Tak Nak Susahkan Tetamu Nak Scan Je, Ini Cara-cara Untuk Dapatkan QR Code Dari MySejahtera

Share

Dah hujung tahun ni pasti ramai yang buat kenduri makan dan kahwin bukan? Namun bagaimana nak buat QR Code terus dari MySejahtera?

Tak menjadi masalah, kali ini MASKULIN bawakan Ummu Tasnim Mustafa untuk mengajar cara-cara membuat QR Code khas untuk orang yang ingin membuat kerja kahwin atau dan makan-makan dan yang tak nak susahkan tetamu.

Tapi sebelum tuh jika anda mempunyai premis atau kedai dan ingin membuat QR Code, hanya perlu scan sahaja dan terus ke aplikasi MySejahtera KLIK SINI

.

“Hai, kepada rakan-rakan yang nak buat majlis kahwin, apa-apa majlis, kedai makan atau apa-apa jenis kedai yang belum sign up QR CODE lagi.

Disini, tasnim nak share cara macam mana nak sign up. Senang sangat tau

Dengan QR Code ni juga, kita dapat memudahkan tetamu nanti, nak datang majlis atau kedai terus scan je dengan menggunakan sistem MySejahtera !

Ada 6 step semua.” Tulisnya di ruangan caption.

STEP 1
: Buka atau Klik link INI

STEP 2: Step 2 : Masukkan no fon, klik verify (i’m not robot) dan register

STEP 3: Masukkan no OTP yang terima melalui SMS dan submit.

STEP 4: Isi kan maklumat.

No fon, Majlis atau nama kedai, no contact, alamat majlis atau kedai, poskod dan negeri. Kemudian submit.

STEP 5: Done! Terus boleh print dan letak di majlis atau kedai nanti

STEP 6: Kalau nak send dekat email kita pun boleh. Klik EMAIL ME dan nanti masukkan alamat email kita. Okay siap

Note: Kalau dah siap buat, tapi nak update lokasi atau nak dapatkan semula QR code tu, boleh klik link di step 1, klik LOGIN, masukkan password, dan boleh update semula details yang kita nak update.

Nampaknya sangat membantu, malah posting ini telah mendapat jumlah share sebanyak 22ribu orang. Moga bermanfaat…

Sumber: Ummu Tasnim Mustafa

IKLAN