Fesyen

Upgrade Gaya ‘Lower Body’ Anda, Ini 7 Jenis Seluar Wajib Ada Selain Jean & Slack!

Share

Bagi kebanyakan lelaki, falsafah berpakaian selalunya cukup ringkas: “Asalkan sarung, jalan.” Kalau buka almari tu, nisbah baju dengan seluar mungkin 10:2. Betul tak? Kita cenderung ada berpuluh helai T-shirt, tapi seluar pula asyik kitar semula jean biru yang sama atau seluar pejabat yang membosankan.

Hakikatnya, ia merupakan foundational piece yang menentukan ‘vibe’ keseluruhan gaya anda. Kalau baju dah gempak tapi seluar nampak ‘off’, penampilan anda tetap akan nampak kurang bermaya.

Sebagai lelaki yang ingin tampil relevan dan up-to-date di tahun 2026, anda perlu bijak bermain dengan tekstur dan potongan.

Nak tahu apa yang patut ada dalam arkib fesyen anda? MASKULIN senaraikan 7 jenis yang bakal buat anda nampak lebih dapper

dan maskulin!

Artikel berkaitan: Maksud Warna Di Sebalik Gaya Pakaian, Bukan Ikut Trend Fesyen Semata

1. CHINOS

Chinos adalah penyelamat ketika anda keliru nak pakai apa. Ia adalah jambatan antara gaya kasual dan formal.

Tip MASKULIN, mulakan dengan warna-warna selamat seperti navy blue atau earth tones. Warna gelap lebih versatil untuk ke majlis formal, manakala warna seperti khaki atau kelabu cerah sangat sesuai untuk weekend date anda.

2. CORDUROY

Fabrik ‘berjalur’ ini kembali mendominasi runway. Memang mencabar nak gayakan corduroy tanpa nampak seperti pensyarah veteran, tapi kuncinya adalah pada layering.

Padankan dengan T-shirt gelap yang minimalis atau sweatshirt longgar. Teksturnya yang unik memberikan dimensi kepada gaya anda yang nampak bosan.

3. DRAWSTRING TROUSER

Siapa kata seluar bergetah hanya untuk tidur? Populariti drawstring trouser

melonjak kerana ia menggabungkan elemen keselesaan sweatpants dengan rupa yang kemas.

Ia sangat sesuai untuk gaya smart-casual. Sarungkan dengan sepasang clean sneakers, anda sudah sedia untuk lepak di kafe hipster kegemaran.

4. SLIM FIT

Jangan keliru dengan skinny jeans. Slim fit trousers

biasanya diperbuat daripada fabrik yang lebih ‘jatuh’ dan formal.

Ia memberikan siluet kaki yang lebih panjang dan kemas tanpa membuatkan anda rasa tercekik. Padankan dengan blazer atau kemeja untuk gaya pejabat yang lebih dinamik.

5. RELAX LEG

Trend sekarang sudah beralih daripada potongan ketat kepada yang lebih longgar. Relaxed leg adalah pilihan terbaik jika anda mementingkan pengudaraan dan keselesaan.

Tip gaya: Pastikan hujung seluar dipotong sedikit singkat (cropped) agar ia tidak nampak ‘gelebeh’ dan menenggelamkan kasut mahal anda.

6. JOGGER

Untuk peminat streetwear, seluar jogger adalah ‘uniform’ wajib. Dengan perincian getah di buku lali, ia adalah cara terbaik untuk ‘flex’ koleksi sneakers

terhad anda.

Pastikan anda memilih material yang berkualiti agar ia tidak nampak seperti seluar sukan sekolah.

7. CARGO

Dulu orang kata cargo ini seluar ‘ayah-ayah’, tapi sekarang tidak lagi! Seluar cargo moden tampil lebih tirus dan sleek.

Elakkan poket sisi yang terlalu kembang atau besar; pilih yang lebih streamlined. Ia memberikan aura rugged dan lasak, sangat sesuai untuk aktiviti santai di hujung minggu.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Farizul Izwany Ibrahim