsi yang sama iaitu memastikan seluar anda terletak di pinggang dan tidak terlucut. Jadi pilih salah satu sahaja apabila anda ingin memakainya.
5. Baju berkedut
Sesungguhnya tugas seterika pakaian bukanlah pekerjaan yang menyenangkan tetapi ia adalah keutamaan, jika anda ingin kelihatan kemas.
Ads
Pakaian berkedut kelihatan tidak kemas dan boleh merosakkan keyakinan diri anda. Sama ada anda suka atau tidak, sesetengah pakaian memang wajib untuk diseterika. Jadi jangan malas untuk seterika pakaian anda!
6. Saiz yang salah
Tidak seperti kemeja atau t-shirt, sut tidak boleh dibeli sembarangan di kedai pakaian. Sebaiknya jika anda hendak membeli sut, pergilah berjumpa dengan tukang jahit supaya sut yang anda tempah betul-betul sepadan dengan saiz tubuh anda.
7. Butang jaket atau kot
Jangan butang kesemua jaket atau kot anda, melainkan ia hanya mempunyai satu butang sahaja. Biarkan butang di bahagian bawah sekali dibuka dan jangan lupa buka kesemua butang apabila anda hendak duduk.
Ads
8. Memasukkan baju ke dalam seluar
Sesetengah lelaki masih memakai baju kemeja tanpa memasukkannya ke dalam seluar. Tidak kira apa warna baju kemeja, coraknya atau sama ada ia berlengan panjang atau pendek; jika anda bukan berusia 13 tahun ke bawah, anda harus memasukkan baju kemeja anda ke dalam seluar. Cara berpakaian ini akan membuat anda kelihatan lebih kemas dan menarik.
9. Poket kembung
Tiada ada yang lebih buruk daripada melihat pakaian yang elegan tetapi diburukkan dengan poket yang terbonjol. Sebagai peraturan, lelaki biasanya membawa kunci, telefon bimbit dan dompet dalam poket mereka.
Sekiranya poket jaket atau kot anda tidak mempunyai tempat untuk menyimpan barang-barang ini, letakkan barang-barang keperluan anda di dalam clutch bag. Elak meletakkannya di dalam poket supaya ia tidak nampak membonjol di kiri kanan paha anda.
10. Hanya memakai sut hitam setiap hari
Jangan pakai sut berwarna hitam setiap hari kerana ia menampakkan anda seolah-olah ingin menghadiri majlis pengebumian. Cubalah memakai sut berwarna lain selain hitam yang sesuai dengan penampilan anda. Satu lagi, elakkan daripada membeli sut yang diperbuat daripada kain berkilat kerana ia tidak sesuai untuk pemakaian harian.
Sumber: Bright Side
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam tempoh 15 minit, hampir separuh puding dan kuih-muih jualan Dayang Senandung atau nama sebenarnya, Zarima Zakaria yang berusia 34 tahun habis terjual. Gerai beliau yang terletak di Bazar Ramadan Garden Homes, Seremban dikatakan antara produk kuih paling dicari oleh orang ramai. Menurut sumber Harian Metro.
Ini merupakan tahun keenam dia berniaga di bazar Ramadhan. Tidak perlu menjual makanan lain seperti nasi ayam atau makanan berat kerana saya tahu juadah ini pasti laris. Beliau juga berkata setiap kali Ramadan, puding dan kuih-muih dijual di gerainya menjadi pilihan ramai pelanggan tetap sejak mula berniaga pada 2012.
Katanya, dia turut menjual sebanyak 20 jenis puding dan kuih tradisional antaranya kole kacang, nona manis, tepung pelita, popiah sire, puding cendol dan puding marble. Antara kuih yang mendapat sambutan hangat ialah tepung pelita, nona manis, dan kole kacang. Katanya, setiap hari dia menjual 1,000 biji kuih dan puding di mana kebiasaannya habis terjual dalam masa sejam.
*sumber Harian Metro
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dugaan si pemakai cermin mata, setiap kali keluar dari kereta yang berhawa dingin, cermin mata mula la berkabus. Begitu juga bila keluar dari pada pejabat.
Satu hal pula nak kena lap sebelum mula jalan. Ada juga yang terus melangkah dan terlanggar benda gara-gara penglihatan tak jelas gara-gara cermin mata berkabus ini. Bila pakai penutup muka pun sama.
Hanya mereka yang memakai cermin mata saja faham situasi ini. Sebenarnya ada beberapa cara untuk mengelakkan cermin mata kita berkabus bila keluar dari tempat berhawa dingin dan ketika mengenakan mask.
