Tak Perlu Sental! Guna Sabun Ketul Je, Kotoran Degil Hilang & Baju Akan Kekal Putih

Share

Baju putih memang sukar nak jaga. Kalau tak kena caranya, baju putih boleh menjadi kekuningan, kusam dan warnanya akan nampak pudar.

Bagi penggemar baju putih, tentu anda sudah guna pelbagai cara untuk menghapuskan kotoran degil sekali gus mengekalkan warna baju putih tapi tidak berhasil. Jangan risau kerana ada tip mudah dan murah yang boleh anda gunakan.

Hanya menggunakan sabun ketul, ikuti perkongsian pengguna Facebook bernama Leena Hassan

tentang rahsianya menghapuskan kotoran degil dan mengekalkan baju putih.

Ini perkongsiannya.

Sudah lama saya R&D dengan pelbagai formula & brand sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih ?. Tapi tidak pernah menjadi.

Guna clorok, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna vanish, kos tinggi. So….. Saya tanya sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia nurse² menjaga uniform untuk sentiasa putih?

Nahhhhhh…. Nin diaaaa cara² nya. Anda boleh cuba untuk uniform anak² sekolah nanti ???

Saya suka guna sabun Lux – Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros ? masih ada. Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan ?

Rendam baju² putih dengan sabun lux yang diparut selama 1malam. Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa… Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental…

1. Saya suka guna sabun Lux – Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros ? masih ada.

2. Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan ?

3. Rendam baju² putih dengan sabun lux yang diparut selama 1malam. Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa… Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental…

4. Hasilnya baju bersih dan putih macam baru.

IKLAN