Kesihatan

Tak Perlu Jogging, Berjalan Pun Dah Cukup Untuk Elak 13 Jenis Kanser

Share

Kajian terbaru yang dijalankan oleh Universiti Oxford telah menggemparkan dunia perubatan dan kesihatan awam apabila mendapati bahawa berjalan kaki secara konsisten setiap hari mampu mengurangkan risiko sehingga 13 jenis kanser.

Kajian ini melibatkan lebih 85,000 orang dewasa di UK, menjadikannya antara penyelidikan paling menyeluruh dalam bidang ini.

Apa yang menjadikan kajian ini lebih signifikan ialah penggunaan peranti pengesan aktiviti (activity tracker) untuk mengumpul data.

Hasilnya menunjukkan bahawa hanya dengan 5,000 langkah sehari sudah cukup untuk memberi manfaat kesihatan, namun lebih banyak langkah membawa kesan lebih besar.

Tak Perlu Laju, Yang Penting Bergerak

Satu lagi penemuan menarik dari kajian ini ialah intensiti pergerakan bukan faktor utama.

Dalam erti kata lain, anda tidak perlu berlari atau berjalan laju seperti dalam maraton.

Cukup sekadar berjalan pada kadar santai tetapi konsisten setiap hari.

Kajian ini membuktikan bahawa jumlah pergerakan harian lebih penting daripada kelajuan atau tahap kepenatan.

Ini satu berita baik terutamanya buat mereka yang mungkin berhadapan dengan kekangan masa, masalah kesihatan, atau sekadar mahu memulakan gaya hidup lebih aktif secara perlahan-lahan.

Foto : Kosmo

13 Jenis Kanser Yang Dikaji

Dalam kajian ini, para saintis memberi fokus kepada 13 jenis kanser utama yang sering menyerang masyarakat global. Antaranya termasuk:

  • Kanser kolon (usus besar)
  • Kanser paru-paru
  • Kanser hati
  • Kanser payudara
  • Kanser pundi kencing

Hasil kajian menunjukkan bahawa kanser perut, hati dan paru-paru mencatatkan penurunan risiko yang paling ketara dalam kalangan mereka yang berjalan melebihi 7,000 langkah sehari.

Ini membuktikan bahawa aktiviti fizikal ringan seperti berjalan kaki boleh memberi kesan perlindungan terhadap penyakit serius, yang selama ini kita sangka hanya boleh dicegah melalui senaman berat atau rawatan mahal.

Cara Mudah Kurangkan Risiko Kanser

Menurut para saintis, meningkatkan jumlah langkah harian mungkin antara cara paling mudah, murah dan praktikal untuk mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser.

Contohnya, anda boleh mulakan dengan memarkir kereta sedikit lebih jauh dari destinasi supaya ada ruang untuk berjalan kaki.

Selain itu, cuba amalkan berjalan selama 10 minit selepas setiap kali makan bukan sahaja membantu penghadaman, malah menambah jumlah langkah tanpa sedar.

Aktiviti berjalan kaki juga boleh dijadikan masa berkualiti bersama keluarga atau pasangan, contohnya dengan berjalan santai di taman.

Foto : The Malaysian Medical Gazette

BACA LAGI : Bangun Tidur Terus Minum Air? Nampak Simple, Tapi Manfaatnya Luar Biasa!

Ramai orang fikir pencegahan kanser memerlukan ubat-ubatan mahal, pemakanan ketat atau senaman ekstrem.

Kesihatan adalah pelaburan jangka panjang. Tak perlu tunggu sakit baru nak berubah.

Mulakan dengan satu langkah hari ini dan langkah itu mungkin menyelamatkan nyawa anda di masa depan.

Sumber : Facebook Amie Mandocdoc

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Darwisy Farain