1. Gunakan cecair pencuci pinggan
Caranya tuang cecair pencuci pinggan di atas tuala, kemudian lap terus pada cermin mata. Biarkan sehingga 15 atau sehingga kering. Selepas itu lap dengan kain mikro fiber.
2. Gunakan ubat gigi atau shaving foam
Sapu ubat gigi atau shaving foam terus pada cermin mata di depan dan belakang sehingga rata. Kemudian terus basuh kemudian lap. Cara menggunakan shaving foam tahan lebih lama berbanding ubat gigi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sentuhan Balmain: Kali pertama rekaan Olivier Rousteing ditunjukkan untuk The Paris Opéra
The Paris Opera. Apa yang menjadikan ia begitu disanjung? Kata mereka, ini adalah pengertian definisi seni yang sebenar. Perjalanan jenama fesyen yang berpengaruh ada hubung kaitnya dengan The Paris Opera. Kejayaan mereka meletakkan satu nilai tinggi dalam penjenamaan jenama fesyen memberi inspirasi kepada mata yang melihat. Sebut sahaja barisan jenama seperti Coco Chanel, Yves Saint Laurent, dan Christian Lacroix. Semuanya pernah berkolaborasi bersama rumah opera yang klasik ini. Mencipta karya yang agung, sukar di telan dek zaman, sentiasa kukuh dalam melebar sayap aspirasi memberi sejuta angin inspirasi, khususnya kepada mereka yang memahami erti seni dalam seni.
Kali ini, giliran pereka muda Olivier Rousteing mengorak langkah dalam mengemudi jenama Balmain, yang sememangnya dilihat sebagai jenama yang meraikan kekuatan wanita. Kendiri. Ini peluang besar buat dirinya dalam membawa selangkah lagi untuk mara kehadapan.
Kostum yang dihasilkan sarat dengan perincian yang begitu mewah. Highly intricate! Sudah pasti ia lebih dikenali sebagai Balmain. Rekaan eksklusif jaket dalam warna kegemaran Rousteing, beige-nude dan diperincikan lagi dengan pearls, beading and sequins. Impak yang menakjubkan! Penari lelaki menyarungkan tights, dan sosok kaki mereka diserlahkan dengan kilauan kristal yang diletakkan satu persatu, sementara penari wanita memakai baju balet (leotards) yang berkilat. Secara amnya, nukilan seni ini, adalah untuk mengingati kembali koleksi rekaan Balmain musim luruh tahun 2012, yang diinspirasikan daripada Fabergé eggs.
“Saya mahu jadikan rekaan ini se-glamor mungkin kerana itu yang saya inginkan,” kata Rousteing.
Pengarah kreatif Balmain, Olivier Rousteing bersama koreografer, Sébastien Bertaud sama-sama saling mengagumi dengan karya kerja masing-masing. Mereka mengorak kejayaan mereka dalam gaya yang sama. Apabila Bertaud membuka bicara untuk meminta Rousteing menghasilkan rekaan kostum yang bakal digunakan untuk projek kerja baru nya, ia adalah tanda sejarah bakal tercipta dalam dunia fesyen. Projek terbaru Bertaud, Renaissance berdurasi 27 minit tarian balet bersama 22 orang penari, semuanya bakal menyarungkan rekaan kostum dari Balmain. Brilliant!
Kolaborasi ini melibatkan kompromi untuk kedua-dua belah pihak. Walaupun Rousteing pernah bekerja dengan barisan nama hebat dalam dunia seni/hiburan, namun balet adalah sesuatu yang baru baginya.
“Sudah jelas, apabila kamu menyarungkan rekaan kepada Beyonce ataupun Rihanna, ia tidak punya perasaan yang sama. Movement yang berbeza.”
Pada mulanya dia mahu rekaan kostum nya ini sama seperti rekaan koleksi dalam pentas fesyen, tetapi disebabkan kerana berat dan bertekstur ia terpaksa diselaraskan supaya penari boleh bergerak bebas. Para penari juga bersikap lebih terbuka dan senang untuk bekerjasama. Berkompromi. Apabila mereka cuba menyarungkan jaket pada penari, semua penari menerima dengan sebaiknya dan bersungguh untuk memakainya.
“Tidak mengapa. Saya okay saja. Bagi saya bila saya menyarungkannya, seolah saya terbang bersama rekaan kamu,” jelas penari kepada Rousteing.
“Saya sukakan sikap mereka. Positif. Mebuatkan semua berasa aura yang sama,” kata Rousteing.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.