Bukan sahaja pandai berlakon, tujuh artis k-drama ini juga mahir dalam seni mempertahankan diri.
Malah salah seorang daripada mereka adalah pemegang tali pinggang hitam taekwando. Siapa mereka?
Dari Taekwondo ke MMA, 10 Pelakon Korea Tampan Ini Telah Berlatih Seni Bela Diri, Ada Yang Sudah Memegang Sabuk Hitam
Jung Hae In
Dikenali sebagai pemegang sabuk hitam dalam Taekwondo. Beliau telah menunjukkan kebolehannya dalam seni bela diri di beberapa drama yang dibintanginya.
Ji Chang Wook
Selain terkenal dengan lakonannya yang hebat, Ji Chang Wook juga mahir dalam seni bela diri, sering melakukan aksi sendiri dalam drama aksinya.
Lee Joon Gi
Pelakon yang terkenal dengan peranannya dalam drama sejarah ini juga mempunyai latar belakang dalam Taekwondo dan Hapkido.
So Ji Sub
Ads
Sebelum memulakan karier lakonan, So Ji Sub adalah seorang perenang profesional dan juga memegang sabuk hitam dalam Judo.
Kim Woo Bin
Terkenal dengan fizikalnya yang tinggi dan tegap, Kim Woo Bin juga berlatih dalam seni bela diri, membantu beliau dalam melakonkan adegan aksi dengan lebih meyakinkan.
Park Seo Joon
Ads
Pelakon yang sering muncul dalam drama romantik ini juga terlibat dalam seni bela diri, termasuk Taekwondo.
Lee Seung Gi
Selain menyanyi dan berlakon, Lee Seung Gi juga mempunyai kemahiran dalam seni bela diri, menjadikannya seorang artis serba boleh.
Won Bin
Ads
Walaupun jarang muncul di layar, Won Bin mempunyai latar belakang yang kuat dalam seni bela diri, terutama Taekwondo.
Taecyeon (2PM)
Ahli kumpulan 2PM ini juga berlatih dalam seni bela diri, yang membantu dalam penampilannya yang dinamik di atas pentas dan dalam drama.
Seo Kang Joon
Selain dari karier lakonannya, Seo Kang Joon juga aktif dalam seni bela diri, menunjukkan dedikasinya dalam mengekalkan fizikal yang sihat dan kuat.
Wah…hebat-hebat rupanya bintang K-drama pujaan ramai ni.
Seluruh dunia kini seakan hampir lumpuh dek kerana penularan wabak Covid-19. Antara yang paling terjejas ialah industri sukan. Kita sudah sedia maklum pertandingan EURO 2020 dan Sukan Olimpik 2020 Tokyo sudah pun ditangguh.
Begitu juga dengan keseluruhan liga utama bola sepak profesional di Eropah seperti English Premier League, Serie, La Liga dan sebagainya telah ditangguh ke suatu tarik yang belum dapat dipastikan lagi.
Negara Eropah yang paling teruk terjejas ialah Itali yang menyaksikan jumlah korban akibat wabak ini telah pun melepasi China.
Pemain-pemain kelab profesional di Itali juga terkesan dengan beberapa pemain bintang didapati positif Covid-19. Manakala yang lain pula terpaksa melakukan kuarantin dan berada di rumah.
Ashley Young kini menjalani kuarantin di Itali, negara Eropah yang paling teruk terjejas dengan wabak COVID-19.
Salah seorangnya ialah Ashley Young, pemain kelab Inter Milan dan juga bekas kapten Manchester United. Hari ini warganet terutamanya pengguna Twitter berasa kagum dengan perkongsian bebenang yang dilakukan oleh Ashley Young tentang pengalaman serta tip yang cukup berguna untuk berdepan dengan masalah penularan wabak ini.
Berikut merupakan beberpa tip yang sangat berguna boleh kita ikuti:
BILA BERADA DI PASARAYA
Ashley Young menjelaskan dia kini berada di tengah-tengah lokasi penularan wabak yang dahsyat sekali. Jelasnya, di sana pasaraya kini menjadi lokasi utama penyebaran virus ini.
