Percaya atau tidak, bau badan lelaki yang disayangi sebenarnya mampu memberikan kesan positif terhadap kesihatan emosi wanita.

Kajian terkini mendapati bahawa bau semula jadi tubuh lelaki terutamanya daripada pasangan yang rapat dan disayangi mampu mengurangkan stres, menenangkan fikiran serta merangsang pengeluaran hormon ‘bahagia’ seperti oksitosin dan endorfin.

Ini bukan sembarangan bau badan. Bukan bau peluh selepas bersenam atau aroma pewangi maskulin semata-mata, tetapi bau semula jadi tubuh seseorang yang sudah pun mencipta ‘ikatan kimia’ secara tidak sedar dengan pasangan mereka.

Hormon Gembira Penyelamat Emosi

Bau Badan Pasangan Lelaki Boleh Buat Wanita Awet Muda?

Apabila wanita menghidu bau pasangan mereka, badan mereka bertindak balas secara automatik dengan menghasilkan hormon oksitosin yang dikenali sebagai ‘hormon pelukan’ dan endorfin, yang memberi rasa tenang, gembira dan selamat.

Hormon-hormon ini bukan sahaja menstabilkan emosi, malah turut membantu menggalakkan tidur berkualiti dan memperbaiki keseimbangan hormon secara keseluruhan.

Ads

Lebih menarik, oksitosin dan endorfin juga dikenali kerana peranannya dalam memperlahankan tanda-tanda penuaan menjadikan kulit lebih segar, mengurangkan keradangan dan meningkatkan sistem imun tubuh.

Bukan Sekadar Kimia, Tapi Juga Emosi

Walaupun belum dikategorikan sebagai ‘formula awet muda’ secara saintifik, ramai pakar percaya bahawa hubungan emosi yang sihat dan rasa selamat dalam sesebuah perhubungan menyumbang kepada kesihatan menyeluruh wanita.

Apabila seseorang wanita merasa disayangi, dilindungi dan dihargai, tubuhnya cenderung untuk berfungsi dalam keadaan optimum termasuk dari segi mental, emosi dan fizikal.

Ads

BACA LAGI : ‘Sigma Male’ Dalam Konteks Lelaki Malaysia, Di Antara Keperluan Sosial dan Haluan Sendiri

Bau Badan Pasangan Lelaki Boleh Buat Wanita Awet Muda?
Foto : detikcom

Hubungan Rapat, Rahsia Kehidupan Lebih Sihat?

Sama ada anda sedar atau tidak, kehadiran pasangan yang mampu menenangkan hanya melalui bau tubuhnya mungkin satu anugerah tersendiri.

Ia bukan sekadar naluri atau perasaan, tetapi sebahagian daripada tindak balas biologi tubuh manusia yang masih terus dikaji oleh saintis.

Ads

Jadi, jika anda seorang wanita yang sering mendapati diri anda lebih tenang apabila berada di sisi pasangan terutama apabila mendakap atau tidur berdekatan dengannya itu mungkin petunjuk bahawa hubungan anda bukan sahaja sihat dari segi emosi, malah memberi impak positif terhadap kesihatan dalaman dan luaran.

Biarpun sains masih belum meletakkannya sebagai rawatan rasmi, fakta bahawa hubungan emosi yang rapat memberi kesan fizikal yang baik kepada tubuh tidak dapat dinafikan.

Jadi, jangan pandang rendah kuasa cinta kerana mungkin, di situlah tersimpannya ‘rahsia awet muda’ sebenar.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI