Rambut Panjang Lelaki Bukan Sekadar Gaya Ini Rahsia Nampak Kemas & Maskulin

Share

Dulu orang cakap lelaki rambut panjang nampak selekeh. Tapi bagi aku, rambut panjang lelaki bukan pasal gaya semata ia pasal sabar, disiplin dan karakter.

Rambut panjang lelaki bukan sekadar fesyen. Ia macam satu perjalanan dari rambut tumbuh sejemput, sampai kau mula belajar beza antara shampoo murah kedai runcit dengan conditioner yang tak buat kepala gatal.

Tapi untuk nampak kemas dan maskulin, ada caranya. Bukan sekadar biar panjang dan berharap orang panggil kau “rockstar”.

Cuci Rambut Panjang Lelaki Dengan Betul

Ramai lelaki silap langkah di sini. Rambut panjang tak perlu dicuci setiap hari sebab minyak semula jadi dari kulit kepala penting untuk kesihatan rambut.

Kalau kau cuci terlalu kerap, rambut jadi kering, kusut dan bercabang.

Petuanya adalah cuci rambut panjang lelaki 3–4 kali seminggu saja.

Kalau peluh banyak (contohnya lepas gym), bilas dengan air kosong dan guna dry shampoo pada hari bukan cuci.

Foto : MuraiMY

Conditioner Adalah Senjata Rahsia Lelaki Rambut Panjang

Kalau shampoo tu pembersih, conditioner ni pelindung.

Jangan malas lepas cuci, sapu conditioner dari pertengahan rambut ke hujung, biar 2–3 minit sebelum bilas.

Ia bagi rambut kau lembut, senang urus dan berkilat tanpa nampak berminyak.

Trim Rambut Panjang Lelaki Walaupun Tengah “Grow”

Ironinya, untuk panjangkan rambut, kau kena potong hujungnya setiap 2–3 bulan.

Bukan sebab nak pendekkan tapi untuk buang hujung bercabang (split ends) yang boleh buat rambut kusut dan nampak tak sihat.

Rambut bercabang takkan sembuh sendiri. Bila dibiarkan, dia naik ke atas akhirnya rosakkan satu helai penuh.

Elak guna sikat gigi rapat sebab boleh tarik dan putuskan rambut.

Cari sikat gigi jarang atau sikat kayu lembut pada akar dan kurang statik.

Menyikat waktu rambut masih lembap lebih mudah, tapi jangan terlalu basah sebab waktu tu rambut paling rapuh.

Lindungi Rambut Panjang Lelaki Dari Panas dan Matahari

Foto : Wanista

Macam kulit, rambut pun boleh terbakar. Kalau selalu naik motor, berjemur, atau guna pengering rambut (hair dryer), guna serum atau leave-in conditioner.

Ia buat rambut kau tak kering, dan bau pun wangi macho bonus untuk first impression.

Rambut sihat bermula dari pemakanan. Protein, zink, dan vitamin B kompleks bantu akar kuat dan elak gugur.

Telur, ikan salmon, kekacang dan sayur hijau semua tu “fuel” untuk rambut panjang yang nampak sihat, bukan serabai.

Rambut panjang lelaki bukan untuk semua orang. Ia perlukan komitmen dan kesabaran.

Ada masa kau nak potong sebab panas, ada masa kau suka bila angin lalu. Tapi bila dah capai panjang yang kau nak, rasa puas tu lain macam sebab ia hasil disiplin, bukan impuls.

Jadi kalau kau tengah dalam fasa “nak simpan rambut panjang”, teruskan.

Asalkan kau jaga dengan betul, rambut panjang bukan tanda malas tapi tanda lelaki yang tahu menghargai proses.

BACA LAGI : Syampu Lelaki, Panduan Lengkap Buat Lelaki Pentingkan Penampilan Diri

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Darwisy Farain