Rasanya kalau ada yang tidak pernah dengar tentang ‘Game of Thrones’ mungkin mereka adalah mangsa penderaan yang telah terkurung dalam sebuah bilik rahsia lebih 10 tahun seperti dalam filem ‘Old Boy’. Atau mungkin mereka sebenarnya terperangkap di dalam quantum realm seperti Scott Lang si Ant-Man dalam masa yang lama.
Samada anda adalah peminat setia atau tidak, nama-nama seperti Stark, Lannister dan Westeros pasti akan ditemui sama ada dalam media bercetak atau bertulis.
Siri televisyen yang telah memasuki musim ketujuh dengan sebanyak 67 buah epsiod ini akan muncul dengan musim baru pada tahun hadapan. Trailer pertamanya juga telah diperkenalkan beberapa hari yang lalu dan menjadi topik perbualan hangat penggemar drama TV dunia.
Dan pastinya ramai peminat mereka bersedih kerana inilah musim terakhir ‘Game of Thrones’ yang ditayangkan di televisyen. Jadi apa kesudahan perjuangan Jon Snow dan Daenarys Targaryen? Adakah mereka mampu mengalahkan bala tentera yang tidak mati dibawa oleh The Night King?
Walau bagaimana pun peminat ‘Game of Thrones’ tidak perlu gusar kerana HBO bakal memperkenalkan drama siri terbaru yang merupakan prekuel kepada siri ini. Menurut rangkaian telvisyen kabel yang bertanggungjawab merealisasikan siri hebat ini daripada novel ‘A Song of Ice adn Fire’ karya George R.R. Martin, kisah prekuel akan membawa penonton menyaksikan apa yang berlaku ribuan tahun sebelumnya.
Dengan populariti yang luar biasa dan jumlah peminat yang ramai tidak hairanlah mereka mengambil keputusan ini. Mungkin mereka akan bersedih kerana tiada lagi watak-watak kesayangan seperti Jon Snow, Daenarys Targaryen dan Tyrion Lannister.
Ads
Jadi apakah yang kita tahu setakat ini tentang siri prekuel yang bakal ditayangkan pada musim luruh 2019?
TEMA UTAMA
Adakah prekuel ini menceritakan asal-usul The Night King?
HBO mengambil keputusan untuk memberikan pilot episod untuk dikembangkan kepada Jane Goldman yang turut bekerjasama secara terus dengan George R.R. Martin. Siri ini mengambil tempat ribuan tahun sebelum kejadian di dalam siri ‘Game of Thrones’. Ia juga membawa kisah pada era Age of Heroes yang akan mencungkil sejarah white walkers dan misteri Timur yang berkait dengan Targaryen.
NAOMI WATTS
Antara pelakon nama besar pertama yang disahkan bakal muncul ialah Anomi Watts. Walaupun masih tidak diketahui apakah nama watak yang bakal dibawa olehnya namun ura-ura kencang mengatakan beliau membawa watak penuh karisma yang mempunyai sejarah hitam.
HBO masih lagi belum membuat sebarang pengumuman tentang judul siri prekuel ini. Namun ramai percaya judul ‘The Long Night’ adalah antara yang paling dekat. Menurut salah seorang penulis di The Ringer, dia mendapat info dari sumber rahsia bahawa judul yang bakal digunakan ialah ‘The Long Night’.
Ads
JOSH WHITEHOUSE
Pelakon muda meningkat naik yang pernah muncul menerusi ‘Valley Girl’, ‘Poldark’ dan ‘Alleycats’ iaitu Johs Whitehouse turut diumumkan sebagai antara pelakon utama yang bakal muncul. Dia dikahabarkan bakal memegang antara watak paling utama.
MUNGKIN TIADA NAGA ATAU TARGARYEN
Berdasarkan garis masa dan sejarah Wseteros, siri ini berkemungkinan besar tidak akan menunjukkan sebarang kemunculan naga atau keluarga Targaryen (mungkin untuk peringkat awal sahaja). Menerusi tembual bersama Entertainment Weekly, George R.R. Martin menjelaskan tentang baru itu berlaku kira-kira 5000 tahun (sebelum GoT) dan Westeros merupakan sebuah tempat jauh berbeza. Tiada King’s Landing, tiada Iron Throne dan tiada Targaryen.
TIADA RELEASE DATE KHUSUS
Seperti yang MASKULIN nyatakan di atas masih tiada tarikh spesifik bilakah siri bari ini akan mula ditayangkan. Apa yang kita tahu ia akan dikeluarkan berkemunkinan besar pada tahun 2019. Apa yang kita tahu sekarang episod pilot akan mula menjalani penggambaran pada awal tahun hadapan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Macam tak percaya kan? Bagaimana agaknya aktor berusia 52 tahun ini menjaga badan dan bentuk six pack?
Untuk mendapat susuk sebegini rupa dalam usia 50 tahun mungkin suatu yang mustahil. Semuanya hasil kerja keras dan sikap konsisten Shah Rukh Khan dalam rutin diet. Setiap penjagaan tubuh dan kesihatan pasti mempunyai peraturan serta perkara yang dilarang.
Kalau rasa tak mampu nak dapat six pack macam SRK, apa kata tiru diet clean beliau…
1. Tidak ambil daging kambing
Shah Rukh Khan gemar dengan nasi Dum Briyani yang dimasak dengan daging kambing tapi kini beliau dilarang untuk makan daging kambing.
2. Rebus
Tak perlu minyak, tak perlu goreng. Shah Rukh Khan lebih gemar untuk rebus ayam dan tabur dengan garam serta lada hitam. Kemudian disajikan sebagai salad ayam, ringkasnya.
