Tak Sampai 10 Minit, Ini Rahsia Hun Haqeem Kekal Fokus & Segar Setiap Hari

Share

Bagi pelakon Hun Haqeem setiap pagi bukan sekadar tentang kopi atau sarapan.

Baginya, hari baru bermula dengan satu ritual yang dia anggap paling penting stretching.

“Stretching ni macam reset button untuk badan dan minda saya,” jelas Hun ketika ditemui.

“Bila darah kita mengalir dengan baik, kita jadi lebih fokus, lebih segar. Itu sebabnya saya jadikan stretching rutin yang wajib, sama penting macam solat subuh.”

Kenapa Stretching Itu Penting?

@maskulinmy Rahsia badan cergas Hun Haqeem bermula dengan rutin stretching setiap pagi. Simple tapi beri impak besar untuk kesihatan dan tenaga sepanjang hari. #Maskulin
#MajalahMaskulin ♬ original sound – Maskulin

Ramai yang fikir stretching hanya untuk atlet, pelari marathon, atau mereka yang rajin ke gym.

Tetapi bagi Hun, stretching adalah asas yang semua orang patut lakukan, tak kira usia atau gaya hidup.

“Bayangkan badan kita ni macam bangunan. Kalau asasnya kukuh dan tersusun, barulah kita boleh berdiri teguh sepanjang hari. Stretching tu asas. Kalau kita skip, badan jadi ‘disorganised’, fikiran pun rasa kusut,” katanya.

Dia menambah, dengan jadual kerja yang padat sebagai pelakon dan personaliti, stretching adalah cara paling mudah untuk mengekalkan tenaga dan kestabilan mental.

“Kalau kita boleh spend masa lima minit scroll phone pagi-pagi, kenapa tak boleh spend lima minit untuk stretching?” ujarnya sambil tersenyum.

Rutin Ringkas, Hasil Besar

Rutin pagi Han tidak pernah rumit. Lima hingga sepuluh minit sahaja, cukup untuk melonggarkan otot, melancarkan peredaran darah, dan mempersiapkan badan menghadapi hari yang panjang.

“Kalau saya terpaksa keluar rumah awal, saya tetap akan curi masa untuk stretching. Sebab saya tahu bila saya skip, badan rasa lesu. Mood pun tak sebaik bila saya stretching. Perbezaannya memang ketara,” katanya lagi.

Dia percaya, tubuh yang dilayan dengan baik akan memberi pulangan semula dalam bentuk produktiviti dan mood yang stabil.

“Stretching buat saya lebih tenang, tak mudah marah, dan lebih fokus bila bekerja.”

BACA LAGI : Mandul Bukan Salah Wanita Saja, Dr Say Dedah Realiti Kesuburan Lelaki!

Foto : Kosmo

Hun Haqeem Jadikan Ia Sebagai Habit

Bila ditanya apa rahsia konsistensi, Han menjawab ringkas iaitu jadikan ia sebahagian daripada rutin.

“Kalau saya tak dapat buat panjang pun, saya akan buat ringkas. Yang penting, buat. Lama-lama jadi habit. Stretching ni macam kawan baik dia mungkin nampak kecil, tapi dialah yang bantu kita berjalan tenang sepanjang hari.”

Baginya, tak perlu tunggu rasa sakit badan baru nak mulakan.

Konsistensi bermula dari langkah kecil, yang akhirnya membentuk gaya hidup sihat.

Kisah Hun Haqeem ini bukan sekadar tentang kecergasan fizikal, tetapi juga tentang mindset.

Dengan rutin yang mudah, dia buktikan bahawa kesihatan tidak semestinya memerlukan jam di gym atau jadual yang kompleks.

Kadang-kadang, perkara kecil seperti stretching sudah cukup memberi impak besar.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Published by
Darwisy Farain