Gaya Hidup

Selain Tak Nak Bersedekah, Ini 6 Sunnah Hari Jumaat Yang Lelaki Ramai Tak Buat!

Share

Dalam Islam, hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan jika umatnya membuat ibadah yang wajib serta sunnah pada hari Jumaat, ganjarannya sangat istimewa.

Umum juga sedia tahu bahawa pada hari Jumaat kaum lelaki akan ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat secara berjemaah.

Dalam masa sama, ia disusuli dengan amalan-amalan sunnah yang mampu memberikan nilai tersendiri untuk kita ‘top-up’ pahala masing-masing.

Namun begitu, memasuki fasa dunia akhir zaman, kebanyakan lelaki tidak cakna dengan amalan sunnah ini  kerana terlalu sibuk dengan hal-hal duniawi.

Paling menyedihkan, untuk segala perkara yang ingin dilakukan haruslah berakhir dengan duit sedangkan amalan tuntutan dalam Islam adalah percuma seperti :

1. Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Ramai orang hari ini berbicara perkara yang sia-sia sedangkan dengan membasahkan lidah berselawat ke atas junjungan besar mendapat banyak rahmat.

2. Baca surah al-Kahfi

Telah dinyatakan surah al-Kahfi terutamanya 10 ayat terakhir antara pelindung awal diri dan keluarga untuk terkena fitnah dajjal, fitnah yang paling besar pada akhir zaman. Zaman ini kita kita sudah baca dan lihat, banyaknya fitnah berleluasa dan menjadi makanan dalam masyarakat kita.

3. Perbanyakkan sedekah

Islam kata kalau nak murahkan rezeki kenalah selalu bersedekah dan beri duit kepada masjid atau pihak tertentu. Percayalah Allah akan gantikan dengan sumber rezeki yang jauh lebih baik.

4. Pakai wangi-wangian

Jika mahu ke masjid, antara sunnah yang boleh kita lakukan selain bersihkan diri dengan mandi dan mengenakan pakaian yang suci adalah memakai wangi-wangian. Tujuannya, orang di sekeliling kita akan berasa selesa.

5. Datang awal ke masjid

Seelok-eloknya datanglah lebih ke rumah ibadat dan rehatkan diri untuk fokus serta tenang bagi solat Jumaat dengan cara beriktikaf dalam masjid.

6. Potong kuku & cabut bulu

Kita jugak digalakkan untuk memotong kuku, cabut bulu atau nipiskannya demi faktor kebersihan. Semuanya untuk kesihatan kita.

IKLAN