Gaya Hidup

Semata-Mata Nak Buktikan Bumi Ada Bucu, Geng Flat Earth Target Ke Antartika

Share

Bumi ini bentuknya bulat atau sfera? Atau mendatar dan lapang seperti yang dikatakan oleh golongan flat earth (FE)?

Bagi menguji dan membuktikan kebenaran teori mereka, golongan FE ini dikatakan sedang merancang mahu melakukan ekspedisi ke Antartika.

Antartika, Kutub Selatan yang boleh diuji

Kata mereka, oleh kerana Antartika merupakan kawasan yang paling hujung di Kutub Selatan, maka ia sesuai untuk diuji sekali gus membuktikan bumi mempunyai bucu dunia.

Ekspedisi berkenaan juga mahu diadakan kerana mahu membuktikan kepada dunia bahawa kenyataan bumi itu bulat atau sfera adalah salah sama sekali.

FE mahu tutup tohmahan

Menurut portal Forbes, Jay Decasby yang merupakan salah seorang ahli FE menganggap ekspedisi berkenaan wajar dilaksanakan kerana ia sangat penting.

Selain menutup segala tohmahan dan tuduhan terhadap mereka selama ini, Jay turut mendakwa pelayar masa dahulu sudah membukti bumi rata tetapi ianya tidak begitu kuat untuk dijadikan rujukan.

Sumber : Unilad

IKLAN