Gaya Hidup

Sufian Suhaimi Setuju Lelaki Maskulin Pun Patut Pandai Masak!

Share

Bila sebut tentang lelaki maskulin, ramai masih bayangkan fizikal sasa, gaya confident, atau leadership.

Tapi realitinya, maskuliniti zaman sekarang bukan lagi semata-mata pasal penampilan luaran.

Ia tentang kemahiran hidup dan memasak adalah salah satu daripadanya.

Tak perlu jadi chef profesional, tapi tahu pegang senduk, goreng ikan, tumis bawang itu dah cukup maskulin.

@maskulinmy
Dalam dunia moden, lelaki maskulin bukan sahaja perlu bijak bergaya dan bersukan, tetapi juga mahir asas memasak. Ia tanda berdikari, matang dan tahu mengurus diri. Setuju atau tidak? Kongsikan pendapat anda. 👨‍🍳🍽️ #Maskulin
#LelakiMaskulin #GayaHidup #MajalahMaskulin ♬ original sound – Maskulin

Memasak Bukan Sekadar Peranan Wanita

“Bagi saya, memasak ini bukan saja peranan wanita. Tapi ia lebih kepada life skill, surviving skill. Semua manusia perlu pandai memasak,” jelas Sufian Suhaimi dengan nada yakin.

Lelaki yang maskulin, kata Sufian, bukan hanya tahu jaga penampilan atau duit, tapi tahu jaga perut dan kesihatan diri.

“Lelaki yang maskulin, dia boleh jalani kehidupan dengan sihat, dengan baik. Dan memasak itu antara crucial skill yang paling kita rasa perlu ada dalam segala orang. Walaupun simple, tapi at least bolehlah masak apa yang kita nak makan,” tambahnya lagi.

Foto : Mingguan Wanita

6 Tahun Hidup Solo, Dapur Jadi Teman Setia

Bukan sekadar cakap kosong Sufian sendiri pernah melalui fasa hidup solo lebih 6 tahun. Dan dalam tempoh tu, dapur bukan benda asing.

“Untuk saya, sebab saya dah duduk membujang selama lebih daripada 6 tahun sendiri. So, macam-macam juga boleh masak. Contoh eh, saya boleh masak asam pedas, saya boleh masak kari, saya boleh masak kicap, masak lemak. Resipi masakan-masakan yang biasa-biasa itu bolehlah masak.”

Dan itu cukup membuktikan lelaki yang tahu memasak bukan ‘kurang jantan’, tapi lebih bersedia untuk hidup berdikari.

Dalam zaman semua benda boleh order online, lelaki yang masih turun dapur dan masak sendiri, sebenarnya ada class tersendiri.

BACA LAGI : Bau Badan Pasangan Lelaki Boleh Buat Wanita Awet Muda?

Foto : MerahPutih

Dapur Adalah Sebahagian Daripada Lelaki Sejati

Sufian Suhaimi bukan saja jadi inspirasi sebagai penyanyi, tapi juga sebagai lelaki yang tahu nilai sebuah dapur.

Memasak bukan simbol kelemahan, tapi lambang kematangan.

Dan kalau kau lelaki yang masih ragu-ragu nak belajar masak, mungkin dah sampai masa ubah mindset tu.

Sebab jantan sejati tak takut pegang sudip. Dia cuma takut kalau tak boleh berdikari.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Darwisy Farain