Revolusi Keselesaan Dr. Martens, Tapak Zebzag Tampil Dengan Definisi Gaya Kasual

Share

Jenama Dr. Martens bukan sekadar kasut, ia adalah kanvas sub-budaya, simbol ekspresi diri yang kekal abadi. Sejak but pertama 1460 diperkenalkan pada tahun 1960, legasi jenama Britain ini telah tertanam kukuh dalam dunia fesyen dan muzik.

Bermula sebagai alas kaki golongan pekerja, but AirWair yang ikonik ini pantas diangkat oleh sub-budaya pemuzik. Daripada punk yang memberontak hingga grunge yang sinis, membawa identiti jenama ini dari jalanan ke kemuncak pentas antarabangsa.

Jahitan welt kuning, tepi tapak beralur dan heel loop berjenama adalah DNA visual yang tidak pernah lekang dek zaman, mencerminkan ketahanan dan semangat individu yang memakainya.

Apabila Estetika Bertemu Ergonomik

Meneruskan naratif inovasi yang sentiasa menjadi tunjang utama reka bentuknya, Dr. Martens kini melancarkan siluet but baharu yang berpusat pada t

apak kusyen Zebzag.

Tapak revolusioner ini, yang mula mencuri tumpuan dengan kejayaan Zebzag Mules yang popular pada musim panas lalu. Dan kini ia diolah semula untuk kegunaan sepanjang tahun menerusi pengenalan dua model but berkonsepkan slip-on iaitu Zebzag Laceless Boot dan Zebzag Rigger Boot.

ZEBZAG BLACK WYOMING LEATHER LACELESS BOOT

Inisiatif ini bukan sekadar penambahan koleksi, tetapi penegasan komitmen jenama terhadap fungsi tanpa menjejaskan gaya.

Menurut Ketua Pegawai Produk, Dr. Martens Adam Meek, “Tapak Zebzag direka khas bagi memenuhi tuntutan kehidupan moden menggabungkan ketukangan terserlah, ketahanan dan keselesaan harian.

ZEBZAG DARK BROWN WYOMING LEATHER RIGGER BOOT

“Siluet but baharu ini bergerak bersama anda, masuk dengan mudah ke dalam apa jua gaya, sambil mengekalkan identiti Dr. Martens yang tidak dapat disangkal.

“Ia mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi dan rekaan abadi, yang dibentuk melalui cara pemakai kami hidup, bergerak dan mengekspresikan gaya peribadi mereka,” tambahnya lagi.

Memperincikan Siluet Baharu: Laceless dan Rigger

Zebzag Laceless Boot mengambil estetik but 1460 yang klasik, namun hadir tanpa tali. Lantas menjadikannya pilihan

slip-on yang cukup memudahkan.

But ini dibalut dengan kulit Wyoming hitam yang lembut, menawarkan tampilan santai dan selesa sebaik sahaja disarung. Ia mengekalkan ciri heel loop berjenama Dr. Martens (hitam dan kuning) sebagai sentuhan warisan.

Sementara itu, Zebzag Rigger Boot pula menawarkan ketinggian pada buku lali yang lebih rendah, mengambil inspirasi daripada siluet but industri tetapi diolah untuk keselesaan kasual.

Rigger Boot ini disempurnakan dengan dwi penarik (dual pull-tabs) dan perincian jahitan Puritan stitch yang teliti.

Pilihan material pula merangkumi kulit Wyoming hitam atau Milled Nubuck kalis air dalam pelbagai palet warna, menjadikannya serba guna untuk sebarang cuaca.

Kejuruteraan Keselesaan, Teras Tapak Zebzag

Teras kepada fungsi koleksi ini terletak pada reka bentuk tapak Zebzag itu sendiri. Ia direka dengan teras kusyen, menggabungkan midsole EVA ringan bersama tapak PVC tahan lama.

Hasilnya adalah platform yang ringkas, ergonomik dan mampu menawarkan tahap keselesaan yang mengagumkan selain memberi ‘bounce’ kepada setiap langkah pemakai.

Ciri-ciri utama Tapak Zebzag merangkumi:

  • Tapak yang lebih lebar dengan alur bergaris jelas
  • Corak tapak berlekuk
  • Jahitan welt
    kuning yang ikonik

Selain itu, but Zebzag Laceless dan Rigger ini turut dilengkapi dengan insoles SoftWair, menjamin keselesaan menyeluruh, luar dan dalam.

BACA: Seleksi Kasut Larian ‘Waterproof’ Terbaik Pilihan MASKULIN

Kedua-dua siluet Zebzag Laceless & Rigger Boots kini boleh didapati di butik Dr Martens di KLCC, Sunway Pyramid dan The Exchange TRX.

Ia dipasarkan ke seluruh dunia bermula September 2025 dan ia dijadualkan turut muncul dalam koleksi Dr. Martens AW25 yang lain. Ini membuktikan bahawa dalam dunia fesyen moden, fungsi dan keselesaan bukan lagi pilihan, tetapi satu kemestian.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim