Dapatkan six pack tanpa menggunakan alatan gym? Ya, anda mampu melakukan senaman yang berimpak tinggi ini di rumah sekali pun. Tak perlu gunakan sebarang perlatan.
Apa yang anda perlu ialah keinginan, disiplin tinggi serta semangat waja!
Lakukan 5 teknik senaman mudah dan pantas ini untuk anda dapatkan perut six pack. Jom mula!
1. VERTICAL LEG CRUNCH
Jika anda orang baru dalam dunia kecergasan dan belum terbiasa melakukan latihan kecergasan yang berat-berat, maka anda disarankan melakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu.
Ia tidaklah terlalu ringan kerana masih memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidak-tidaknya cara ini masih santai untuk dilakukan kerana tidak memerlukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.
Ads
Ambil posisi baring.
Pegang belakang kepala dengan kedua tangan.
Angkat kedua kaki ke atas, lalu tahan beberapa saat.
Turunkan kembali dan lakukan latihan ini semampu otot.
2. JACKNIFE SIT-UP
Latihan ini merupakan sebahagian daripada latihan dari sit up. Jangan salah melakukan latihan ini kerana ia cukup sukar terutamanya bagi seseorang yang memiliki badan gemuk.
Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut kerana ia melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut (atas, tengah, bawah)
Ads
Ambil posisi baring.
Angkat kaki dan tangan secara bersamaan hingga menyentuh dengkul kaki.
Turunkan kembali ke posisi baring dan lakukan kembali ke gerakan ulangan.
Lakukan latihan ini sebanyak 15 kali dan ulang 4 set atau boleh disesuaikan dengan kemampuan anda.
3. PLANK
Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tenaga jika dibandingkan dengan latihan yang lain. Anda hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan pada otot perut.
Ambil posisi seperti push-up.
Gunakan kedua siku tangan untuk bertumpu pada lantai.
Luruskan punggung.
Rasakan kontraksi pada otot perut dan memfokuskan ke otot tubuh dari beban tubuh.
Tahan hingga beberapa minit.
4. SIT UP
Ads
Manfaat dari melakukan latihan ini cukup efektif dalam membentuk otot perut menjadi six pack. Lebih-lebih lagi ketika melakukannya, anda menambahkan dengan beban tambahan.
5. BICYCLE MANEUVER
Sambil tidur pun anda masih boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil baring dan mengayunkannya seperti sedang melakukan ayunan berbasikal.
Namun jangan remehkan latihan ini kerana ia dapat membantu pembentukan otot terutamanya untuk melatih otot perut bahagian bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akur keputusan perlumbaannya di Kejohanan Triatlon Antarabangsa Desaru 113 dikira sebagai tidak menamatkan perlumbaan, iaitu DNF (Did Not Finish).
Syed Saddiq mengakui berlaku kesilapan ketika perlumbaan triatlon itu berlangsung di Johor pada 7 Julai lalu.
Menerusi perkongsian video dalam laman media sosialnya, Saddiq tampil menjelaskan kesilapan yang berlaku selepas memperoleh perincian lengkap dari pasukan teknikal penganjur perlumbaan itu.
Perincian itu kemudian disemak silang dengan butiran yang direkodkan menerusi aplikasi Strava dan peranti jam pintar iWatch miliknya.
“Ketika sesi berbasikal, mengesyaki ada yang tidak kena kerana saya kembali lebih awal dari jangkaan, saya langsung merujuk kepada Pasukan Teknikal 1.
“Saya kemudian diberitahu yang tiada sebarang masalah lalu saya sambung seperti biasa,” jelas Saddiq.
Tambahnya, terdapat dua pegawai dari Pasukan Teknikal 1 yang boleh mengesahkan perkara itu.
“Sekarang butiran terkini menunjukkan yang menghabiskan tiga loop dan melintasi kesemua checkpoint, tetapi satu loop di permulaan ialah untuk Olympic Loop Race, bukannya 113”.
Oleh itu, masalah hanya berlaku di pusingan pertama manakala pusingan kedua dan ketiga berjalan dengan lancar.
Disebabkan itulah jumlah kiraan perlumbaannya ialah 72 kilometer untuk tiga pusingan, bukannya 60 kilometer untuk dua pusingan, demikian penjelasan Saddiq.
“Ini adalah satu kesilapan yang jujur dari pihak saya, walaupun telah memeriksa masalah ini ketika perlumbaan dan memaklumkan pasukan teknikal, saya sebagai peserta sepatutnya lebih bertanggungjawab.
Oleh itu, Ahli Parlimen Muar itu menzahirkan permohonan maaf kepada seluruh komuniti triathlon.
