Apabila usia meningkat, tubuh lelaki mengalami pelbagai perubahan seperti kehilangan jisim otot, penurunan fleksibiliti dan kepadatan tulang yang semakin merosot. Terutamanya di kalangan lelaki pertengahan umur.
Jadi ingatlah, tidak semua jenis senaman sesuai untuk lelaki pertengahan umur, terutamanya yang boleh memberi tekanan berlebihan pada sendi dan meningkatkan risiko kecederaan.
Tapi jangan pula jadikan ia alasan untuk tidak bersenam. Senaman memainkan peranan yangs angat penting bagi membantu tubuh badan lebih sihat dan cergas.
Berikut MASKULIN kongsikan lima jenis senaman yang harus dielakkan oleh lelaki pertengan umur berserta serta sebab-sebabnya dan juga apa jenis senaman alternafi boleh dilakukan.
1. Angkat Beban yang Terlalu Berat
Ramai lelaki masih ingin mengekalkan kekuatan seperti zaman muda dan cuba mengangkat beban yang terlalu berat. Namun, ini boleh menyebabkan tekanan berlebihan pada sendi, otot, dan tulang belakang.
Lelaki pertengahan umur lebih terdedah kepada kecederaan seperti koyakan otot, ketegangan ligamen, dan masalah cakera tulang belakang. Alternatif yang lebih selamat:
Angkat beban ringan dengan lebih banyak ulangan
Gunakan mesin gim untuk kawalan pergerakan yang lebih baik
Latihan rintangan menggunakan band elastik
2. Larian Jarak Jauh di Permukaan Keras
Larian adalah senaman kardiovaskular yang baik. Tetapi bagi lelaki pertengahan umur, larian jarak jauh di atas permukaan keras seperti jalan tar boleh memberikan tekanan berlebihan pada lutut, pergelangan kaki, dan pinggul.
Ads
Ini boleh mempercepatkan masalah sendi seperti osteoarthritis. Alternatif yang lebih selamat:
Berjalan pantas di laluan berturap
Berbasikal
Berenang
3. Latihan Plyometrik (Lompat Tinggi dan Letupan Tenaga)
Latihan plyometrik seperti box jumps dan burpees memerlukan daya letupan yang tinggi serta memberikan impak kuat pada sendi dan tendon.\
Seiring usia, tendon menjadi kurang elastik dan lebih mudah cedera. Selain itu, risiko jatuh dan terseliuh juga lebih tinggi. Alternatif yang lebih selamat:
Yoga
Tai chi
Latihan keseimbangan dengan bola kestabilan
4. Sit-Up atau Crunch yang Berlebihan
Ads
Ramai beranggapan bahawa sit-up dan crunch adalah cara terbaik untuk mendapatkan perut yang tegap, tetapi bagi lelaki pertengahan umur, senaman ini boleh menyebabkan tekanan pada tulang belakang dan leher.
Jika dilakukan dengan teknik yang salah, ia boleh menyebabkan cakera tergelincir atau sakit belakang kronik. Alternatif yang lebih selamat:
Plank
Dead bug exercise
Leg raises
5. Squat atau Deadlift dengan Teknik Salah
Squat dan deadlift adalah latihan yang sangat baik jika dilakukan dengan teknik yang betul.
Namun, jika postur atau beban tidak sesuai, ia boleh menyebabkan tekanan tinggi pada lutut, pinggul, dan bahagian bawah belakang. Lelaki pertengahan umur yang tidak biasa dengan senaman ini harus mendapatkan bimbingan jurulatih sebelum mencuba. Alternatif yang lebih selamat:
Senaman sangat penting untuk mengekalkan kesihatan lelaki pertengahan umur, tetapi pemilihan jenis senaman harus dilakukan dengan bijak.
Mengelakkan senaman yang memberi tekanan berlebihan pada sendi dan otot dapat membantu mengurangkan risiko kecederaan dan memastikan kesihatan yang lebih baik dalam jangka masa panjang.
Sebagai alternatif, fokus pada senaman berimpak rendah, kekuatan fungsional, serta latihan fleksibiliti dan keseimbangan untuk mengekalkan kecergasan tanpa menjejaskan kesihatan tubuh.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ini bukan lagi demam bola sepak ini dah sakit bola sepak.Lelaki 28 tahun meninggal dunia akibat tidak cukup tidur kerana menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia. Peminat tegar bola sepak bernama Yang dari Yiyang, Hunan di China, telah meninggal dunia kerana tidak mendapat rehat yang secukupnya dek kerana menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia.
Piala Dunia FIFA 2018 baru sahaja bermula, dan hal ini pastinya memberi keterujaan kepada semua peminat bola sepak di dunia. Pada tahun ini, ianya dianjurkan di Rusia dan semua penonton di seluruh dunia dari zon waktu yang berbeza akan menyusun jadual tidur untuk memastikan agar mereka tidak terlepas menyaksikan perlawanan bola sepak ini.
Itupun jika mereka melakukan jadual tidur, namun, terdapat juga antara mereka yang sanggup menahan mata daripada tidur dan langsung tidak melelapkan mata kerana bimbang tidak terjaga!
Jika anda salah seorang peminat bola sepak yang perlu menonton setiap pertandingan, maka sila pastikan anda menjaga kesihatan anda!
iFeng melaporkan bahawa Yang merupakan peminat bola sepak tegar dan tidak pernah terlepas satu perlawananpun dan terlalu teruja untuk menyaksikan Piala Dunia pada kali ini. Mendiang dikatakan tidak akan tidur pada waktu malam hanya untuk menyaksikan perlawanan bola sepak dengan ditemani oleh segelas atau dua gelas bir sejuk. Dilaporkan juga selama ini memang mendiang akan melakukan perkara yang sama, oleh itu, Piala Dunia kali ini bukanlah yang pertama.
Dia dilaporkan menonton satu perlawanan hingga jam 3 pagi sebelum tidur dan merasa tidak sihat pada keesokan harinya. Oleh sebab itu, dilaporkan bahawa dia mengambil cuti setengah hari dan akan masuk berkerja pada sebelah petang. Walau bagaimanapun, sejam selepas dia masuk berkerja, dia mula berasa tidak sihat dan serta merta pengsan, dan hal ini telah mengejutkan semua rakan sekerjanya!
Mereka cuba untuk memulihkannya tetapi mereka tidak berjaya melakukannya sementara menunggu ambulans tiba. Apabila ambulans tiba, pasukan perubatan memberinya CPR dan berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan Yang. Malangnya, percubaan mereka tetap gagal dan mereka mengisytiharkan kematian Yang.
Pengarah jabatan kecemasan di Kolej Perubatan Yiyang, Huang Wei berkata bahawa punca utama kematian Yang adalah disebabkan oleh pola tidurnya yang tidak teratur baru-baru ini kerana dia telah bertahan untuk menonton perlawanan Piala Dunia. Doktor turut berkata bahawa kebiasaannya meminum bir adalah salah satu punca yang mendorong kepada kematiannya juga.
Huang menjelaskan bahawa bilangan pesakit di hospital biasanya akan meningkat sebanyak 20% ketika berlangsungnya acara seperti Piala Dunia. Dia mengatakan bahawa ramai orang akan jatuh sakit dalam tempoh ini kerana mereka sengaja tidur lewat untuk menonton perlawanan di samping makan terlalu banyak makanan ringan. Oleh itu, beliau menasihati peminat bola sepak untuk tidak terlalu teruja dan sentiasa memastikan untuk mengutamakan kesihatan mereka.
Tidak salah sekiranya anda mahu menikmati perlawanan Piala Dunia, sementelah ianya hanya berlangsung beberapa tahun sekali sahaja. Tetapi, kami berharap agar anda sentiasa menjaga jadual tidur dan memastikan agar kesihatan anda sentiasa berada dalam tahap yang baik.
sumber : Era Baru
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Syed Saddiq yang merupakan Menteri Belia dan Sukan baru-baru ini menyelaskan pendiriannya mempertahankan atlet selepas kenyataan tentang ahli sukan Terengganu harus memakai pakaian patuh syariah mulai 2019 dikeluarkan oleh kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS.
Pemain-pemain di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan diwajibkan menutup aurat ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia bermula musim depan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dasar itu bagaimanapun hanya melibatkan pemain Muslim sahaja.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan pendiriannya yang tidak bersetuju mengenai hal ini menerusi Instagramnya.
Syed Saddiq membuat kenyataan tidak bersetuju dengan dasar itu dan mengatakan pilihan atlet sepatutnya dihormati kerana mereka adalah hero dan heroin.
