Ads

Sebuku Roti Pun Tak Cukup, Kalau Buat Roti Goreng Lemak Manis Yang Sedap & Mudah Ini!

Bagi yang gemar makan roti, mesti bosan bila selalu sangat buat roti sandwich. Nak buat roti bakar pun macam dah tak lalu nak telan. Sesekali nak juga anda tukar selera.

Sebelum roti tamat tempoh, baik anda buat roti goreng lemak manis ala french toast seperti yang dikongsikan Puan Ratna Sari Zain ini. Belum habis goreng, gerenti masuk mulut berkeping-keping.

Malah tentu tak cukup sebuku roti kalau buat roti goreng lemak manis ini. Selain mudah nak buat, roti goreng lemak manis ini juga menggunakan bahan yang sudah tersedia di rumah.

Nak try? Jom tengok resipinya.

ROTI GORENG LEMAK MANIS

Kak Rat buat ni untuk anak. Kak Rat tak tew ler apa yang sodapnyer roti ni. Rasanye lemak maniss gitew. Belum habis goreng dah kena ngappp berketoi-ketoi?.

Ads

Bahannya:

* Telur gred A 3 biji
* Susu pekat manis 2 @ 3 sudu besar
* Secubit garam
* Roti potong (besar)
* Minyak untuk menggoreng

Cara-cara kat gambar yea.

1. Pecahkan telur. Masukkan susu dan garam. Kacau hingga sebati.

Sebuku Roti Pun Tak Cukup, Kalau Buat Roti Goreng Lemak Manis Yang Sedap & Mudah Ini!

Ads

2. Potong roti ikut suka pastu celup dalam adunan tadi.

Sebuku Roti Pun Tak Cukup, Kalau Buat Roti Goreng Lemak Manis Yang Sedap & Mudah Ini!

3. Bila minyak dah panas. Goreng aje apa tunggu lagi. Hehe

Ads

Sebuku Roti Pun Tak Cukup, Kalau Buat Roti Goreng Lemak Manis Yang Sedap & Mudah Ini!

4. Taraaa! Ciapp. Semudah 123 kangggg!

Sebuku Roti Pun Tak Cukup, Kalau Buat Roti Goreng Lemak Manis Yang Sedap & Mudah Ini!

#SHARE lah?

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.