
Ramai pelari tegar percaya — kalau nak laju, kena lakukan lari setiap hari. Tapi benarkah konsep “no days off” ini membawa lebih banyak manfaat daripada mudarat? Dalam dunia fitness, semangat konsisten memang penting, tapi bila tubuh mula “memberontak”, itu petanda anda mungkin terlebih memaksa.
Kebanyakan lelaki aktif sukakan rasa kepuasan selepas berpeluh. Endorphin tinggi, mood pun stabil. Namun, berlari setiap hari tanpa rehat bukan tanda disiplin mutlak — ia sebenarnya boleh jadi langkah menuju kecederaan dan prestasi yang merosot. Larian yang sihat perlukan keseimbangan antara kerja keras dan pemulihan.
Kalau anda antara mereka yang obses dengan mileage harian, ini lima risiko utama lari setiap hari yang perlu anda faham sebelum kaki mula protes.
1. Risiko Kecederaan Berulang (Overuse Injury)
Antara kesan paling biasa ialah shin splints, runner’s knee, atau Achilles tendonitis. Bila otot dan sendi tidak diberi masa pulih, tekanan mikro terkumpul dan akhirnya mencetuskan kecederaan kronik. Walaupun rasa sakit kecil nampak remeh, lama-kelamaan ia boleh buat anda terpaksa berhenti berbulan.
2. Penurunan Prestasi (Overtraining Fatigue)
Ironinya, semakin kerap anda melakukan lari setiap hari tanpa rehat, prestasi anda boleh menurun. Badan yang letih akan memaksa otot bekerja separuh daya. Hasilnya — pace semakin perlahan, stamina merosot dan risiko “burnout” meningkat.

3. Sistem Imun Jadi Lemah
Kajian menunjukkan pelari yang tidak cukup rehat lebih mudah jatuh sakit kerana sistem imun menurun. Tubuh yang sentiasa berada dalam mod tekanan menghasilkan kortisol berlebihan, menjadikan anda mudah diserang demam atau selesema.
4. Gangguan Tidur dan Mood
Ramai tidak sedar, lari setiap hari tanpa pemulihan boleh mengganggu hormon tidur dan serotonin. Anda mungkin mula rasa cepat marah, sukar fokus atau mengalami insomnia — tanda klasik overtraining syndrome.
BACA DI SINI: Cara Tingkatkan Pace Larian Dalam Tempoh Sebulan

5. Ketidakseimbangan Otot
Berlari setiap hari melibatkan pergerakan sama berulang kali. Tanpa latihan kekuatan (strength training), otot bahagian atas badan dan core akan ketinggalan. Ini menyebabkan postur tidak seimbang dan meningkatkan risiko kecederaan ketika larian panjang.
Bila Perlu Berehat?
Tubuh anda sendiri akan beri isyarat — rasa lenguh melampau, prestasi menurun atau degupan jantung rehat lebih tinggi daripada biasa. Hari rehat bukan tanda malas; ia bahagian penting dalam proses adaptasi. Pelari elit dunia sekalipun ada sekurang-kurangnya satu atau dua hari tanpa larian setiap minggu.
Konsisten itu bagus, tapi bijak itu lebih penting. Lari setiap hari bukan jaminan jadi lebih kuat, malah boleh jadi undangan kepada kecederaan. Tubuh manusia perlu ruang untuk pulih — dan dalam dunia fitness, rehat ialah sebahagian daripada latihan itu sendiri.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
















