Ads

Selepas 16 Tahun, Digivice Jadi Barang Klasik & Harganya Kini Sangat Luar Biasa

Sumber Foto : Anokk Chen

Sekitar tahun 2003 dahulu, Digivice telah diperkenalkan dan ia merupakan permainan mudah alih kegemaran ramai budak-budak lelaki.

Permainan yang berkonsep menjaga makhluk dari dunia animasi Digimon ternyata menjadi trend sehingga ibu bapa pun naik pening kepala.

Beli, tikam atau tampal stiker

Selepas 16 Tahun, Digivice Jadi Barang Klasik & Harganya Kini Sangat Luar Biasa

Kanak-kanak pada zaman itu boleh membeli Digivice pada harga sekitar paling RM50 sehingga RM100 ke atas mengikut originality.

Namun ada juga kedai-kedai yang menawarkan konsep ‘tikam’. Siapa yang terkena, dialah yang paling seronok dapat bawa pulang sebuah Digivice.

Ads

Selain itu, ada juga peraduan di mana semua kanak-kanak lelaki akan tergila-gila mengumpulkan stiker Digimon dan tampalnya dalam sebuah buku khas.

Hasilnya, setiap buku yang lengkap dengan stiker boleh ditebus dengan sebuah Digivice yang sangat hebat serta mengkagumkan.

Buat main lawan-lawan

Selepas 16 Tahun, Digivice Jadi Barang Klasik & Harganya Kini Sangat Luar Biasa

Ads

Apa yang menarik tentang Digivice ini adalah pemiliknya bukan sahaja dapat menjaga mahkluk Digimon dengan memberi makan, berlatih serta mencuci najisnya.

Malah, ia jadi lebih menyeronokkan apabila dapat berjumpa dengan pemilik lain lalu dirapatkan Digivice masing-masing sebelum berlawan.

Maka terhentak-hentaklah dua jari menekan kekunci pada Digivice mahu menumpaskan makhluk Digimon yang dibela pihak lawan.

Ads

Harga kini sama seperti sewa rumah sebulan

Selepas 16 Tahun, Digivice Jadi Barang Klasik & Harganya Kini Sangat Luar Biasa

Ketika mengimbau memori ini, penulis sengaja membuka pasaran atas talian. Sengaja menaip perkataan Digivice dan mengejutkan, harganya naik berganda-ganda.

Apakah kerana Digivice ini sudah jadi barangan klasik dan ia selayaknya dijual pada harga sedemikian?

Apa-apa pun sesiapa yang masih ada Digivice dalam simpanan, anda memang seseorang yang lagend. Jom berkongsi memori indah dengan Digivice ini!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.