Ads

Senarai Diskaun Tol Sempena Hari Raya Aidil Fitri Untuk 23 Lebuh Raya

Berita baik buat anda pengguna lebuh raya di sekuruh negara. Menteri Kerja Raya, Baru Bian semalam mengumumkan pengurangan atau diskau tol untuk 23 lebuh raya. Jumlah diskaun yang diberikan untuk rakyat Malaysia menikmatinya ialah antara 10 sehingga 33 peratus untuk pengguna kelas 1.

Walau bagaimanapun diskaun istimewa ini hanya bermula pada hari raya pertama sahaja iaitu bermula pada jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada hari sama.

Senarai Diskaun Tol Sempena Hari Raya Aidil Fitri Untuk 23 Lebuh Raya

Ads

Ini merupakan salah satu inisiatif program CSR bagi memberikan kegembiraan buat pengguna lebuh raya meraikan Aidilfitri.

Ads

Di bawah merupakan 23 lebuh raya dan jumlah diskaun yang ditawarkan:

Ads
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) – 33 peratus
  • Lebuhraya Grand Saga (GSSB) – 30 peratus
  • Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) – 20 peratus
  • Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) – 20 peratus
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) – 20 peratus
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) – 20 peratus
  • Jambatan Pulau Pinang – 20 peratus (kenderaan Kelas 2 sahaja)
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 – 20 peratus
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) – 20 peratus
  • Lebuhraya Pantai Baru (NPE) – 20 peratus
  • Lebuhraya BESRAYA – 20 peratus
  • Lebuhraya MEX (Maju Expressway) – 15 peratus (semua Kelas kenderaan)
  • Lebuhraya Grand Sepadu – 15 peratus
  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas) – 10 peratus
  • Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) – 10 peratus
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) – 10 peratus
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) – 10 peratus
  • Lebuhraya Kajang SILK (SILK) – 10 peratus
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) – 10 peratus
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 – 10 peratus
  • Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) – 10 peratus
  • Lebuhraya Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB) – 10 peratus
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (LATAR) – 10 peratus

Manakala tiga lagi lebuh raya menawarkan diskaun hanya di beberapa plaza tol sahaja iaitu:

  • Plaza Tol Ampangan bagi Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) – 10 peratus
  • Plaza Tol Perling dan Lima Kedai di Lebuhraya Laluan Kedua (LINKEDUA) – 20 peratus
  • Plaza Tol Pulau Indah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) bagi trafik keluar sahaja – 10 peratus untuk semua Kelas kenderaan bermula pukul 6 pagi pada 5 Jun hingga 5.59 pagi, 7 Jun.

Jadi buat anda yang ingin pergi beraya pada hari raya pertama dan menggunakan lebuh raya, nikmatilah diskaun istimewa ini!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
treadmill

5 Kesalahan Lazim Larian Treadmill Ramai Tidak Sedar, Boleh Elak Kecederaan...

Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.