Gaya Hidup

Solat Dalam Hutan? Lelaki Ni Tunjuk Cara Senang Ambil Wudhuk & Praktikal

Share
Dalam dunia outdoor dan hiking, tak semua orang ambil berat soal wuduk dan solat tapi lelaki ni buktikan, tiada alasan bila hati dah niat.
Berada di tengah hutan, bukit, atau laluan denai (trail), ramai antara kita fikir susah nak jaga ibadah.
Tapi seorang pendaki ini tampil dengan satu perkongsian ringkas dan realistik cara berwuduk ketika dalam trail, dengan air yang terhad tapi niat yang tetap teguh.
“Okay, pertama kita niat dahulu. Lepas itu, ambil air secukupnya. Jangan ambil air banyak. Kita bukan nak mandi, kita nak ratakan air di anggota wuduk,” katanya sambil menunjukkan step-by-step wuduk ringkas di lokasi hiking.

Wuduk Hiking Style Macam Mana Nak Buat?

Foto : Taichung Travel
Menurut beliau, kaedah ini sesuai untuk pendaki atau sesiapa yang berada dalam situasi mencabar seperti kawasan gunung, hutan simpan atau mana-mana lokasi outdoor di mana air sangat terhad.
Berikut ialah langkah-langkah mudah yang dikongsikan:
1.Niat dahulu – “Aku berwuduk kerana Allah Taala.”
2.Ambil air sedikit cukup untuk ratakan, bukan limpahkan.
3.Basuh muka satu kali, sekali pun cukup asalkan kena dan rata.
4.Basuh tangan kanan ke siku, kemudian tangan kiri.
5.Sapu kepala rambut, sapu seluruh kepala.
6.Kasut dibenarkan, kalau pakai kasut khas (khuf / kasut yang menutup buku lali dan dipakai selepas berwuduk), boleh sapu di atas kasut sahaja.

Solat Tetap On, Walau Dalam Hutan

Apa yang menarik, cara ni bukan sekadar memudahkan, tapi menghormati ibadah walau dalam situasi mencabar.
Sambil menikmati keindahan alam, kita juga tak lupa tanggungjawab pada Pencipta.
“Semudah itu guys, untuk kita solat di dalam trail. Biar tak mandi, yang penting handsome dan solat tetap jalan,” katanya berseloroh sambil tersenyum.
Perkongsian ni bukan hanya tentang wuduk. Ia tentang kesedaran bahawa Islam itu mudah, dan setiap ibadah boleh disesuaikan dengan keadaan.
Asalkan kita faham rukhsah (keringanan) dan tahu caranya, tiada alasan untuk tinggalkan solat.
Foto : Appalachian Mountain Club
So lepas ni, kalau kau plan nak mendaki Gunung Tahan, Bukit Broga atau sekadar camping kat Janda Baik, ingat tip ini.
Bukan saja untuk bersihkan diri, tapi juga untuk jaga hubungan dengan Tuhan.
Trail tetap trail. Tapi solat, wajib tetap wajib.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Published by
Darwisy Farain