3.Tak pernah tambah
Bagi beliau cukup hanya satu pinggan. SRK tidak pernah minta untuk tambah makanan dan apa yang ada didalam pinggan beliau habiskan.
4. Selamat tinggal karbohidrat
Semua jenis makanan berasaskan karbohidrat beliau tinggalkan samada nasi, gandum dan kentang.
5. SRK makan ini..
Daging ayam belanda, ikan, keju paneer, telur putih dan susu skim. Walaupun dalam tidak bersenam, SRK masih mengamalkan diet dari makanan tersebut.
6. Tiada snek
Bayangkan beliau langsung tidak menjamah snek sampingan. Memang bagi SRK cukup dengan hidangan penuh atau salad tak perlu snek tambahan.
7. Mentega
Apa jua hidangan atau masakan yang dimasak dengan butter SRK tak akan ambil.
Shah Rukh Khan bersama pelatih bina badan beliau, Prashant Sawant. Foto – India Today
Itulah permulaan bait lirik lagu yang dianggap antara lagu rock terhebat pernah dicipta. Dan pastinya ia tersemat di hati semua peminat muzik rock terutamanya band QUEEN.
MASKULIN yakin ramai sudah menonton filem biografi band ini yang berjudul ‘Bohemian Rhapsody’.
Sebagai salah sebuah band yang dianggap memberi sumbangan yang sangat besar dalam indsutri muzik global maka tidak hairanlah ramai yang ingin mengetahui sedikit sebanyak kisah belakang tabir tentang band yang diterjaui oleh Freddie Mercury ini.
Lakonan Rami Malek sebagai Freddie Mercury menerima pujian ramai pihak termasuk pengkritik tegar filem antarabangsa
Sejak ditayangkan di seluruh dunia bermula pada 23 Oktober dan di Malaysia pada 8 November telah mencatatkan jumlah kutipan box-office!
Kini selepas hampir sebulan sejak ia ditayangkan, ‘Bohemian Rhapsody’ telah berjaya memecah sebuah rekod baru apabila menjadi filem biografi muzik terlaris sepanjang zaman.
Ia kini menjadi filem biopic tentang pemuzik atau penyanyi yang mendapat jumlah kutipan tertinggi menewaskan filem-filem terdahulu seperti ‘Straight Outta Compton’, ‘Walk the Line’ dan ‘8 Mile’.
Selain itu ‘Bohemian Rhapsody’ juga mendapat beberapa pencalonan dalam pelbagai ketegori di Golden Globes dan Screen Actors Guild. Jumlah kutipannya di seluruh dunia kini mencecah lebih USD600 juta (RM2.5 billion) dengan pecahan kira-kira USD175 juta (RM731 juta) di Amerika Utara dan USD433 juta (RM1.81 billion) di pasaran antarabangsa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Saat yang dinanti sudah tiba. Tak dapat disangkal lagi, filem adiwira ‘Avengers: Endgame’ merupakan filem yang paling dinantikan pada tahun ini.
Demam luar biasa menantikan kemunculan filem dari Marvel Studio ini juga telah menyebabkan hampir kesemua panggung wayang di negara kita memulakan tayangan seawal 7 pagi dan ia telah sold out!
Hari ini bermulalah tayangan pertama filem tersebut dan apa yang pasti ia akan menjadi topik utama warganet dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Cuma satu pesanan MASKULIN kepada anda, elakkan memberi spoiler kepada rakan-rakan dan pengguna laman media sosial yang lain.
Jadilah seorang penggemr karya filem hebat yang berhemah dan bertimbang rasa.
Sempena menyambut ketibaan filem ini, kotaraya Kuala Lumpur telah dikejutkan dengan sebuah pertunjukan drone menarik. Sebanyak 300 Intel® Shooting Star™ telah diterbangkan ke ruang udara dan menyinari Kuala Lumpur dengan pertunjukan cahaya yang menarik.
Pertunjukan drone tersebut membentuk beberapa logo dan karakter yang tidak asing lagi seperti Iron Man, Thor, Captain America dan Hulk.
Menurut kenyataan media dari pengedar filem ini, The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn Bhd, pertunjukan drone istimewa ini merupakan ucapan terima kasih mereka kepada rakyat Malaysia yang selama ini memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada francais filem MARVEL STUDIO.
Malah pertunjukan drone ini juga telah mencipta rekod baru dan bakal dimasukkan ke Malaysia’s Book of Records sebagai ‘Pertunjukan Drone Bercahaya Paling Banyak Digunakan’.
Ketua Studio Hiburan The Walt Disney Company Malaysia & Singapura, Daniel Tan menerima anugerah daripada Pengurus Pemasaran Operasi & Kajian Malaysia Book of Records, Edwin Yeoh.
PELUANG SAKSIKAN PERTUNJUKAN INI!
Anda pasti tertanya-tanya adakah kita semua berpeluang menyaksikan pertunjukan ini sekali lagi? Ya! Pertunjukan drone hebat ini dijadualkan akan berlangsung sekali lagi pada hari Jumaat ini iaitu 26 April 2019 pada pukul 8 malam dan 10 malam (bergantung kepada keadaan cuaca).
Lokasi terbaik untuk menyaksikan pertunjukan drone ini ialah di sekitar 200 hingga 300 meter radius dari Menara KL.
Kepada anda yang tinggal berdekatan jangan lupa lepaskan peluang menyaksikan pertunjukan drone ini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.