Suasana pasaraya di Itali cukup tenang. Tiada sebarang pergaduhan berebut makanan kerana setiap rumah hanya seorang wakil sahaja yang pergi membeli barangan.
PENJARAKKAN SOSIAL
Pasaraya membenarkan hanya beberapa jumlah individu untuk masuk dalam satu masa. Jadi ia tidak pernah sesak. Tunggu giliran dengan sabar kerana barangan tidak akan habuis.
Jika menggunakan lif bersama individu lain pastikan anda tidak menghadap satu sama lain. Pandang ke arah berlawanan dan jangan bernafas secara terus ke hadapan individu lain.
Sila gunakan sarung tangan selepas keluar daripada kereta. Pastinya anda tidak mahu memegang troli yang disentuh orang lain sebelum itu.
JANGAN BIAR BARANGAN BERSENTUHAN
Bila ke pasaraya jangan sesekali untuk lupa memakai topeng muka atau skaf. Pastikan juga jarak anda dengan individu lain sentiasa dijaga. Letakkan troli di belakang anda ketika beratur untuk membayar.
Jangan letakkan barangan anda di atas barang orang lain. Pastikan ada sedikit jarak anda barang anda dan orang lain di atas cashier conveyor belt.
Ingat mana-mana individu selain ahli keluarga anda di rumah ada potensi sebagai pembawa virus Covid-19!
TENANG DAN SABAR
Dan akhir sekali yang paling penting sentiasa menjaga keselamatan diri. Segala tip yang dikongsi di atas adalah untuk memastikan diri sentiasa selamat. Sentiasa ingat untuk lakukan penjarakkan sosial!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Gelaran Ketua Pegawai Eksekutif atau lebih popular dengan istilah CEO merupakan satu jawatan yang cukup dipandang tinggi dalam dunia perniagaan.
Apatah lagi jika seseorang itu menjadi CEO sebuah syarikat ternama dan terkenal. Sesuai dengan namanya, tanggungjawab menjadi seorang CEO sangatlah besar dalam menentukan hala tuju serta kelangsungan syarikat yang dibawa olehnya.
Jadi tidak hairanlah dengan tanggungjawab besar itu berpadanan dengan pendapatan tinggi yang diperolehi mereka. Kali ini MASKULIN ingin berkongsi 10 orang CEO (public listed company) berpendapatan paling tinggi di Malaysia.
“Tinju ini bukan sekadar sukan. Tinju ini merupakan kehidupan,” demikian kata-kata petinju yang bergelar juara Light Heavyweight WBC Asian Continental, Adli Hafidz Mohd Pauzi atau lebih dikenali sebagai Adli Goldenboy.
Jejaka yang berasal dari Johor ini sememangnya aktif dalam aktiviti sukan sejak di bangku sekolah lagi, namun hanya menemui minat dalam sukan tinju ketika berusia 15 tahun.
Pada mulanya, Adli menyertai kelab tinju atas dasar suka-suka kerana kagum dengan susuk tubuh yang dimiliki oleh petinju-petinju profesional.
Siapa sangka, penyertaannya itu mencuri perhatian jurulatih yang menyedari ternyata Adli mempunyai potensi yang boleh dicungkil.
Ibu Bapa Menentang 100%
Namun untuk terus terjun ke sukan itu bukan semudah itu memandangkan Adli masih bersekolah.
Seperti kebanyakan orang, Adli juga mempunyai ibu bapa yang mempunyai pendirian tegas terhadap pelajaran.
Menurut Adli, ibu bapanya menentang keras hasratnya itu, apatah lagi Adli sememangnya banyak ketinggalan pelajaran gara-gara aktiviti sukan.
Lebih-lebih lagi, Adli dikelilingi oleh saudara-mara sebayanya yang cemerlang dalam pelajaran.
