Gaya Hidup

Sultan Ibrahim Pamer Skill Masak Gulai Nenas, Netizen Kagum Kehebatan Baginda

Share

Di twitter, kita pernah melihat adinda DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar iaitu Raja Permaisuri Agong pernah memasak gulai ketam yang mana ia dihidangkan kepada kakitangan istana.

BACA: Raja Permaisuri Agong Muncul Kembali, Tetapi Tutup Semula Twitter Untuk Redakan Keadaan

Baru-baru ini menerusi akaun Instagram theroyaljohor, Sultan Ibrahim juga mempamerkan kehebatannya dalam bidang masakan dengan memasak gulai nenas.

Memetik posting instagram theroyaljohor, baginda setiap kali mempunyai masa terluang gemar memasak dan menghidangkannya kepada kakitangan istana.

Tidak ketinggalan netizen di ruangan komen turut meluahkan rasa bangga dan ada yang terliur melihat hidangan Gulai Nenas yang dimasak oleh baginda Sultan Johor.

Kredit: Instagram TheRoyalJohor

IKLAN