Gaya Hidup

Subjek Sejarah, Kenali 7 Adik-Beradik Nokia 3310 Yang Anda Pernah Gunakan!

Share

Suatu masa dahulu, telefon bimbit jenama Nokia pernah menjadi kegilaan umat manusia di seluruh negara.

Telefon bimbit Nokia menjadi trend kerana syarikat berkenaan menjadi pelopor utama pada waktu itu untuk sebarang pengeluaran telefon bimbit.

Nokia terawal, 1011 (1992)

Mengikut rekod yang berjaya ditemui, Nokia mengeluarkan telefon bimbit 1011 pada 10 November 1992.

Kemudian pada tahun 1994, Nokia mengambil langkah yang seterusnya untuk mengeluarkan model 2110 yang popular dengan nada dering ‘Nokia tune’.

Tampil model 3310 pada alaf baharu (2000)

Sebaik sahaja memasuki alaf baharu, Nokia menampilkan model 3310 dan melihat rupa bentuknya yang lebih smart, model ini memang laku keras di pasaran.

Agak beratus harganya pada waktu itu tetapi uniknya tentang Nokia 3310 ini, model kegilaan ramai ini memiliki sekurang-kurangnya tujuh ‘adik-beradik’ seperti :

1. Nokia 3315

2. Nokia 3320

3. Nokia 3330

4. Nokia 3350

5. Nokia 3360

6. Nokia 3390

7. Nokia 3395

Boleh dikatakan setiap rekaan hampir sama namun dari segi populariti, dua abangnya iaitu ‘3310’ dan ‘3315’ kekal popular sehingga hari ini. Anda pernah guna yang mana satu?

Sumber gambar : Google

IKLAN