“Saya memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada komunitit triatlon. Ya, saya masih baru dan saya berharap untuk memperbaiki diri.
“Saya berjanji untuk lebih berhati-hati selepas ini dan akan bekerja rapat dengan komuniti untuk memperbaiki diri kerana ini adalah satu sukan yang saya cintai,” katanya lagi.
Terdahulu, kemenangan tempat ketiga yang diperoleh Saddiq di Kejohanan Triatlon Antarabangsa Desaru 113 mencetuskan rasa kurang senang warga maya apabila salah seorang peserta mendakwanya ‘main tipu’.
Menurut peserta itu, dia menyedari Saddiq berada di belakangnya ketika acara berenang dan tidak memotongnya ketika acara berbasikal.
Bagaimanapun ketika acara larian, Saddiq dikatakan sudah berada di hadapannya.
Oleh yang demikian, Saddiq dianggap telah merebut kemenangan dari peserta lain yang benar-benar layak atas usaha keras tanpa menipu ketika perlumbaan.
Tahukah anda setiap kali mata kita bergerak ia dibantu dengan enam otot mata? Selain itu, anda perlu peka bahawa otot mata juga memerlukan latihan yang berkala.
Sehubungan itu untuk mendapatkan mata yang lebih kuat baik dari segi daya penglihatan dan fokusnya, apa kata anda luangkan masa untuk buat 5 senaman mata ini :
Latihan ini dilakukan untuk meningkatkan fleksibiliti mata ketika menukarkan penumpuan daripada penglihatan jauh kepada penglihatan dekat dan sebaliknya. Latihan ini adalah bertujuan untuk menguatkan ketahanan otot mata yang berterusan di samping meningkatkan penglihatan secara keseluruhan.
Kaedah latihan :
1. Apa yang perlu anda lakukan adalah duduk dengan tenang dalam bilik yang agak luas (sekurang-kurangnya 6X6m) sambil memegang sebatang pen/pensel.
2. Pegang pensel pada jarak 6 inci (10cm) dari hidung anda. Pandang pensel selama 2-3 saat dan seterusnya ubah pandangan kepada objek bertentangan dihujung bilik iaitu 10 – 20 kaki selama 2-3 saat juga. Seterusnya ubah pandangan kepada pensel dihadapan mata untuk 2-3 saat.
3. Ulang proses latihan ini sekurang-kurangnya sebanyak 10 pusingan latihan setiap hari. Untuk lebih meningkatkan tahap penumpuan, jarak fokus jauh boleh diubah kepada yang lebih jauh.
Kerdipan mata adalah cara paling mudah untuk mengekalkan kesegaran mata bagi membantu mata agar dapat menumpu dengan lebih lama. Kebanyakan pengguna komputer atau penonton televisyen kurang melakukan kerdipan mata yang penuh, terutamanya ketika penumpuan mereka berada pada tahap yang tinggi. Keadaan ini menjadikan mata cepat letih di samping simptom kekeringan mata yang lain.
Apabila kita melakukan kerdipan mata yang penuh, mata kita akan mengalami fasa gelap seketika yang mana fasa ini dapat membantu mengekalkan kesegaran mata. Di samping itu, fasa gelap bertindak seperti permulaan menerima maklumat penglihatan yang baru setiap kali selepas kita berkedip dan secara langsung mengurangkan ketegangan mata.
Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menutup mata rapat selama 3-4 saat. Seterusnya buka mata anda selama 3-4 saat semula. Ulang latihan ini selama 7-8 kali setiap kali anda mengalami keletihan mata ketika menggunakan komputer.
Latihan ini sangat sangat sesuai bagi menguatkan otot-otot di sekeliling mata. Senaman mata ini dapat meningkatkan fleksibiliti otot mata menerusi kaedah atau teknik yang lebih santai.
Kaedah Teknik ‘Angka Lapan’
1. Bayangkan terdapat angka lapan gergasi pada jarak 3m (10 kaki) di hadapan anda.
2. Bayangkan bahawa angka lapan tersebut berada dalam kedudukan terbalik seperti sepasang cermin mata.
3. Secara perlahan-lahan, cuba anda ikuti lakaran bayangan angka lapan tersebut menggunakan pergerakan mata anda tanpa menggerakkan atau mengubah kedudukan kepala anda.
4. Lakukan latihan ini pada satu arah untuk beberapa minit (3-5 minit) sebelum menukar kepada arah yang bertentangan untuk beberapa minit (3-5 minit) juga.
Jika latihan ini dilakukan secara berkala, latihan ini mampu untuk meningkatkan fleksibiliti mata di samping menguatkan otot di sekeliling mata. Secara langsung, latihan ini dapat membantu meningkatkan keupayaan penglihatan.
