Suka Tangkap Gambar Kawan Guna FaceApp? Baca Ini Dulu Sebelum Sebarkan

Share

Bahana gambar tular wajah lelaki bertukar menjadi muka wanita di sosial media menggunakan aplikasi FaceApp, disifatkan sebagai menyalahi etika kemanusiaan walaupun sekadar gurauan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perbuatan itu tidak patut dilakukan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri mampu menjatuhkan maruah dan menjurus kepada keadaan yang tidak baik.

Menurut Dr Zulkifli, ALLAH telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian, jadi tidak perlu ditukarkan dengan cara yang lain.

Malah dia turut menasihati orang ramai agar dapat dielakkan daripada menggunakan aplikasi tersebut dan apat lagi menukarkan wajah perempuan kepada lelaki dan sebaliknya.

Menurutnya lagi ini adalah untuk membezakan antara satu sama lain, jadi apabila kita tukar wajah dengan lelaki ditukar kepada perempuan dan seumpamanya, maka konsep yang sepatutnya kita kenal identiti mereka akan berubah dan merupakan sesuatu yang tidak baik.

Sumber Sepenuhnya: Sinar Harian

IKLAN