Tak Perlu Ke Gym, 6 Alat Olahraga Ini Pun Boleh Kecilkan Perut & Buang Lemak!

Share

Anda nak kecilkan perut dan buang lemak tapi tiada masa nak gym? Jangan bimbang, alat olahraga ini boleh membantu impian anda untuk kecilkan perut dan buang lemak tercapai.

Malah alat olahraga ini juga boleh anda gunakan dengan selesa di rumah. Oleh itu pastikan anda miliki 6 alat olahaga yang sangat efektif ini untuk kecilkan perut anda.

1. Tummy trimmer

Tummy trimmer adalah alat olahraga yang berfungsi sebagai alat bantu sit up. Tummy trimmer bertujuan untuk melatih otot-otot perut anda, mulai dari otot perut atas, tengah dan otot perut bahagian bawah.

2. Ab wheel rollout

Ab wheel rollout merupakan salah satu alat olahraga yang sangat baik untuk mengecilkan, sekaligus membentuk otot perut anda. Ab wheel roller lebih cepat membentuk otot perut anda berbanding anda melakukan sit up kerana ab wheel rollout jauh lebih fokus untuk melatih core muscle anda.

3. Static bike

Anda juga mampu untuk memiliki static bike sendiri di rumah. Selain menguatkan kaki, static bike juga berfungsi untuk membakar lemak di perut kerana static bike sesuai untuk latihan kardio. Gunakan static bike dengan intensiti yang sederhana hingga tinggi untuk anda dapatkan hasil yang terbaik.

4. Sit up bench

Sit up bench juga antara alat olahraga di rumah yang boleh anda gunakan untuk membentuk otot perut. Pada umumnya sit up bench sama seperti sit up. Namun dengan adanya alatan ini akan lebih memudahkan anda untuk lakukan senaman sit up.

5. Skipping

Skipping atau lompat tali merupakan olahraga yang bersifat kardio dan sangat bagus untuk mengecilkan perut. Dengan melakukan latihan skipping secara rutin, timbunan lemak di perut anda dapat dikurangkan. Lakukan latihan skipping ini secara rutin selama 15-30 minit setiap hari dan lihatlah hasilnya.

6. Treadmill

Treadmill merupakan alat olahraga yang membolehkan anda berlari setempat dengan tempo kecepatan yang mampu anda sesuaikan dengan keinginan anda. Disebabkan itulah ia menjadi pilihan para gym untuk berlatih kardio dan membuang lemak.

Sumber: Programlatihanfisik

IKLAN