Star Fitness Uji Kecergasan Finalis Mr World Malaysia 2022 Dengan Tiga Rutin Senaman

Share

Sebagai pusat kecergasan yang cukup terkenal di Lembah Klang, Star Fitness dilihat sentiasa terbuka dalam sebarang aktiviti atau program berkait rapat dengan kecergasan.
Baru-baru ini, Star Fitness telah berbesar hati menjadi hos dan mencabar finalis pertandingan Mr World Malaysia 2022 dengan beberapa rutin senaman di salah sebuah outlet mereka.

Kesemua finalis yang hadir menyertai sesi senaman bertempat di Star Fitness Aeon Big Wangsa Maju. Pencarian jejaka idaman Malaysia ini dianjurkan oleh Universal Music Malaysia (UM) dan Star Fitness merupakan pusat kecergasan rasmi bagi Mr World Malaysia 2022.

Pada sesi senaman yang diadakan tersebut, Pengarah Urusan Star Fitness Syed Shaddad, berkata “Sebagai pusat kecergasan rasmi bagi penganjuran Mr World Malaysia tahun ini, semua finalis akan diberikan akses kepada semua kelab Star Fitness di Malaysia.

“Ia di mana peserta-peserta ini dapat menjalani latihan senaman dan membuat persiapan menjelang pusingan akhir pertandingan yang akan diadakan pada 21 Oktober di Grand Hyatt Kuala Lumpur.”

SOKONGAN

Selain itu, Star Fitness juga turut bakal menghadiahkan pemenang utama Mr World Malaysia 2022 akan menerima hadiah berupa keahlian Star Fitness dan sesi latihan peribadi dari jurulatih kecergasan Star Fitness.

Ia adalah sebagai sokongan persediaan pemenang tersebut menyertai pertandingan berprestij Mr World 2022 yang akan dijangkakan berlangsung di United Kingdom.

Ketua Grup Senaman Star Fitness, Kris Malhotra

Sesi senaman yang berlangsung hari ini menyaksikan finalis Mr World Malaysia 2022 melakukan senaman WAR, RIP dan Interval Circuit Training. WAR merupakan latihan seni mempertahankan diri campuran yang membakar sehingga 500 kalori pada setiap sesi.

Senaman yang berinspirasikan seni mempertahankan diri bertenaga tinggi ini adalah cara terbaik untuk melepaskan tekanan sambil menjadi cergas. Manakala RIP ialah program latihan kekuatan pra-koreografi yang memberi anda hasil yang anda inginkan.

“Finalis kita hari ini cukup bertuah kerana mereka merupakan antara yang terawal mencuba kelas eksklusif/istimewa WAR dan RIP yang bakal dilancarkan kepada ahli kelab pada bulan depan. Kelebihan kedua-dua program ini pastinya dapat membantu meningkatkan kekuatan stamina dan daya tahan otot”, tambah Syed Shaddad lagi.

IKLAN