Tolong hormat pilihan hero dan heroin kita. Jangan kacau mereka! Sukan adalah untuk semua dan atlet kita adalah hero dan heroin. Saya rasa perlu untuk mempertahankan mereka kerana mereka adalah aset negara. Ini membimbangkan kerana masa depan sukan seperti gimnastik, terjun, renang dan bina badan akan turut terjejas.
Menurutnya lagi, ramai atlet yang sudah menyumbangkan pingat untuk negara dan memberi inspirasi kepada semua termasuk dirinya.
Ramai atlet Muslim yang telah menyumbangkan pingat kepada negara antaranya Farah Ann Hadi (gimnastik), Nur Dhabitah Sabri (terjun) dan Sazali Samad (bina badan). Mereka bukan hanya penyumbang pingat tetapi turut memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan saya sendiri.
Tetap pertahankan atlet
Tegas menteri muda ini lagi, Pocket-Rocket Man, Azizul Hasni Awang juga berasal dari negeri itu dan berjaya di peringkat dunia. Syed Saddiq juga mempertahankan atlet dan menyokong pilihan pakaian mereka.
Hero kita, Azizul Hasni Awang yang juga atlet berbasikal terbaik dan diberi pengiktirafan antarabangsa juga berasal dari Terengganu, walau apa pun pilihan pakaiannya.
Saya akan mempertahankan mereka tanpa mempedulikan apa yang dipakai. Tolong jangan kacau mereka!
Pendirian dikritik netizen
Biar Kerajaan Terenganu Tangani Sendiri
Malaysia sebagai negara Islam
Sumber : Instagram Syed Saddiq
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hari ini menandakan negara kita memasuki hari pertama bagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi menangani penularan wabak Covid-19. Sepanjang hampir 3 bulan menyaksikan kita semua bekerja keras terutamanya barisan hadapan negara bagi melandaikan kadar jangkitan.
Segala usaha keras itu menunjukkan hasil yang positif dan pembukaan ekonomi kini hampir pulih sepenuhnya. Selama dua hari berturut-turut negara kita mencatatkan jumlah kes satu digit sahaja.
Namun di sebalik kemenangan kecil ini kita tidak harus leka. Walaupun perjalanan rentas negeri juga sudah dibenarkan namun kita harus terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang dilakukan sepanjang tempoh PKP lalu.
Bukan ingin menakutkan cuma kita harus berwaspada kerana kita masih belum menang sepenuhnya. Jika kita berdisiplin serta melakukan yang terbaik tidak mustahil wabak ini akan terus lenyap di muka bumi tanah air tercinta.
Sementara itu anda juga boleh menjaga diri sendiri dengan memastikan tahap kesihatan terus berada dalam keadaan baik. Amalkan pemakanan sihat dans entiasa melakukan aktviti senaman.
Berikut MASKULIN ingin kongsi bagaimana anda boleh meperbaiki sistem imunisasi dan antibodi dengan cara semula jadi tanpa makan sebarang ubat-ubatan.
1. Tidur yang cukup dan kawal stres.
Kekurangan waktu tidur dan stres berlebihan boleh menyebabkan meningkatnya hormon cortisol yang boleh menjejaskan sistem imunisasi.
2. Jauhi rokok dan tembakau.
Rokok merupakan ‘racun’ yang bukan sahaja merbahaya kepada perokok tetapi orang sekelilingnya. Merokok boleh menyebabkan perhatahanan sistem imunisasi terjejas lalu meningkatkan pelbagai penyakit seperti brinchitis dan pnumonia.
3. Makan lebih banyak sayuran, buahan dan kekacang
Memakan makanan semula jadi boleh membekalkan nutrien yang diperlukan untuk sistem imunisasi. Kajian juga mendapati orangd ewasa yang mengambil buah-buahan dan sayuran boleh meningkatkan respons antibodi terhadap vaksin Pnemovax, yang melindungi dari Streptococcus pnemonia.
4. Makan bawang putih
Bawang putih merupakan spektrum lebar ejen antimicrobial dan meningkatkan sistem imunisasi. Pastikan setiap kali makan terdapat elemen bawang putih dalam masakan.
5. Penggunaan Cendawan
Cendawa seperti shiitake dan maitake (nama Jepun) boleh membantu wanita terutamanya untuk menggalakkan sistem imunisasi melawan kanser pay udara.
6. Bersenam setiap hari
Paling kurang berjalanlah setiap hari selama 20 hingga 30 minit sehari. Senaman mampu membuatkan sistem imunisasi bertambah baik dan sel darah putih juga dapat bergerak dengan lebih pantas di dalam badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.