Teknik senaman mata ini dapat membantu mengurangkan stress/tekanan di sekeliling mata di samping merehatkan mata. Apabila kita menekup mata menggunakan tapak tangan, kita merangsang titik peka di sekeliling mata yang mampu menenangkan minda serta merehatkan otot-otot di sekeliling mata. Keadaan ini memberi satu kesan kuasa penyembuhan yang meredakan keletihan mata ( Marc Grossman).
1. Pastikan anda duduk dengan selesa di hadapan meja dengan siku di atas meja ataupun siku direhatkan di atas lutut.
2. Letakkan tengah tapak tangan anda menutupi mata sepenuhnya, kedudukan semua jari di dahi dan pangkal tapak tangan di pipi. Pastikan mata anda dapat berkedip tanpa gangguan dan halangan di bawah telapak tangan serta tidak menekan mata dengan kuat.
3. Biarkan dalam keadaan begini untuk beberapa minit (3-5 minit).
Teknik menekup mata memberi peluang kepada anda untuk untuk merehatkan minda dan mata anda dalam beberapa minit. Walaupun teknik ini tidak menggambarkan sebarang ciri-ciri senaman mata namun teknik ini dapat memberikan kesan yang menakjubkan terutama setelah anda melakukan kerja jarak dekat yang banyak. Untuk itu setelah penat bekerja, cubalah lakukan teknik ini untuk beberapa ketika.
Teknik senaman mata ini sangat berkesan melatih keupayaan penumpuan mata. Apa yang perlu dilakukan semasa latihan adalah dengan mengubah kedudukan titik penumpuan yang kita gunakan iaitu jari kita. Dengan kaedah ini secara tidak langsung kita dapat menguatkan otot di sekeliling mata dan juga fleksibiliti pergerakan mata.
Kaedah teknik ‘Zooming’
1. Duduk dalam keadaan yang selesa.
2. Regangkan tangan anda sejauh yang boleh dengan tangan digenggam dan ibu jari diangkat seperti menunjukkan isyarat ‘bagus’.
3. Tumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibu jari anda sepanjang latihan ini dijalankan.
4. Kemudian, bawa ibu jari anda tadi secara perlahan-lahan menghampiri mata sehingga berada pada jarak 3 inci (6 cm) dari mata.
5. Tanpa mengubah pandangan mata anda dari ibu jari, perlahan-lahan gerakkan tangan anda menjauhi mata anda sejauh yang mungkin dan tangan anda boleh meregang.
6. Lakukan teknik senaman mata ini untuk beberapa minit (5 minit) setiap kali untuk beberapa kali dalam sehari.
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imunisasi dan membantu penyerapan zink.
Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun badan. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.
Vitamin C atau asid Ascorbic sangat penting untuk tubuh badan
“Ia larut air. Vitamin ini bukan sahaja berfungsi sebagai anti oksidan utama tetapi juga satu anti virus kuat selain berfungsi sebagai anti bakteria dan anti kulat.
Vitamin C juga merupakan agen anti-radang dan anti histamina. Oleh itu, ia sangat berguna melawan alahan dan gangguan radang kronik. Dalam pada itu, vitamin ini membantu sintesis kolagen, pembentukan tulang dan menyahtoksik. Dalam bidang kecantikan, vitamin C popular sebagai agen anti penuaan.
Keperluan
Peningkatan usia seseorang menyebabkan manusia hilang keupayaan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri. Keperluan vitamin C masih boleh diperoleh daripada makanan seperti buah limau, buah beri merah, tomato, kentang, brokoli, bunga kubis, kubis brussels, merah dan lada loceng hijau, kubis dan bayam.
Kolagen ialah sejenis protein dan bekerja bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat, licin dan anjal. Apabila anda muda, anda tidak mempunyai masalah menghasilkan kolagen dalam badan. Sebab itulah, kita lihat kanak-kanak mempunyai rambut berkilat, cantik dan kulit licin. Seperti vitamin C, peningkatan usia menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit menjadi kedut, kulit kusam selain timbul garisan wajah.
Kolagen boleh diperoleh daripada produk soya, sayuran hijau gelap, madu manuka, dan avokado. Makanan-makanan ini membantu untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan kita. Sementara itu, terdapat juga sumber iklan daripada laut seperti ikan.
Serat kolagen berasal daripada protein yang mempunyai tahap asid amino iaitu hydroxylysine dan hidroksiprolina yang tinggi. Asid-asid amino ini penting untuk pembentukan semua jenis kolagen,” katanya yang menyarankan semua golongan tua dan muda mengambil vitamin C dan kolagen.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang