
Stamina padu dalam 4 minit! Rahsia workout pantas untuk lelaki sibuk ini memang direka khas untuk anda yang mahu kekal bertenaga walaupun jadual padat.
Tidak perlu sejam di gim, tidak perlu peralatan mahal cukup hanya empat minit sehari, stamina dan tahap kecergasan anda boleh meningkat dengan ketara.
Senaman ini berasaskan konsep HIIT (High Intensity Interval Training), iaitu latihan intensif dalam tempoh singkat yang memaksa otot dan jantung bekerja pada tahap maksimum. Teknik ini terbukti bukan sahaja membakar lemak lebih pantas, malah meningkatkan kekuatan dan daya tahan fizikal lelaki.
Latihan intensif selama empat minit dapat meningkatkan kadar degupan jantung, melancarkan peredaran darah, dan merangsang metabolisme untuk terus membakar kalori walaupun selepas anda berhenti bersenam. Dengan konsistensi yang betul, anda mampu melihat perubahan stamina, otot, dan tahap tenaga dalam masa 4 hingga 6 bulan.
Lakukan setiap senaman selama 20 saat
dengan 10 saat rehat di antara, dan ulang sehingga lengkap 2 pusingan.Squats Jump – Kuatkan kaki dan otot punggung.
Push Up – Bina kekuatan dada, bahu dan lengan.
Burpees – Gabungan kardio dan kekuatan seluruh badan.
Sit Up – Fokus pada otot teras dan perut.
(Tip: Untuk beginner, kurangkan intensiti dahulu sebelum tingkatkan beban senaman.)
Pemanasan badan 2 minit sebelum mula.
Fokus teknik pergerakan yang betul untuk elak kecederaan.
Minum air secukupnya sebelum dan selepas workout.
Konsisten setiap hari untuk hasil optimum.
Dengan disiplin, senaman pantas ini boleh membantu mengurangkan sehingga 18% lemak badan. Jadi, tiada alasan untuk bertangguh. Bangun, gerakkan badan, dan buktikan bahawa lelaki sejati tidak pernah mengalah pada cabaran stamina!
BACA LAGI : 5 Jenis Senaman Lelaki Pertengahan Umur Harus Elak