
Astro kembali membuktikan statusnya sebagai Home of Originals melalui promosi Astro Originals,Bad Cop sebuah kempen yang bukan sekadar menjual drama, tetapi menyalurkan jiwa dan pergolakan yang menjadi nadi ceritanya. Fokus pada dunia gelap Bad Cop yang diterajui Aiman Hakim Ridza mencuri perhatian di lokasi-lokasi strategik seluruh negara.

Aiman memegang dua watak kembar dengan wajah sama namun jiwa dan prinsip yang bertentangan perbezaan halus pada pandangan pertama, tetapi ketara apabila diselami. Dua jiwa, dua dunia, dua takdir yang berlanggar seperti siang dan malam.
Keunikan inilah yang diangkat melalui rangkaian papan digital gergasi (DOOH) di 15 lokasi seluruh negara, menjadikan promosi ini bukan sekadar tontonan, tetapi pengalaman.
PERSIS SIANG & MALAM
Menariknya, papan iklan digital ini memaparkan dua watak kembar yang dilakonkan Aiman Hakim iaitu Emir, seorang penjenayah yang menjadi buruan polis, dan Imar, seorang inspektor polis yang disegani ramai.
Namun apabila konflik memuncak, Imar terkorban, dan Emir kemudiannya muncul dengan helah menyamar sebagai kembar untuk meneruskan hidup dalam sebuah realiti yang jauh berbeza.


Seolah-olah melihat refleksi diri yang baharu, Emir kini terpaksa berdepan dengan “kehidupan” Imar namun dalam masa yang sama memegang amanah dan janji yang perlu ditunaikan, selepas detik terakhir Imar menghembuskan nafasnya.
Promosi papan digital gergasi yang diperkenalkan kali ini jelas bukan biasa biasa. Visual yang dipaparkan membawa simbolik yang kuat, siang mewakili ‘good twin’ Imar, manakala malam pula mewakili ‘bad twin’ Emir.
Aktivasi DOOH untuk siri Bad Cop ini bukan sekadar iklan visual, sebaliknya satu bentuk eksplorasi seni tentang dualiti manusia, satu wajah tetapi dihuni dua identiti yang saling bertelagah.
Mengambil inspirasi daripada naratif kembar dalam drama tersebut, kempen ini memanfaatkan peralihan waktu sebagai alat penceritaan yang dinamik.
Apabila mentari memuncak, skrin mempamerkan sisi “Good Cop” yang sarat dengan disiplin dan ketertiban. Namun sebaik malam melabuhkan tirai, visual bertukar wajah, mendedahkan sisi “Bad Cop” yang melambangkan anarki dan keruntuhan kompas moral.
PERALIHAN HALUS
Peralihan ini secara halus mencerminkan konflik jiwa yang menjadi tunjang utama naskhah ini. Malah, perubahan paparan watak di skrin seolah olah mengajak audiens membezakan dua karakter berbeza ini tetapi dalam masa yang sama, penonton turut “dipaksa” bergelut mencari garis sempadan, yang mana siang dan yang mana pula malam.
Paparan DOOH ini beroperasi dengan ketepatan tinggi, di mana setiap papan iklan digital menterjemahkan kandungan kreatif yang berbeza mengikut kitaran waktu. Uniknya, setiap skrin hanya akan menonjolkan satu karakter kembar pada satu satu masa bagi mengekalkan eksklusiviti visual.

Sebaik sahaja identiti didedahkan, transisi akan beralih kepada paparan berteraskan naratif yang membezakan kedua dua persona tersebut.
Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuhkan dualiti identiti secara visual, malah memberi ruang kepada audiens merasai penceritaan itu secara intuitif tanpa perlu diterangkan secara harfiah.
Bagi memastikan impak visual yang maksimum, fasa pertama peluncuran kempen ini berlangsung bermula 19 Januari hingga 6 Februari 2026. Lokasi lokasi ini dipilih secara strategik di sepanjang nadi utama Lembah Klang, termasuk rangkaian Lebuh Raya MRR2, Federal dan LDP.

Dengan penempatan di titik tumpuan tinggi seperti Melawati Mall, kawasan Shah Alam, serta koridor Sprint Highway, naratif dualiti Bad Cop ini bakal menemui jutaan pengguna jalan raya tepat pada waktunya.
Keterujaan ini pula tidak terhenti di ibu kota. Bermula penghujung Januari, naskhah Bad Cop akan menguasai ruang udara digital di seluruh pelosok tanah air.

Daripada keriuhan trafik di Lebuhraya Skudai, Johor Bahru, hinggalah ke mercu tanda komersial seperti Mahkota Parade di Melaka dan Bulatan Sultan Iskandar di Ipoh, malah merentasi Laut China Selatan ke Wisma Daily Express, Kota Kinabalu.
Perluasan fasa kedua ini memastikan mesej dualiti karakter ini bergema secara nasional, menghubungkan penonton dari setiap sudut Malaysia melalui visual yang memukau.

Strim #BadCopMY setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di #AstroOne. Episod-episod terdahulu dan terkini juga boleh distrim bila-bila masa di aplikasi sooka.
Saksikan rangkaian drama pilihan yang menggabungkan kisah lokal dan antarabangsa melalui Astro One semuanya dengan hanya RM49.99 sebulan, strim sehingga 4 peranti.
Tidak sempat di rumah? Teruskan menonton di aplikasi sooka, di mana sahaja anda berada. Muat turun dan strim secara percuma.
Langgan sekarang dan nikmati pengalaman hiburan tanpa batas.
View this post on Instagram
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




