Sneakers Kolaborasi ONE PIECE x PUMA CELL ENDURA Bakal Berada Di Pasaran Malaysia

Share

Jika anda perhatikan sejak kebelakangan ini semakin banyak jenama sukan atau fesyen berkolaborasi dengan judul-judul komik dan anime.

Sneakers yang kini menjadi sebahagian daripada trend gaya hidup trendy menjadi antara item yang menjadi pilihan untuk kolaborasi seperti ini direalisasikan.

Terbaru jenama sukan dan fesyen berasal dari Jerman telah mengumumkan kolaborasi mereka dengan anime Jepun, ONE PIECE mengjasilkan rekaan sneakers unik, istimewa dan paling penting muncul dalam edisi terhad.

Menerusi kolaborasi pertama dua jenama gergasi dalam industri masing-masing ini, sepasang kasut dikenali dengan nama ONE PIECE x PUMA CELL ENDURA dikeluarkan. Ia mengambil inspirasi utama daripada rekaan kapal Thousand Sunny yang dibawa oleh Luffy dan geng Straw Pirates.

Malah menerusi kenyataan media daripada PUMA kepada MASKULIN menyatakan pelancaran kasut ini juga berkebetulan dengan tayangan perdana filem ‘ONE PIECE: Stampede’.

2 ELEMEN BERBEZA

PUMA memilih model Cell Endura bagi merealisasikan gabungan 2 dunia berbeza. Membawa elemen-elemen One Piece, kasut ini membawa corak The Gum-Gum Fruit pada bahagian sock-style upper manakala tapak kasut berwarna coklatnya pula digayakan mengikut corak tali kapal Thousand Sunny.

Pada bahagian tapak kasut pula ia membawa warna hijau dengan logo eksklusif PUMA dan ONE PIECE. Endura Cell merupakan model kasut PUMA yang diperkenalkan pada era 90-an dan ia merupakan antara kasut popular serta trendy pada ketika itu.

Buat peminat PUMA atau ONE PIECE, anda boleh dapatkan kasut kolaborasi hebat ini bermula pada 12 September 2019. Ia dijual pada harga RM679 dan boleh didapati di hanya tiga lokasi iaitu PUMA KLCC, PUMA Sunway Pyramid dan Solewhat Mid Valley.

IKLAN