GEMARKAN makan makanan segera dan penggunaan ketuhar gelombang mikro selain berpakaian ketat dipercayai menjadi punca lelaki semakin kurang subur.
Tahap kesuburan lelaki di seluruh dunia termasuk di negara ini didapati semakin menurun berdasarkan jumlah sperma yang dihasilkan semakin berkurangan berbanding dua dekad lalu.
Kualiti benih menurun
Katanya berikutan penurunan jumlah sperma dan kualiti yang dihasilkan lelaki semakin menurun, Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) terpaksa menurunkan standard kesuburan seorang lelaki iaitu daripada 200 juta sperma kepada 150 juta saja.
Ini bagi mengelakkan lebih ramai lelaki termasuk dalam kategori kurang subur, sekiranya mengikut ukuran standard sebenar, hampir 90 peratus lelaki di dunia hari ini tidak lagi subur.
“Mengapa lelaki memerlukan lebih banyak sperma sedangkan hanya satu sperma dan satu telur daripada wanita diperlukan untuk menghasilkan embrio. Daripada berjuta sperma, hanya satu mempunyai kehebatan luar biasa boleh sampai dan bersatu dengan telur,”
Faktor tidak subur
* Kurang zat makanan
* Genetik
* Jangkitan
* Kecacatan lahir, tanpa testis
Ads
* Hormon tidak seimbang
* Pencemaran
* Amal hidup tidak sihat
Info
*10 hingga 15 peratus insiden ketidaksuburan berlaku bagi setiap pasangan
*50 peratus punca ketidaksuburan adalah disebabkan lelaki
*Bagi setiap pasangan;
-25 peratus disebabkan lelaki
-25 peratus disebabkan wanita
Ads
-25 peratus disebabkan kedua-duanya
– 25 peratus tidak diketahui punca
Faktor toksin
*Makanan yang dibalut dengan plastik
*Polisterin
*Makanan yang dipanaskan dengan ketuhar gelombang mikro
*Makanan segera yang tidak sihat
Ads
Pakaian
*Pakaian dalam dan luaran yang ketat menyebabkan testis panas dan mengurangkan jumlah sperma.
Cara mencegah masalah ketidaksuburan
*Makanan makanan berkhasiat – vitamin, zat besi, asid folik, zink dan magnesium.
*Berhenti merokok, minum minuman beralkohol dan dadah
*Gunakan baju dan seluar dalam yang longgar
*Hentikan aktiviti seks kasual
Fakta mengenai sperma
*Sperma mengandungi lemak, kalori dan kolesterol.
*Setiap lelaki memiliki 150 juta hingga 200 juta sperma.
*Setiap lelaki menghasilkan sperma sehingga berusia 60 hingga 65 tahun.
*Sperma baru dihasilkan apabila dikeluarkan dari tubuh.
*Sperma mampu bertahan tiga hingga lima hari di dalam tubuh wanita selepas hubungan intim.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tauge amat popular rakyat Malaysia dalam penambah rasa dalam masakan kerana tanpanya masakan pasti rasa kurang enak. Banyak sebenarnya kebaikan taugeh ni terutamanya buat golongan lelaki. Tauge, memang ramai yang tak sukakan sayur ini sebenarnya, tapi sebenarnya ia sangat baik terutama sekali untuk kuruskan badan dan kesuburan lelaki.
Ini 6 kebaikan sayur tauge yang ramai tidak tahu!
Tapi, mesti ramai yang tidak tahu bahawa setiap jenis sayur mengandungi protein dan khasiat yang berbeza.
1. Cegah Kanser
Tauge yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
2. Baik Untuk Wanita
Tauge juga mempunyai estrogen semula jadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
3. Kuatkan Sperma Lelaki
Tauge juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.
4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu tauge dalam hidangan seharian. Saponi di dalam tauge akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.
5. Buang Kotoran
Tauge yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.
6. Awet Muda
Tauge juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.
Jadi selepas membaca khasiat tauge ni lepas ni nak tak asingkan lagi tauge ni daripada mee goreng anda? Telan jerklah fikirkan khasiatnya terutama sekali “lebih muda”.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki memainkan peranan kira-kira 24% dalam kegagalan sesebuah pasangan untuk mendapatkan anak. Namun kebanyakan daripada mereka dikategorikan sebagai kurang subuh dan bukannya kemandulan penuh. Hanya sejumlah kecil daripada mereka yang berjaya diketahui punca-punca spesifik kemandulan tersebut, selebihnya masih belum ditemui jawapan yang konkrit.
BILANGAN SPERMA YANG TIDAK MENCUKUPI
Sesetengah lelaki mungkin mengalami masalah di mana kandungan sperma dalam testis mereka tidak benar-benar mencukupi. Faktor ini menyumbang kira-kira 16% kepada penyebab kemandulan bagi seseorang lelaki.
STRUKTUR SPERMA YANG TIDAK SIHAT
Sebilangan lelaki juga mengalami masalah di mana kandungan sperma mereka kurang sihat. Rupa bentuk sperma yang tidak sihat dan kurang sempurna menyebabkan pergerakan sperma di dalam saluran persenyawaan isteri terganggu. Ini menyebabkan peratusan persenyawaan untuk menjadi sangat rendah.
JANGKITAN KUMAN DAN BAKTERIA
Jangkitan kuman seperti gonoccal, chlamydia, gram negative enterococci menyumbang kira-kira 4% kepada penyebab kemandulan. Jangkitan ini akan menyebabkan kesakitan semasa proses ejakulasi bersama isteri. Jangkitan juga boleh diperolehi melalui saluran persenyawaan isteri.
FAKTOR KONGENITAL JUGA MEMAINKAN PERANAN DI DALAM KEMANDULAN LELAKI
Ia boleh disebabkan oleh kromosom yang tidak sihat dan sempurna, juga boleh disebabkan faktor-faktor kongenital lain seperti sindrom klinefelter, cryptorchodism dan sebagainya.
UBAT YANG DIAMBIL PERLU MENDAPAT PESKRIPSI DOKTOR
Kanabis atau ganja sebagai contohnya didapati mampu menyebabkan kemandulan kepada seseorang lelaki. Antibiotik Tetracycline akan menurunkan hormon testosteron sebanyak 20%. Nitrofurantoin pula akan menyekat dan membantutkan proses spermatogenesis (penghasilan sperma). Sulfasalazine pula akan mengurankan bilangan serta melambatkan pergerakan sperma semasa proses persenyawaan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak kecil ita selalu dipesan agar untuk selalu membasuh tangan terutamanya sebelum makan. Namun tahukah anda bahawa tabiat membasuh tangan selain sebelum makan mampu melindungi kita daripada pelbagai jenis kuman?
Apatah lagi sebenarnya dalam aktviti harian kita semenangnya senang terdedah dengan pelbagai kuman serta bakteria terutamanya di peralatan atau peranti.
Anda mungkin terkejut dengan senarai barangan yang terdapat dalam senarai MASKULIN kongsikan di bawah. Jom ikuti 10 barangan atau perlaran yang sering terdedah dan menjadi ‘sarang’ kuman.
Jadi sebelum dan selepas menyentuh kesemua barangan yang dinyatakan di atas, anda bolehlah amalkan basuh tangan dengan air atau cecair atau buih anti-bakteria.
Ingat amalan itu mungkin anda anggap remeh tapi sebenarnya mampu menyelamatkan nyawa anda.
Sumber:
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.