“Pada waktu itu ayah memang marah. Tapi bila saya menang satu pertandingan tinju pada usia saya 18 tahun, ibarat hidup saya berubah 360 darjah,” ceritanya ketika ditemu bual MASKULIN.
Selepas kemenangan itu, Adli menerima tawaran memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan turut menerima elaun dari Majlis Sukan Negeri.
Katanya, perkara itu sedikti sebanyak meringankan beban keluarga yang akhirnya menyokong minat Adli itu.
Kemenangan Diumum, Mulut Pembuli Terkunci
Apa yang membuatkan Adli mempunyai keazaman tinggi untuk mempelajari tinju ialah kerana pengalaman pahitnya sebagai mangsa buli di sekolah.
Ujar Adli, dia tekad mahu mempunyai kebolehan mempertahankan diri kerana enggan menjadi sasaran pembuli lagi.
Dia juga masih ingat saat kemenangannya dalam pertandingan tinju peringkat negeri diumumkan di sekolah.
Katanya, pengumuman itu membuatkan banyak mulut terkunci kerana terkejut, termasuklah pembulinya.
“Pada ketika itu saya mula peroleh rasa hormat. Jadi saya mula minat dan cinta sukan itu, di mana saya mencapai matlamat saya iaitu tidak mahu dibuli di sekolah”.
Hampir Bersara Pada 2017
Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) 2017 menjadi salah satu detik hitam dalam sejarah kerjaya sukan Adli, sehingga dia hampir mahu bersara pada tahun itu.
Bercerita kepada MASKULIN, Adli tewas dalam masa 30 saat ketika berentap dengan petinju dari Filipina, John Marvin di peringkat akhir.
Foto: Pertarungan Adli Hafidz dengan petinju Filipina, John Marvin di peringkat akhir Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) 2017 (Sumber: Khmer Times).
Ketika itu, pengadil menghentikan pertarungan disebabkan Adli tidak stabil akibat ditumbuk pihak lawan dalam keadaan tidak bersedia.
Kekalahannya di temasya itu membuatkannya menerima kritikan teruk sehingga menjejaskan kesihatan mentalnya.
“Saya tidak lihat komen-komen tersebut sehingga ke hari ini. Waktu itu ibarat dunia saya gelap sekejap.
“Terus terang cakap, memang saya tak boleh terima pada masa itu. Saya dah ambil keputusan mahu bersara pada waktu itu,” katanya.
Bagaimanapun, hasrat itu terbantut tatkala Adli melihat betapa besarnya sokongan dari keluarga dan ibu bapa yang enggan meilhatnya berputus asa.
Adli akur, lalu mengambil tempoh kira-kira setahun untuk memulihkan semangatnya dan bangkit bertarung semula di gelanggang.
“Sehingga hari ini Alhamdulillah, saya telah berjaya membawa balik lima kejuaraan. 13 kemenangan, satu tewas hasil daripada kekecawaan saya tujuh tahun lalu itu”.
Beri Kemenangan Pada Isteri, Hanya Mahu Tunai Hasrat Masa Kecil
Selain ibunya, Adli memberitahu yang isterinya merupakan insan yang banyak berkorban dalam menyokong kerjaya sukannya.
Adli terkenang saat dia tidak dapat bersama isterinya yang sedang mengandung tiga bulan kerana perlu menjalani latihan selama empat bulan di Kazakhstan.
Sepanjang tempoh itu, isterinya perlu berdikari menguruskan keperluan diri termasuklah menghadiri janji temu pemeriksaan doktor.
“Apa yang saya janjikan dekat dia, apabila saya pulang dengan kejayaan, kejayaan itu 100 peratus saya beri kepada dia
“Saya tidak ambil satu pun. Ini sekadar amanah merealisasikan impian masa kacil saya untuk mewakili negara,” kongsinya lagi.
Sehingga ke hari ini, isterinya sentiasa teruja menantikan pertarungan yang akan disertai Adli.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.