Petua Alami Untuk Mengurangkan Kolesterol, Lepas Makan Hidangan Berasaskan Daging

Share

Dalam musim perayaan seperti hari raya sudah pasti kita akan makan pelbagai masakan berasaskan daging.

Jika anda makan daging tanpa kawalan, dibimbangi ia boleh menyebabkan kolesterol.

Jadi untuk mengurangkan kolesterol akibat makan daging, ada petua alami yang boleh anda praktikkan.

Menurut Dr Suri Roowi, petua-petua ini telah dilakukan ujian secara saintifik untuk membantu mengurangkan kolesterol.

Oleh itu pastikan anda mengamalkan petua-petua ini sebagai salah satu alternatif untuk mengurangkan kolesterol.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Petua alami untuk mengurangkan kolesterol

Rasanya ramai antara kita menikmati pelbagai hidangan berasaskan daging semasa Hari Raya ini.

Disertakan petua yg telah dilakukan ujian saintifik untuk membantu mengurangkan kolesterol secara alami. Diantaranya adalah:

A. Makan/minum minyak zaitun (banyak asid lemak mono tak tepu @ MUFA). Minyak zaitun telah dibuktikan dlm banyak kajian saintifik diseluruh dunia untuk kesihatan jantung.

B. Makan banyak sumber fiber larut air contohnya oat dan buah-buahan cth buah tin. Fiber larut air lebih tinggi keupayaan utk bantu turunkan kolesterol berbanding fiber tak larut air.

C. Makan oat dan minum barli (sumber tinggi beta-glukan). Bahan ini kawal kemasukan kolesterol dlm darah.

D. Makan bawang putih (ada allicin dan komponen sulfur). Alicin boleh bantu cairkan darah.

E. Minum jus oren @ limau kasturi (kaya bahan flavanone) – bahan bertindak sebagai antikolesterol. Dalam tubuh, bahan ini membentuk bahan yg bertindak sbg antikolesterol.

F. Minum teh hijau – (kaya bahan ECGC dan epicatechin) yg boleh bantu turunkan kolesterol.

G. Ambil minyak ikan – (kaya omega 3).

Dr. Suri Roowi
Principal Scientist

#DrSuriRoowi

IKLAN